BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 24 October 2016

Menikahi Saudara Sendiri



Hari ini, semalam saya mendapat panggilan telefon permohonan masuk 2 remaja berumur 13 tahun untuk mendaftar masuk kerana telah mengandung 8 bulan. Berbakul istigfar, dan termenung sejenak kenapa makin muda usia telah menjadi ibu.

Dua dua kes adalah sumbang mahram. Tinggal serumah, adik tidak  keluar rumah pun, yang di dalam rumah pulak rupanya pemangsa. Kepada siapa lagi mahu mohon berlindung apabila abang kandung sendiri sanggup memperkosa adik berkali kali hingga adik mengandung. Emak tidak mahu melapor kepada polis, bimbang siabang ditangkap.

Satu kes lagi bapa saudara yang sepatutnya melindungi juga menjadikan anak saudara seperti isteri. Bertahun tahun duda, apabila anak kepada adik perempuan meningkat remaja tinggal bersama kerana menemankan anak perempuannya, anak saudara dijadikan mangsa.

Takde yang berani melaporkan kepada polis. Anak saudara pun tidak bekerjasama dengan polis dalam membuat laporan, asyik menuduh orang lain pulak. Anak saudara tidak mahu bapa saudaranya ditangkap kerana kasihan. Selama ini bapa saudara yang menyara dia dan diberi tempat tinggal setelah ibu kandung menghalaunya kerana anak ini jenis lembam.

Kejam sungguh manusia manusia yang telah hilang pertimbangan akal.

Yang lebih sadis...

Dalam dua dua kes di atas, untuk menutup malu, mereka telah berniat untuk mengahwinkan pasangan zina ini. Ibu bapa remaja mahu menikahkan abang dengan adik. Datok dan nenek mahu menikahkan anak saudara dan bapa saudara.

Sejauh itukah kejahilan ummah di dalam hal agama? Ingat ini zaman Nabi Adam boleh bernikah sesama saudara  sendiri?

Admin,

Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: