BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 30 January 2012

Warna Warni Kehidupan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Malam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.


Agaknya beginilah juga kita di Padang Mahsyar nanti, ketika diadakah hisab dan mizan. Segala apa yang kita lakukan semasa hidup dicatatkan oleh Malaikat Rakib dan Malaikat Atid. Walaupun sezarah tidak ada yang terlepas pandang atau terkancel. Semuanya dirakam dengan rakaman paling canggih tanpa ada kerosakan atau binasa.


Teringat pada satu kisah, pernah ada sahabat menegur saya kenapa suka membuat catatan terhadap apa juga perkara atau tindakan yang dilakukan. Memang saya jenis suka mencatat dan merakam apa saja perkara yang saya rasakan ada nilai. Saya jawab pada yang menegur, memang kita patut mencatat apa saja yang kita buat sebagai rujukan.

Sedangkan setiap manusia ada Malaikat yang Allah tugaskan untuk mencatat segala amalan baik dan buruk, inikah kita manusia. Ada sebab kenapa kita mesti mencatat apa yang berlaku seperti hutang, tarikh mula haid, pernikahan, kelahiran dan bagai-bagai lagi. Kalau kita tidak mencatat, jika lupa dan tidak ada saksi, akan menimbulkan masalah yang mengundang kesulitan dan kepayahan melibatkan syariat.


Contoh mudah, jika seorang perempuan di talak suaminya, perlu eddah pada 3 kali suci, jika lupa tarikh suci  haid bagaimana?


Orang berhutang, ada perjanjian yang mesti ditulis, ditanda tangani dan saksi. Itu memang ada dalam syariat. Tujuannya apa? Kerana kita ini manusia, ada sifat lupa. Maka dengan mencatat, kita boleh merujuk semula.


Tabiat mencatat ini bermula apabila seseorang itu suka membaca dan berfikir. Kadang-kadang sedang buat sesuatu, datang lintasan diminda pada sesuatu perkara. Kalau lintasan yang datang tu tidak segera dilakukan, alamat lupa dan tak buat. Jadi untuk mengelakkan lupa, kenalah catat.


Sebenarnya selalu ingat apa yang Tok Guru ajar dalam kelas Pemurnian Hati, "jika sesuatu lintasan yang baik datang, mesti segera dikerjakan, kerana ia merupakan suatu 'hal' yang Allah ilhamkan untuk memudahkan urusan manusia bukan sahaja untuk dunia tetapi untuk akhirat."


Kalau tidak mencatat dalam dairi, mana boleh ingat tarikh-tarikh setiap peristiwa yang berlaku. Segala kejadian memang akan segar dalam minda cumanya mungkin kronologi dan tarikhnya kita lupa.


Sedangkan perkara nak catat tu banyak. Tabiat mencatat saya dikira kroniklah juga, hinggakan segala sms di catatkan dalam diari setiap hari terutama sms orang-orang yang ada nilai pada saya. Nak simpan dalam telefon mana boleh sebab hingga hari ini, saya masih guna handphone nokia 3315. Memorynya cukup kecik, nak simpan nombor pemanggil pun terhad.


Sehinggakan saya selalu disangka tak ingat kawan kerana bila saya terima sms bertanyakan sesuatu masalah atau menyatakan maklumat, yang terpapar cuma nombor, saya akan balas semula tanya "Maaf,ini siapa?" Untuk elakkan sangkaan begitu, saya perlu bina ayat yang agak panjang "Maaf, handphone saya kokak, tak boleh simpan nama, boleh saya tahu ini siapa?"


Sebenarnya saya ada catat nombor-nombor telefon di buku kecil, tapi kalau dah banyak sangat, payah saya nak tele kan nombor-nombor dengan nama. Buku ni memang saya bawa kemana-mana. Rasanya dah 2 buah buku kecil saya yang amat berharga kerana dipenuhi catatan penting hilang. Sebuah tercicir ketika saya menghadiri kursus Pendidikan Khas di Resort Pantai Klebang tahun 2006. Saya sedar akan kehilangan buku catatan kecil ini apabila telah tiba di rumah.


Sebuah lagi hilang bersama-sama dengan beg tangan saya yang dicuri dari dalam bilik. Buku kecik yang dipenuhi dengan catatan. Sebab itu bila saya sedar beg tangan saya dicuri, saya hanya berharap, buku kecik itu dikembalikan atau orang tu buang dimana-mana agar saya dapat jumpa semula. Yang lain-lain seperti duit, cincin, anting-anting, dokumen pengenalan diri, lesen memandu dan berbagai-bagai kad kredit, ATM , kad SSPN, kad keahlian badan-badan berkanun hilang saya tidak kisah. Semua tu boleh dapat semula, tapi buku kecik yang dipenuhi catatan tak mungkin akan saya dapat melainkan dijumpai.


Sejak kehilangan buku-buku kecik ini, saya ambil pelajaran bahawa sebagus mana pun catatan jika telah hilang, tak dapat dirujuk juga. Maka simpanlah dalam memory kita. Namun memory dalam otak kita pun tak boleh diharapkan juga, mana tahu dengan kehendak Allah, dihilangkan ingatan itu dalam suatu tempoh yang singkat, maka akan jadi lupa juga.


Pengalaman penghujung tahun 2003 cukup memberi kesan. Banyak perkara dalam tempoh 5 bulan , dari tarikh 18 Ogos 2003 hingga Januari 2004 telah terpadam. Tidak tahu apa terjadi dan yang dilalui. Alih-alih bila sudah pulih, tahun telah berubah. Itu pun satu contoh, bahawa manusia ini lemah dan tidak ada daya upaya.

Untuk renungan  bagi diambil pelajaran, bukan hafalan.


Surah Az-Zukhruf
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. (36) Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (37)


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



1 comments:

Intan SRM said...

Salam ummi
sunggmencatat itu satu budaya yg sangat baik kan ummi