BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 10 July 2011

Ketika Degupan Jantung Makin Laju

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Maha suci Allah,
Sepenuh timbangan,
Sejauh ilmu,
Sebanyak keredhaan,
Setinggi Arasy,
Tidak ada tempat berlepas dan bersandar,
hanya kepada Allah yang Maha suci,
Allah Yang Tunggal dan tiada yang sejodoh denganNya,
Yang kuasa hanya Engkau Yang Maha Tinggi dan Maha Besar,
Cukuplah Engkau tempat ku berpegang,
Engkau sebaik-baik tempat ku berpegang
dan tempat ku meminta pertolongan.




Semalam, jam 10.14 malam dah shutdown laptop. Selalunya kalau mata belum nak lena, ummi tak shutdown awal laptop ni. Tetapi semalam, tiba-tiba dada di bahagian kiri rasa sakit , degupan jantung dan nafas laju. Rasa berdebar-debar.


Bila keadaan ini terjadi, pantas ummi shutdown laptop dan bawa diri ke katil, rehat dan berbaring. Tangan kiri sudah mula lenguh dan jari-jari rasa macam kebas. Simpton apa tu?


Bagi yang pernah mengalami, tahulah itu adalah simpton serangan jantung. Memang datangnya secara tiba-tiba tanpa amaran. Ummi ambik langkah awal dengan merehatkan diri agar tidak menjadi lebih teruk.


Kenapa?


Aku tak mahu mati ketika suami tak ada di sisi. Walaupun semua tahu jika ajal sudah tiba, malaikat Izrail sudah beri salam, walaupun sesaat tidak akan berubah masanya. Ini cuma permohonan yang sering terdetik dalam hati, memohon kepada Allah, jika tiba masa roh dan jasad terpisah, ambiklah ketika aku dipangkuan zaujku.


Padahal, sebelum suami berangkat ke Masjidil Haram Jumaat minggu lepas (1 Julai 2011) ummi sudah mohon zauj ampunkan segala dosa dan keredhaannya sebagai isteri. Ummi masih mengharap juga untuk mati dipangkuannya , nanti dia yang memandikan, mengkafan, mengsolatkan dan mengkebumikan.



Berbaring dalam keadaan relax, sambil jari kanan menaip sms kepada seorang doktor untuk kepastian. Walaupun ketika itu, debar makin kuat, dengup jantung , makin laju. Ya, dah lebih satu tahun selepas ummi buat angiogram pada 12 januari 2010.


Dan juga dipenjuru mata sudah terbit air mata , teringatkan seorang anak yang masih mendambakan perhatian dan kasih sayang secara maya. Ikatan yang tak ada tali tetap terjerut kukuh di sanubari. Sukar untuk dirungkai ikatan ini.


Mungkin memerlukan pertolongan, ummi sms juga seseorang itu teman tidor disebelah, mana tahu ada kecemasan, tapi tiada respon. Hampir terlelap Abdullah yang turun untuk minum air datang menyelimutkan ummi yang tak sempat berselimut dan dia baring disebelah hingga pagi menemankan ummi, mana tahu keadaan ummi makin teruk. Alhamdullilah, keadaan stabil dan ummi dapat juga bangun dan berjalan pada pukul 2.30 pagi.


Syukur Ya Allah, masih lagi memanjang usiaku, memberikan aku peluang untuk bangun mengabdikan diri kepada MU.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




2 comments:

Cik Beah said...

assalamu'alaikum ya ummi.

moga Allah kurniakan ummi kesihatan untuk terus bermujadah di jalan-Nya, insyaAllah.

walaupun kita tak pernah kenal dan berjumpa, saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih pada ummi sebab melalui halaqah.net, saya banyak juga muhasabah diri dari situ.

moga rahmat Allah sentiasa memayungi ummi dan keluarga ummi.

salam ukhuwah ya ummi. :)

alif said...

Berdebar-debar juga dikenali sebagai satu keadaan di mana degupan jantung menjadi laju
atau tidak teratur. Ia adalah satu keadaan biasa yang kebanyakannya disebabkan faktor seperti
tekanan tetapi biasanya tidak teruk/serius. Kebanyakan pengidapnya mengalami keadaan ini
sekali sekala dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sekiranya serangan
menjadi kerap dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Degupan jantung yang cepat dan deras
yang biasanya dirasai oleh pesakit sebagai denyutan jantung yang tidak normal.