Pastikan semua orang sudah makan, minta izin dari pengajur, baru boleh ambik. Boleh ambik pun, jangan ambik satu tray.
Kenapa?
Supaya ia halal. Kerana apabila kita dihidangkan makanan secara buffet,
ambik makanan seadanya, jangan berlebihan hingga tidak habis dimakan
dan akhirnya dibuang. Dan paling ditakuti, ada yang belum ambik, makanan
sudah habis kerana ada yang ambik bungkus, masuk beg atau poket.
Berhati hati dengan rezeki yang ada depan mata. Fikirkan orang lain.
Jika bibik di rumah, selalu sebut " simpan untuk orang belakang ". Dan
anak buat lawak, dia akan toleh belakang, "bik, takde orang kat
belakang, boleh ambik habiskan ya?"
Begitulah
adap dan akhlak seorang mukmin, berhati hati dengan makanan. Samada
sikit atau banyak. Bila banyak jangan membazir, bila sikit kita
bersyukur.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment