Penunjuk Kehamilan melalui ujian air kencing |
Petang
tadi saya berbual-bual dengan seorang pelatih baru yang menjadi mangsa
penganiyaan. Membuka cerita, saya mahu tahu kisah selanjutnya.
Mempunyai
adik beradik yang ramai, bapa hanya bekerja kampung. Maka dia terpanggil untuk
membantu bapanya sebaik tamat persekolahan tingkatan 5.
Bekerja
sebagai penyedia air di sebuah kedai minuman, pendapatannya cukup untuk sara
diri dan sedikit dihulur kepada bapanyanya.
Disitu
bermulanya episod hitam dalam hidupnya. Dia sombong dengan lelaki, maksudnya
tidak melayan sebarang lelaki yang cuba menghampirinya. Bukan berkasar atau
telah melakukan sesuatu menyakitkan hati lelaki itu. Cuma tidak melayan dan menolak
secara berhemah sebarang ajakan untuk berbual-bual dan berkenalan. Niatnya
bekerja untuk membantu keluarga, maka dia berusaha menjaga dirinya sendiri
apabila berada jauh dari keluarga.
Sentiasa
berpakaian sopan, menutup aurat dengan sempurna, pakai apron dan tudung
dilabuhkan dibahagian dada.
Rupanya,
lelaki itu merasa tercabar. Wajah hensemnya tidak dipandang sedikit pun oleh
gadis kampung ini. Godaannya tidak dipedulikan langsung. Sungguh dia marah dan
berniat untuk menganiya.
Suatu
hari dengan bantuan kawan sekerja gadis ini, lelaki itu telah memberikan
minuman berupa air kotak kepada gadis
itu. Gadis ini pulak, menyangka minuman itu dibeli oleh rakan sekerja yang
sering membantunya. Rakan sekerja sudah berkahwin, sudah lama bekerja, maka
sering mempelawa makanan dan minuman kepada gadis itu. Gadis itu tidak menolak
pelawaan makanan yang diberikan, tambahan jika dipertengahan bulan, wang poket
sudah berbaki sen cukup untuk tambang bas pergi balik.
Hari
itu, dia menyangka air kotak itu memang pemberian rakan sekerja seperti selalu.
Dia pun minum. Sejam selepas itu, dia merasa mual, dan pening-pening. Tidak
berupaya melakukan kerja dengan baik. Maka dia pun minta izin untuk berehat
seketika di surau berhampiran. Dalam keadaan terhoyong hayang menuju ke surau,
terasa seperti tangannya ditarik seseorang. Oleh kerana keadaan diri tidak
stabil, dia mengikut saja pegangan tangan itu tanpa mengetahui siapa, kerana
matanya sudah hampir tertutup. hari masih siang, belum pun waktu zohor.
Itu saja
yang diingat. Menjelang asar dia tersedar, mendapati dirinya berada di sebuah
hotel, berhampiran tempat kerja. Melihat diri tanpa pakaian, dia terpandang
lelaki hensem yang selalu mengodanya tersenyum-senyum. Dia meraung dan menangis
sambil bertanya, “apa yang terjadi?”
Lelaki
itu dengan egonya berkata dan memberi amaran, "jangan cuba-cuba buat
laporan polis, saya sudah ambik semua gambar kamu, saya akan sebarkan gambar ini ke internet dan
berikan kepada ibu bapa kamu.”
Kemudian
lelaki itu menyuruh dia mengikut arahanya jika tidak mahu gambarnya tersebar di
internet. Pindah ke rumah yang disediakan, tidak boleh pindah tempat kerja.
Jika arahan tidak dipatuhi, dia akan menerima akibat yang mengaibkan. Gadis ini
telah terjerat dan tidak dapat meluahkan kepada sesiapa malang yang menimpa
dirinya.
Terpaksa
mengikut arahan lelaki itu, berpindah tinggal di rumah yang disediakan,
walaupun pintu dikunci, lelaki itu mempunyai kunci pendua yang dia boleh masuk
tidak kira masa. Apabila bulan berikutnya, dia selalu meloya dan muntah-muntah
dan mendapati kedatangan haidnya lewat, dia telah membuat pemeriksaan air
kencing untuk 'pregnancy test'. Mendapati dirinya hamil, terasa dunianya gelap.
Tidak tahu kemana mahu dituju. Bila dikhabarkan kepada lelaki itu, terus lelaki
itu menghilangkan diri. Dasar lelaki dayus, tidak mahu bertanggungjawap dengan
apa yang telah dilakukan.
Mulanya
dia mendiamkan diri, tidak mahu rakan sekerja tahu, lagipun dia merasa dendam
dan marah kerana mengesyaki rakan sekerja telah bersubahat dengan lelaki hensem
itu menganiya dirinya. Apakan daya, dia tidak mempunyai rakan lain di bandar
itu. Tidak ada sesiapa yang dikenalinya. Lagi pula, rakan sekerja yang telah
berkahwin dan mempunyai anak, melihat dia selalu muntah-muntah, telah bertanya,
"awak mengandung ke?"
Antara
mahu atau tidak, terpaksa mengiyakan kerana untuk meneruskan kerja pun dia
sudah tidak mampu. Rakan sekerjanya, ingin membantu. Mencarikan keluarga angkat
yang sudi menjaga dia waktu hamil hingga bersalin dan sebagai taruhan, apabila
bayi lahir mesti diserahkan kepadanya.
Dia yang
tidak ada pilihan, menerima tawaran itu. Tinggallah dia di rumah 'keluarga
angkat' yang baru dikenalinya. Baru dua minggu tinggal di situ, hari raya haji
tiba. Ibu dan bapanya memang tidak tahu apa yang terjadi padanya, dan mereka
menyangka dia masih bekerja seperti biasa. Jadi untuk mengelakkan mereka
mengesyaki sesuatu, gadis itu minta izin dengan 'keluarga angkat' untuk pulang
berhari raya di rumah sehari dua agar keluarga tidak syak apa-apa jika selepas
ini dia lama tidak pulang.
Mulanya
'keluarga angkat' tidak membenarkan, tetapi dia berjanji tetap akan pulang,
lagi pun kemana dia nak pergi jika keadaan diri sudah begini, sedangkan
keluarga tidak tahu dan dia memang tidak mahu sesiapa pun tahu tambahan jiran
tetangga ibu bapanya, takut maruah mereka tercemar. Akhirnya 'keluarga angkat'
terpaksa membenarkan dan buku merahnya mereka pegang.
Hari
raya haji tahun 2014, jatuh pada hari Ahad. Maka hari Isnin cuti. Maka semua
adik beradiknya pulang berkumpul di rumah. Ada antara kakak-kakaknya (semuanya
ada 7 orang kakak kandung, 3 orang kakak ipar) melihat perubahan fizikal
dirinya. Mereka seperti mengesyaki sesuatu. Kebetulan malam itu, perut gadis
itu tidak selesa dan menjadi alasan untuk kakak-kakak membawa dia ke klinik.
Rahsia tidak dapat ditutup, gambar scan telah menjelaskan syak kakak-kakak
tadinya.
Balik
rumah, dia telah disoal bertubi-tubi, dan dengan linangan air mata, dalam sedu
sedan, barulah dia bercerita akan dirinya yang teraniya. Dia tidak tahu nak
mengadu kepada siapa dan bagaimana kerana takut mengaibkan keluarga jika
gambarnya tersebar dinternet.
Supaya
tidak timbul sakit hati atau dendam atau marah, kakak-kakaknya telah
menghubungi 'keluarga angkat' secara baik. Tidak mahu adik mereka terus menjadi
mangsa penyaniyaan dalam usia yang begitu muda, terpaksa melalui penderitaan
atas kezaliman lelaki berhati syaitan, mereka minta adik mereka 'dilepaskan'.
Mereka mahu menebus adik mereka dari jagaannya. 'Keluarga angkat' bersetuju
melepaskan dan menyerahkan buku merah. Lagi pula, 'keluarga angkat' tidak mahu
terlibat dalam polis kes jika mereka membuat dakwaan, adik mereka telah
disembunyi atau dicolek.
Sebaik
sahaja memperolehi buku merah, gadis ini terus dibawa pergi oleh kakak-kakaknya
ke suatu tempat yang jauh dari kampungnya. Mereka mahu menyelamatkan masa depan
adik mereka, kezaliman lelaki berhati syaitan tidak dapat mereka balas, bimbang
lelaki itu benar-benar menyebarkan gambar adik mereka ke internet.
Maka,
mereka berusaha mencari sebuah Rumah Perlindungan yang dapat mentarbiyah dan
membimbing adik mereka yang sudah tersungkur, tidak dapat menerima hakikat
terpaksa hamil tanpa suami dan melahirkan anak tanpa ayah agar redha dengan
kehendak Allah ini. Jiwa adik mereka perlu diubati, dendam, marah dan merasa
Allah berlaku tidak adil kepadanya .
Dalam
tangis dan airmata, jiwa gadis ini perlu dibangunkan semula. Hatinya yang beku
perlu diketuk semula untuk dicanai, diadun dan dibentuk menjadi taat kepada
Allah. Buang rasa marah kepada tuhan yang mentakdirkan perkara ini terjadi pada
dirinya.
Katanya,
dia sudah tidak berdaya untuk menangis, tetapi tetap terus menangis mengenang
nasib dirinya. Dia selalu buat solat taubat, bangun awal buat tahajud, belajar
untuk bangun semula. Payah, sungguh payah kerana airmatanya belum mahu kering.
Kerakusan
lelaki hensem berhati syaitan sukar untuk dia lupakan. Selalu menggangu
ketenangan tidornya. Dan apabila mengenang kembali kisah hitam itu, dia
menangis semula.
Moga-moga
Allah mengurniakan taufik dan hidayah untuk gadis ini dapat bangun semula dan
menerima takdirnya dengan redha. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan
diri gadis ini, keluarga kita dalam rahmat Allah Ta’ala. Belajar untuk
memaafkan dari terus rasa dendam yang makin merosakkan hati dan mengakibatkan
penderitaan jiwa yang berpanjangan.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment