BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 21 June 2010

Catatan Perjalanan dan Ziarah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bermula 22 hb Mei,setiap minggu ummi sibuk menguruskan walimah anak-anak. Selesai sahaja pernikahan setiap anak-anak, ada  lagi  majlis walimah yang ummi hadiri.


Selama 5 minggu ini hingga semalam, baru ummi terasa keuyuhannya. Selesai majlis sambut menantu di rumah Zubairy, menantu lelaki anak perempuan ummi di lekir Perak,barulah ummi terasa lega.


Syukur kepada MU Ya Allah, memberikan aku kekuatan untuk aku melaluinya dengan mudah. Memang aku tidak pernah putus di dalam hati dari berdoa, agar segala urusan-urusan yang dijalankan mendapat pertolongan Allah dan dipermudahkan.


Bermula dari 15 Jun, Selasa pagi, kami telah bersiap-siap menuju Port Dickson. zauj ada Bengkel Penulisan Modul anjuran Fakulti. Selama 3 hari 2 malam kami di sana. Semua anak menantu pergi bercuti dan tinggal di hotel yang sama.

Telatah anak menantu
Ramai-ramai kat dalam bilik, ada yang tengok CD, 
ada yang menjahit...


Memang ummi suka bercuti beramai-ramai dengan anak-anak. Kali ini bertambah ramai, apabila 3 menantu, adik ummi bernama Saleha dan 3 orang anak-anaknya turut serta. Yang tak ada cuma Nazihah dan suaminya. Mereka tak ada sebab suami Nazihah tak dapat ambik cuti,lagi pun majlis sambut menantu di Lekir belum di adakan lagi. Mereka tengah sibuk membuat persediaan.

Kat kolam renang, sesuai untuk yang berumur 4 hingga 8 tahun





Walaupun bilik hotel ini kecil,kami tetap tinggal bersama-sama dalam satu bilik. Kami tak ambik bilik extra, kerana pada waktu malam,oleh kerana rumah besan menantu sulong tinggal berhampiran dengan hotel jadi apabila waktu malam,Aqbar dan isteri, mak teh saleha dan anak-anak tidor di sana.

Yang tinggal tidor di bilik hotel cuma ummi,zauj dan anak-anak yang kecil. Bila siang mereka akan datang ke bilik hotel untuk bantu ummi sediakan makanan. Anak-anak ummi dan anak Saleha akan mandi di kolam renang seharian. Bila penat dan lapar,baru mereka naik dari kolam untuk makan dan solat.

Jemu berenang di kolam mandi,mereka akan pergi ke pantai pula, tetapi mesti ditemani oleh abang atau angah atau Baihaqi. Ada orang dewasa yang ikut serta untuk awasi mereka yang berenang di laut.


Ummi, Saleha dan isteri Mahfuz pula sentiasa berasa di bilik untuk menyediakan makanan. Ummi bawa periuk nasi,periuk serbaguna dan bahan-bahan untuk memasak. Hari pertama, ummi masakan ayam sambal. Pasti terkejut orang dengar, duduk hotelboleh masak-masak. Memang ummi buat begitu, tiap kali ikut zauj bekerja dan anak-anak bercuti di mana-mana hotel sekali pun. Tak kiralah samada hotel 2 bintang atau hotel 5 bintang.


Pasti ummi akan sediakan makanan sendiri untuk zauj dan anak-anak. Ummi tak suka membeli makanan di luar. Jika sekali sekala makan di luar sempena meraikan sesuatu, tak mengapalah. Tetapi jika untuk makanan hari-hari, rutin setiap waktu, ummi memang tak suka. Biarlah makanan itu seringkas seperti menyediakan ikan bilis goreng dan nasi putih, tetap anak-anak suka.


Dalam kepala ummi ni memang banyak idea masakan ringkas yang anak-anak suka dan gemar. Anak-anak amat suka makan masakan dari air tangan ibu mereka.


Cuti kali ni agak berbeza sedikit kerana, kebetulan besan tinggal di Port Dickson,maka 2 hari sarapan pagi,mereka sediakan. Pagi petama ,nasi lemak dan pagi kedua,bihoon goreng. Petangnya popia basah. Untuk hari kedua Mak teh masah ayam kicap. Dan ummi pula sediakan spaggethi bolgsana. Hari ketiga sebelum balik masak telor dadar, ikan sadin serta ulam timun. Memang amat menyelerakan anak-anak dapat makan makanan ringkas begini.


Hari Khamis, 17 Jun, selepas solat jamak takdim,kami teruskan perjalanan ke Perak. Melalui lebuh raya Plus Utara Selatan, kami singgah di rumah sepupu di Pekan Bidor. Setelah berbual selama 1 jam, kami teruskan perjalanan ke Bagan Serai, Perak.


Kami menziarahi mak saudara ummi, adik perempuan abah tok yang baru balik umrah. Tujuan ummi menziarahi mereka adalah untuk memperkenalkan menantu perempuan, isteri along dan angah yang merupakan orang baru dalam keluarga ummi. Ummi mahu anak menantu kenal orang-orang tua yang menjadi saudara dekat di dalam keluarga.


Tiba di rumah arwah mak ummi di Kg Parit Haji Tahir , jam mencecah 10:30 malam. Baru terasa penatnya. Setelah membersihkan diri, masing-masing mencari tempat untk beradu. Seronoknya bila tiba di kampong, tak ada sapa pun sibuk nak cari bilik, mudah saja tidor di ruang-ruang mana yang lapang samada depan TV, ruang solat atau ruang makan. Selalunya rumah di kampong ,luas dan lapang, tak sesak dengan perabot jadi amat selesa nak bergolek di mana-mana. Bilik selalunya hanya diberikan kepada anak-anak gadis dan orang perempuan sahaja.


Hari Jumaat 18 Jun, kami ke Relau, Sg Bakap. Kawasan dusun durian dan petai. Seronok pula ke kampong ini sebab kawasan berbukit yang sentiasa sejuk dikelilingi dengan pokok-pokok buah-buahan dan pokok getah. Musim durian gugur...




Hari Sabtu, 19 Jun, bersarapan di Pekan Batu 5, makan nasi lemak orang kampong di warung. Sedap beras baru, murah pulak tu. Sebungkus cuma 40 sen sahaja. Tehnya pun sedap,sebab tu agaknya orang tua-tua kat kampong suka minum teh di gerai dan warung-warung. Ada gulai sembilang juga. Ikan sembilang segar yang baru di ambil dari sungai dan di masak gulai. Sedapnya tidak terkira.


8:30 pagi,kami meneruskan perjalanan ke Lekir, Setiawan. Kami tidak lalu jalan lebuh raya. Kali ini, nak tunjukkan anak-anak jalan-jalan melalui dusun,ladang getah dan kampong-kampong. Kami teruskan perjalanan melalui Jalan Trong, Pekan Beruas, Ayer Tawar, Setiawan, Manjung dan akhirnya Lekir.


Bila melalui jalan perbandaran, had laju hanya sekitar 60 - 90 km sahaja. Tak berana nak pandu laju, sebab banyak sekatan jalan raya. Begitu juga perangkap had laju yang tidak diketahui dimana-mana dipasang oelh polis trafik.


Jam 12 : 00 tengah hari kami sampai di rumah ibu bapa Zubairy. Bila lihat sahaja taman perumahan itu, dengan bumbung rumah ala minangkabau, ummi teringat masa anak-anak masih kecik, ummi sering melalui jalan ini apabila berulang alik dari Tg.Karang ke Parit Buntar. Masa dulu-dulu,lebuh raya belum ada.


Tak sangka jodoh Nazihah di situ, kawasan perumahan yang ummi sering lalui semasa Nazihah kecil dahulu. Hanya bila ayah mertua sudah meninggal, lebuh raya telah ada, ummi tidak lagi melalui jalan ini bila berulang alik dari Tg.Karang ke Parit Buntar. Hampir 10 tahun juga ummi tidak melalui jalan ini.


Walaupun Nazihah lahir di Johor,ummi selalu kata Nazihah orang Perak, sebab selalu setiap tahun Nazihah akan ikut ummi balik ke Perak dan Selangor bertemu saudara mara terutama bila hari raya dan cuti sekolah. Bila dah temu jodoh, tak sangka dengan orang Perak juga.


Kami tiba terus disambut oleh pihak pengantin lelaki dan diiringi makan di meja santapan. Ummi janggal nak makan di meja khas macam tu,tapi menghormati tuan rumah,ummi duduklah juga di situ, sebelah pengantin lelaki. Makan beradat bersama pengatin. Rasa segan dan malu. (ummi makan tak banyak , sebab malu)


 Bergambar dengan Nazihah dan suami


Selepas tu, masuk ke rumah untuk acara bergambar bersama keluarga. Berbual dan beramah mesra dengan keluarga pihak lelaki. Jam 3 :30 petang, teruskan perjalanan ke Sg Besar, Selangor.


Kami bercadang untuk bermalam di sana, rumah mak saudara zauj yang terletak di tepi tali air di tengah sawah. Seronoknya... pemandangan hijau sawah padi.

Sawah padi

Pagi Ahad, 20 Jun,kami teruskan perjalanan ke selatan, dan singgah di rumah mak saudara zauj di Pekan Tanjung Karang. Memang niat ummi untuk memperkenalkan menantu kepada saudara mara belah zauj pulak. Semua saudara mara belah ummi telah diperkenalkan semasa di Perak hari semalamnya.






Selepas di Tg Karang,kami singgah lagi di Kuala Selangor, rumah abang zauj. Dalam perjalanan,jumpa sejenis molaksa bernama mentarang. Oleh kerana anak-anak tak penah merasi sedapnya mentarang ini, zauj beli 5kg mentarang di gerai tepi jalan. Harga sekilo lebih kurang RM 8. Sampai rumah abang, zauj masak mentarang dan tunjukkan pada anak-anak cara makan mentarang ni. Memang sedap,manis sebab masih segar,baru diambil di tepi laut.


Jam 3:30 petang meneruskan perjalanan ke Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor. Singgah rumah mak saudara zauj yang bongsu pula. Memperkenalkan menantu dan minum petang. Lepas tu hantar Omar ke asrama di SBPI, Rawang.




Lepas hantar Omar, barulah kami meneruskan perjalanan balik ke JB. Oh..penatnya tidak terkira, bermusafir selama 6 hari ni. Tiba di rumah jam 10 :30 malam selepas berhenti solat jamak takhir di Plaza Tol Skudai.


Moral cerita ummi ini ialah,jika anak-anak lepas berkahwin,bawa mereka menziarahi kaum keluarga untuk diperkenalkan. Tujuannya ialah memelihara dan mengeratkan silaturahim. Adat ini telah ramai ibu bapa dan pengantin baru,  tinggalkan. Bagi ummi adat ziarah menziarahi ini ada dalam syariat, maka ummi didik anak-anak agar meneruskan. Utamakan menziarahi saudara-saudara yang telah tua, mohon doa dan keberkatan dari mereka.

Semua mak-mak saudara zauj yang ummi ziarahi ini berusia dalam lingkungan 60- 75 tahun. Mereka dah tua dan dengan anak-anak ummi,pangkat datuk saudara.


Sekian entri kali ini,sebagai panduan dan merupakan sebuah catatan perjalanan keluarga.





Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.



Pilihan Jalan Yang Kita Tempuh

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Setelah 5 hari bermusafir, ummi sangat kelelahan. Ummi kira akan ummi temui ceria dihujungnya, namun kiranya sukar diperolehi ceria itu. Memang ummi sedar dalam setangkai padi, bukan semuanya akan menjadi padi yang bernas, ada yang kosong, yang jadi hampa.






Naluri seorang ibu, hanya ibu yang memahaminya. Manusia tetap dengan sikapnya yang ingin memuaskan keinginan hati sendiri. Ingin mencapai apa yang dia inginkan walaupun syariat tidak memberatkan hingga begitu. Kerakusan dengan dunia yang mahu indah dipandang mata dan masyarkat memandangnya mulia.


Pernah zauj berkata,  "seluruh kehidupan ini adalah ibadah jika kita mahu menuruti. Jika peluang dan jalannya terbuka didepan mata. Jangan kita sia-siakan jalannya,  jalan  yang mudah itu. Apa contohnya ? Berkahwin dengan mualaf merupakan jalan yang penuh ibadah ,  setiap langkah bersama dengannya adalah ibadah kepada Allah. Jika mampu rebutlah peluang itu, jika jalan dan peluangnya terbentang di depan mata. " Ramai yang mencari peluang itu, tetapi bukan semua manusia dijumpakan jalan nya.


Ummi kasihan pada manusia-manusia yang mengutamakan hati dan ingin memuaskan hati hingga melawan fitrah yang telah Allah tetapkan.


Jika kita menolak sesuatu kerana hati dan nafsu, maka hati kita akan tertutup untuk melihat kebenaran. Hati tertutup untuk melihat apa yang Allah syariatkan. Alasan apa pun yang kita reka ia tetap berlandaskan nafsu. Nafsu mahu yang bagus-bagus dan indah-indah yang kita pun belum tahu adakah ia dari jalan syariat Allah atau pun hanya indah diluar sahaja.


