بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
|
Habitat Semulajadi pokok nipah |
Setiap
kali melalui jalan utama melalui Tanjong Karang ke Setiawan atau
sebaliknya, pasti suami akan berhenti di tepi jalan untuk membeli
sejenis minuman yang dikenali sebagai nira nipah. Air daripada nira ada
dua jenis, satu dikenali nira kelapa apabila dihasilkan dari pokok
kelapa. Jika nira ini diambil dari pokok nipah, ia dikenali nira nipah.
Suami
lebih gemar meminum nira dari nipah. Ini kerana dari kecil lagi saya
dan suami memang tinggal di kawasan yang mempunyai banyak pokok nipah.
Kenangan semasa kecil-kecil, dahulu yang menyebabkan kami suka membeli
nira dari nipah.
|
Pokok Nipah |
Nira
nipah merupakan minuman asli yang masih mendapat sambutan bukan sahaja
dari masyarakat Melayu tetapi juga dari kaum-kaum lain. Di
kampung-kampung, perusahaan nira nipah telah memberi hasil atau
pendapatan sampingan yang paling menguntungkan. Hampir kesemua bahagian
pokok nipah dapat dimanfaatkan oleh manusia.
Pokok
nipah atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya sebagai "nypa
fruiticans" hidup di kawasan berpaya, lembah dan berlumpur. Ia mempunyai
batang sulur bawah tanah dan akar palma ini biasanya tersembunyi di
dalam lumpur di mana ia tumbuh dan jarang didapati terdedah di kawasan
hakisan pinggir laut.
|
Isi nipah yang sedap dimakan |
|
Membuat atap dari daun nipah |
Lapisan udara serta asas daun pokok nipah ini
memberikan daya apungan yang tinggi kepada akarnya. Daun tua akan gugur
apabila lapisan peluruhan sepanjang 2 kaki berlaku di bahagian terbawah
anak daun. Lapisan peluruhan kedua muncul di tempat di mana daun lebar
pokok itu bercantum dengan akar. Pelepah nipah boleh dijadikan atap yang
baik dan di mana sahaja boleh dilihat pelepah pokok ini ditebang tetapi
anak-anak pokok muda dipelihara. Manakala kutikel daun muda yang
mempunyai kulit luar yang kukuh, ditanggalkan, dipotong mengikut saiz,
dibungkus dan dijual di seluruh negara sebagai rokok daun.
|
Tandan Nipah |
|
Isi buah nipah |
Manakala
pohonnya keluar di hujung sulur dan batangnya bercabang serta membentuk
serumpun nipah. Manakala bunga nipah, keluar di celah-celah pelepahnya
dan bergugus di hujung tangkai, menghasilkan buah. Sesudah itu barulah
buah dipangkas untuk mendapatkan air nira dan jambangan bunga nipah
menghasilkan gula yang banyak kira-kira 1 pain sehari selama 3 bulan di
mana hasilnya lebih kurang 11 gelen. Manakala titisan getah pokok nipah
ini boleh dijadikan arak atau tuak. Malahan buah nipah berbentuk seperti
baji. Struktur buahnya sama seperti buah kelapa. Buah ini ada sabut, tempurung, isi dan air.Isi buah yang muda boleh dimakan dan biji benihnya yang matang sangat keras. Pokok nipah terdapat 3 jenis di antaranya:
Pokok nipah sawa
Pokok
nipah sawa mempunyai bentuk tangkai yang panjang, perdu dan pelepah
serta batang yang besar dan jangka hayatnya cuma selama 3 bulan.
Pokok nipah tembaga
Pokok
nipah tembaga mempunyai bentuk tangkai yang sederhana, perdu dan
pelepah serta batang sederhana besar dan jangka hayatnya selama 2 bulan
sahaja.
Pokok nipah ekor tikus
|
Pokok Nipah dqn buahnya |
Pokok
nipah ekor tikus pula mempunyai bentuk tangkai, perdu dan pelepah serta
batang yang kecil kecuali buahnya sahaja besar dan jangka hayatnya
selama 28 hari sahaja boleh menghasilkan nira.
Untuk
menghasilkan nira nipah yang manis dan berkualiti, ada kaedahnya.
Pantangnya seakan wanita bersalin. 44 hari, mayang perlu di ketuk dan
diurut, 3 hari lagi sebelum boleh disadap.Pun begitu penantian pastinya
berbaloi apabila menghirup manis nira nipah.
|
Menyadap nira nipah |
Tandan
yang dipilih lazimnya selepas dua bulan mayang berbunga.Mayang perlu
diransang terlebih dahulu untuk menghasilkan nira yang banyak. Disalut
dengan selut, lalu diurut.
|
Mengumpul nira nipah |
Selepas
diurut, kayu berlapik kain atau pelepah nipah digunakan untuk mengetuk
mayang sebanyak empat kali.Ketukan pula tidak boleh terlalu kuat,
bimbang merosakkan mayang sekaligus menjejaskan penghasilan nira.Rutin
mengurut dan mengetuk mayang dilakukan dua kali sehari, sebelah pagi dan
petang, selama 44 hari.
3 hari selepas habis tempoh
mengurut dan mengetuk barulah buah nipah dari mayang di cantas. Kemudian
tukil ataupun bekas dipasang di hujung mayang untuk menakung
nira.Tukil tabung buluh kini diganti dengan plastik.Titisan kayu temak
dimasukkan bagi mengelak nira menjadi masam.
|
Air Nira nipah |
Nira harus cepat ditapis dan disimpan di tempat yang sejuk.Faktor suhu menentukan rasa nira, yang ditakung
semalaman, lebih manis.Bagi mengekalkan pengeluaran nira, beberapa
petua diamalkan. Antaranya, tandan buah yang dicantas tidak boleh
ditinggalkan atau mayang akan kecut dan tidak lagi menghasilkan manisan.
Nira akan dikumpulan pada keesokan paginya. Mengikut
amalan tradisi nira yang terhimpun dalam tukil akan dikumpulkan ke dalam
buyung.Air nira nipah manis lagi berkhasiat dan untuk menambah keenakan
nira nipah perlu dicampur dengan air batu.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment