بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Teramat lama tidak menjenguk ke laman ini. Sebuk dengan kerja harian dan sebuk dengan menjaga iman. Dari tarikh akhir entri 10 Disember 2011 hingga 20 Januari 2012, hari-hari yang berlalu penuh dengan berbagai-bagai aktiviti rutin namun sedikit pun tidak pernah terbit rasa jemu atau bosan.
Rutin hari-hari yang dilalui tetap sama bermula seawal jam 3.30 pagi hingga 9.00 malam. Berkhalwat , masak, makan, membebel dan mengadap laptop. Walaupun sama tetapi tidak pernah rasa jemu. Sentiasa ceria dan gembira bahkan macam tak cukup masa. Ada saja perkara yang mahu dilakukan tetapi hari dah malam dan dah mula hari baru. Cepat sungguh masa beredar secepat edaran matahari mengejar bulan namun tidak pernah kesampaian.
Tanya matahari penatkah mengejar bulan walaupun sudah beribu tahun tapi tak pernah tercapai. Tentu matahari jawab, mana penat sebab itu memang fitrah alam yang telah Allah ciptakan tanda ketaatan kepadaNYA. Tidak pernah sekali pun matahari mahu membantah atau melanggar perintah Tuhan yang telah menciptkannya begitu. Walaupun dikutub, matahari bersinar di tengah malam, tetap tidak pernah kelihatan bulan ada bersama sedangkan semua kita tahu bahawa bulan hanya menjelma di malam sahaja.
Begitulah juga dengan kehidupan kita ini. Jika kita lalui dengan berkualiti, mentaati segala yang telah diperintahkan, kita pasti tidak akan ada rasa jemu dan bosan.
Bila saja mahu melakukan aktiviti harian atau kerja-kerja harian, selalu tanya diri, adakah perkara ini Allah redha atau tidak? Jika Allah redha,maka lakukan dengan tulus. Terus buat walaupun ada masalah, ada ujian, ada bangkangan.
Ramai orang suka mengeluh, ramai orang suka mengadu dengan sedikit masalah, sedikit ujian. Kenapa? Sebab apa yang dibuat itu perkara yang Allah larang. Jika lakukan perkara yang Allah redha, Allah suruh, bilamana datang ujian pasti tidak ada keluhan kerana kita tahu ujian itu hanyalah sekadar Allah mahu melihat kesungguhan kita mentaati perintahNYA.
Maka lakukanlah kerja atau apa jua aktiviti harian dengan redha dan sabar. Hadapi masalah yang datang dengan tenang agar Allah sentiasa memimpin di jalan yang lurus dan memberikan petunjuk jalan keluar segala permasalahan.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment