BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 10 October 2010

Perjalanan Tanpa Noktah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setiap hujung minggu, jarang ummi melekat di rumah. Jika zauj sibuk,ummi juga sibuk menemani zauj kemana jua zauj bertugas.


Maka seringlah ummi tiada di rumah pada hujung minggu. Sekarang ini zauj kerap ada kerja di KUala Lumpur. Ummi akan ikut menemani zauj. Hidup sebagai suami isteri ini,bukan sekadar menjadi teman tidor,tetapi teman dalam semua hal dan urusan hidup. Berkongsi segala perkara meliputi zahir dan batin.


Perjalanan KL-JB macam perkara rutin setiap minggu. Dah jadi biasa. Jika perjalanan biasa tanpa ada apa-apa halangan mungkin ambil masa sekitar 4 jam sahaja boleh sampai. Samada JB -Setia Alam atau KL-JB.


Tapi perjalanan balik dari KL ke JB hari ini mengambil masa melebehi dari 6 jam. Ummi bergerak dari Ampang (rumah Najdah) jam 5 :13 petang. Tiba di km 223 lebuh raya Utara-Selatan berlaku suatu kemalangan ngeri. Hanya 200 meter di depan kami. Kemalangan berlaku jam 6:50 petang.


Jelas kelihatan bas express Delima yang berwarna merah terbalik melintang atas jalan,menutup laluan ke arah selatan. Sebuah bas express lagi terbalik dihujung kepala bas Delima. Rupanya bas Delima terbalik menghempap 2 buah kereta dibawahnya.


Hampir 30 minit kami berhenti. Yang amat bagusnya, kebanyakkan penunggang motosikal berhenti menolong mangsa-mangsa kemalangan sementara menanti polis, paramedik dan bomba datang.


Begitu juga pemandu-pemandu lori,mereka berada di laluan kiri jalan turut membantu mangsa-mangsa yang cedera.


Oleh kerana keadaan sesak, apabila peronda PLUS tiba,mereka telah membuka pagar pembahagi jalan untuk memberikan laluan kereta supaya tidak terlalu sesak berkumpul di situ.





Salah sebuah kereta remuk setelah dihempap oleh bas ekspres dalam 
nahas ngeri di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.



Ketika ummi melepasi bas yang terbalik,ummi sempat melihat mereka menolong beberapa mangsa yang kritikal dengan menitiskan air minuman ke dalam mulut. Ummi nampak mayat bergelimpangan atas jalan raya, ada yang terhempap bawah bas, separuh badan di luar, separuh di bawah bas.

Betapa ngerinya melihat mayat bergelimpangan di atas jalan raya


Untuk mengeluarkan mangsa dari dalam bas,mereka telah mengumpil belakang bas. Bila suluhan lampu kereta ummi menyinari dalam bas itu,ummi nampak kaki budak yang masih bergoyang-goyang,mungkin dalam pelukan ibunya.


Saat itu bomba dan para medik telah sampai untuk menyelamatkan mana-mana mangsa yang masih bernyawa. Ngeri melihatkan keadaan kemalangan yang melibatkan 2 buah bas, 3 buah kereta dan sebuah van yang semuanya berlaku di kawasan lebuhraya dari arah KL ke JB.


Kami teruskan perjalanan ke JB tanpa berhenti memberikan bantuan. Kami tidak mahu menambah kesesakkan dan menyulitkan pasukan penyelamat untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera.


Ini keratan berita di akhbar tentang kemalangan yang berlaku sebentar tadi.






Keratan Akhbar Kemalangan

12 maut, lebih 40 cedera dalam kemalangan enam kenderaan


2010/10/10
REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

Bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-Bernama


Namun bila tiba KM 48 berhampiran Sedenak,bertemu lagi sebuah kemalangan melibatkan 2 buah kereta. Tersekat sekejap perjalanan menunggu pasukan penyelamat mengalihkan kenderaan yang terlibat.


Bergerak 1 km dari kemalangan ini,ada lagi satu kemalangan. Kelihatan kenderaamn tak dapat bergerak. Kemalngan itu berlaku selepas persimpangan Sedenak. Oleh kerana berhampiran dengan persimpangan bertingkat Sedenak, kami ambil keputusan turun di Plaza Tol Sedenak dan meneruskan perjalanan ke JB melalui jalan bandaran biasa Ayer Hitam - Johor Bahru.


Jadi kami tidak menemui kemalangan ke 3 di lebuh raya Utara Selatan. Kami tidak tahu bagaimana keadaan kemalangan yang ke 3 ini.


Sehingga tiba di Skudai , kami mencari masjid untuk solat Jamak Takhir. Oleh kerana ketika azan maghrib,kami berada di kawasan kemalangan 1 yang ngeri, terus berniat untuk solat maghrib secara jamak takhir. Memang syarat-syarat untuk solat jamak Takhir,niat dinyatakan dihati ketika masuknya waktu solat pertama.


Selalu berlaku salah faham tentang solat Jamak Takhir. Ada yang membuatnya apabila telah tiba di rumah. Ini adalah salah. Sebab solat jamak hanya dilakukan selagi di dalam musafir dan berakhir bila telah tiba di rumah sendiri. Oleh sebab itu, jika mahu solat jamak takhir di dalam perjalanan pulang ke rumah sendiri, pastikan solat dikerjakan di luar kawasan taman atau kariah. Jangan dilakukan di rumah sendiri.





Solat Jamak Ta'akhir


JAMAK TAAKHIR

Jamak Taakhir ertinya mengumpul sembahyang yang pertama di dalam waktu yang kedua. Seperti Sembahyang Zohor dilaksanakan di dalam waktu Asar dan sembahyang Maghrib di dalam waktu Isyak.

Syarat-syarat sembahyang jamak Taakhir:

1. Hendaklah berniat Jamak Taakhir dalam waktu yang pertama (Zohor atau Maghrib) seperti hendak Taakhirkan sembahyang fardhu Zohor ke waktu Asar atau Taakhirkan sembahyang Maghrib ke waktu Isyak iaitu ketika bermulanya masuk waktu Zohor atau Maghrib hinggalah berakhirnya waktu berkenaan.

2. Masih dalam musafir hingga selesai kedua-dua sembahyang.


Selesai solat, kami bergerak balik menuju ke rumah di Taman Pulai Utama. Tiba di rumah pada pukul 11: 27 malam. Melebehi 6 jam perjalanan kami hari ini setelah bertembung 3 kemalangan jalan raya yang meragut nyawa.


Kemalangan tak berbau,maka apabila zauj mahu bermusafir, pasti ummi akan memeluk zauj dan mohon ampun segala salah dan silap. "Abang , redhakan muna selama jadi isteri abang ya". Kita tak tahu apa yang berlaku dan apabila ummi turut bermusafir bersama zauj ummi akan berdoa mohon Allah merahmati perjalanan kami. Mohon juga semoga Allah memelihara rumah dan harta benda yang ditinggalkan.


"Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Pemilik Arashy yang Agung"

Sehingga bila  perjalanan dan musafir kita  di dunia ini, hanya Allah jua yang tahu. Hanya sebagai hambaNYA , sepatutnya mengharapkan perjalanan tanpa noktah ini sentiasa di dalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah  dengan diringi iman yang sempurna, akhlak terpuji dan pekerti mulia .



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: