بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dugaan dan ujian Allah tidak pernah berhenti selagi nyawa masih dikandung badan. Ujian di dunia bagi menguji keimanan masing-masing.
Maha suci Allah, keredhaan MU yang aku harapkan. Jadikan aku manusia yang redha dan syukur dengan segala apa yang telah ENGKAU takdirkan buat aku.Jadikan aku hamba MU yang sentiasa rindu untuk bertemu dengan MU.
Belum selesai kisah pembedahan jari di tangan kiriku ini. Semalam, selepas balik dari hospital, terus ambik gambar tangan yang berbalut ini menggunakan Cyberlink You Cam laptop ini. Lepas itu upload gambar tangan di fesbuk.
Stail Ambik gambar macam nak baca ikrar...
Ramailah yang memberikan respon. Dalam banyak-banyak respon,ada satu respon yang berbunyia begini "tangan kiri ke? aiyo...macamana nak basuh bila buang air besar ni....". Boleh ini yang dia fikirkan dahulu bila lihat gambar tangan yang berbalut dan sudah pasti balutan itu tidak boleh kena air. Tidakpulak dia tanya soalan ini " camana nak berwudhuk?"Sedangkan ummi yang melalui pembedahan ini pun tidak terfikir dan berfikir hingga ke situ. Bagi ummi setiap permasalahan pasti ada jalan keluarnya. Bila masanya? Ketika kita telah berhadapan dengan masalah itu.
Berbalik balik kepada soalan dan ummi merenungnya, dalam benak ummi berfikir,setakat tangan berbalut apalah yang sukar sangat, masih ada tangan kanan. Bagaimana mereka yang cacat anggota, tangan kena potong atau tidak mempunyai tangan langsung. Pasti mereka lagi sukar untuk melakukan apa saja bukan setakat mahu cuci selepas buang air besar.
Walaupun sebelah tangan ini berbalut, ummi tidak rasa apa-apa kekurangan. Ummi masih boleh buat kerja, masih boleh masak, kemas rumah, vakum lantai dan sidai kain dengan tangan yang sebelah lagi ini. Hujung-hujung jari masih berfungsi membantu untuk menaip entri hari ini dan semalam.
Bagi ummi, setiap ujian,dugaan dan masalah yang Allah berikan kepada manusia, mesti diiringi dengan jalan penyelesaian. Kita perlu bertenang supaya minda kita dapat berfikir. Yang selalunya,seseorang itu memandang besar kepada ujian dan masalah apabila fikirannya selalu buntu. Tidak mampu berfikir dengan tenang dan dalam diri sentiasa kelam kabut. Bila begini,keadaan jadi serabut dan menjadikan ujian dan masalah yang datang kelihatan berat.Jangan sekali-kali merungut dengan masalah yang dihadapi dan ujian yang datang.
Sebenarnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah sangat adil kepada hambaNYA. Dan Allah berada di dalam apa yang kita sangka. Sebab itu sebagai hambaNYA kita wajib ada rasa redha dan syukur. Segala apa yang diuji,diterima dengan redha dan syukur. Bila 2 serangkai ini ada dalam diri,pasti kita akan merasa ujian itu nikmat sebenarnya. Kita merasakan ujian itu adalah anugerah Allah kepada kita.
Kita terpilih untuk menerima ujian, maka kita ini berada di dalam pandangan Allah. Ibarat seorang gadis ayu yang sentiasa dipandang oleh seorang kekasihnya. Pasti kekasihnya suka merenung wajahnya,ambik berat hal dirinya dan berbagai-bagai perhatian diberikan. Maka begitulah keadaan orang yang sering diuji.
Apabila sering diuji, didatang berbagai-bagai masalah,bilakita tenang dan terima dengan redha dan sabar, pasti ada jalan keluar yang Allah datangkan. Jiwa akan tenang dan lapang. Tidak ada resah dan gelisah apatah lagi rasa serabut.
Maka belajarlah hadapi sesuatu ujian dan dugaaan itu dengan tenang dan terima dengan redha. Redha ini memang mudah disebut sukar untuk diterima. Belajarlah, lama-lama didikan untuk menjadi redha dan sabar akan jadi perhiasan diri. Sekian entri kali ini, semoga bermanafaat.
Ada juga yang bertanya "Camana ummi nak sujud nanti nih?"
Dalam hati terfikir kenapa tak tanya soalan begini, " camana nak berwudhuk?" Ini akan ummi tulis dalam entri lain pulak.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
4 comments:
Alhamdulillah...Ummi kuat...Rindu kat Ummi. Ummi dah banyak mengajar Iffah tentang kehidupan walaupun baru kenal.Syukur pada Allah :)
Hidup ini manis jika kita selalu syukur dan redha.
Islam itu indah jika kita sentiasa sabar dalammenghadapi ujian daripada NYA.
rasanya persoalan mcmana nak berwudhu tidak ditanyakan..kerana mungkinramai dah tahu kemudahan @ discount2 yg telah tuhan berikan untuk memudahkan wudhu bagi yg berhalangan..
Cara berwudhuk.
Mula-mula ambikwudhuk seperti biasa bagi anggota wudhuk yang tidak berbalut. Mudah saja,gunakan getah paip,siram anggota wudhuk sepeti muka, tangan kanan, sapu kepala,telinga dan kaki.
Selesai berwudhuk, saya bertayamum,bagi mengangkat hadas anggota yang berbalut tadi.
Tapak tangan berbalut tadi tu boleh saya tekap atas debu dan lakukan proses tayamum seperti biasa.
Selepas itu terus bersolat.Perlu dingat,wudhuk dan tayamum ini hanya untuk satu solat fardhu tamam dan solat-solat sunat yang berinringan dengannya sahaja.
Jika melakukan solat jamak, boleh berterusan untuk 2 solat himpun tadi.
Post a Comment