Jika kita melihat dunia dari pandangan yang sukar, maka sukarlah jalan yang kita tempuh, tetapi jika kita melihat dunia dari jalan yang mudah,maka mudahlah kita untuk meniti menuju ke akhirat di dalam jalan yang Allah redha.



Maka pilihan jalan menuju ke akhirat/menuju kepada Allah adalah ditangan kita sendiri. Bukan ditangan orang lain, hatta jalan seorang anak perempuan, bukan di tentukan oleh ayah atau walinya tetapi di tangannya sendiri. Namun bagi anak yang taat kepada ibu bapanya, apa yang ibu bapanya kata baik,maka dia turuti selagi tidak melanggar syariat,itulah jalan yang baik buat dirinya.


Permulaan hidupnya telah dimulai dengan mentaati ibu bapa sebelum dia mentaati suaminya. Semoga kita semua berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Jadilah wanita solehah...






Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Thursday, 10 June 2010

Hidupnya Insan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kenapa saat ini, perasaan ini lain benar rasanya. Hati merasakan sesuatu yang makin hampir dan pasti terjadi setiap manusia. Hati berkata-kata telah sedia dan berharap pada keluasan rahmat Allah untuk menghadapi saat itu.


Kelesuan di dalam tisu-tisu jasad makin terasa walaupun zahirnya kelihatan sihat dan ceria. Tersedu seperti lepas menangis masih kerap terjadi. Seperti terdapat suatu kesedihan dalaman yang tidak kelihatan.



Setiap urat nadi,tisu-tisu di jasad ini sakit, terasa nyaman bila ada yang memicit-micit. Allah telah sampaikan hajatku, maka aku juga telah bersedia untuk dijemput pada bila-bila masa walaupun tidak ada manusia yang tahu bila saat dan ketikanya.


Maha Suci Mu Ya Allah, aku telah bersedia dan hanya berharap pada keluasan rahmat dan kasih sayang MU yang Maha Agung...


Kurniakan aku keluasan rahmat MU sebelum, di saat ketika dan sesudah kematian ku. Limpahkan aku dengan kasih sayang MU dan redha MU.Letakkan aku bersama-sama dibawah naungan panji syafa'at Rasul MU bersama ibu bapaku,anak-anak menantuku , embunku dan kaum keluargaku dihari pengadilan nanti dan seterusnya bersama-sama menuju syurga firdaus MU.








Hidupnya Insan Tiada Yang Abadi
Menunggu Saat Panggilan Azali
Hilanglah Nafas Tak Bergerak Lagi
Tanah Perkuburan Kita Bersemadi

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat Ampuni Kami

Mayat Terbujur Telah Dikafan
Dibawa Pergi Sanak Saudara
Di Kubur Tempat Akhir Pesanan
Tinggal Di Dalam Gelap Gelita

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat Ampuni Kami

Talqin Dibaca Ingatan Diberi
Kepada Semua Yang Hidup Lagi
Jadikan Tauladan Kesedaran Diri
Kubur Yang Sempit Siksa Sekali

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat Ampuni Kami





Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Wednesday, 9 June 2010

Kita Bukan Perempuan Biasa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Betapa sekeping hati milik perempuan ini terlalu lembut. Ada masa-masanya terlalu sensitif. Sehinggakan kita bertanya pada diri sendiri inikah fitrah seorang perempuan biasa. Atau hanya sekadar menurut emosi semata.



Saat hati sedikit tersentak kembali ke masa-masa yang baru berlalu, hati sekeras batu pun akan menjadi terlalu lembut bak titisan air. Di saat-saat diri sendu, kenangan yang sedikit terlintas sudah cukup membuatkan hati sebak. Kenangan pahit manis kita di muka bumi Allah ini menjadikan kita seorang yang matang menempuh hari-hari mendatang. Kenangan yang manis membuatkan kita tersenyum, kenangan yang pahit membuatkan terkadang air mata kita menitis.


Ingin kita usir kenangan itu jauh-jauh tetapi makin dilupakan makin kuat ia menghuni akal fikiran. Lantas, kita berkeputusan tidak perlu untuk menjauhkan kenangan itu. Kenangan itulah yang menjadikan siapa diri kita sekarang ini.


Bukanlah suatu pembaziran masa untuk sebuah kenangan berupa pengalaman. Perempuan dengan air mata bukan diminta untuk dikasihani atau tanda lemahnya jiwa, tiadanya semangat tetapi perempuan dengan air mata sebagai tanda kita punya jiwa yang lembut.


Namun di sebalik kelembutan itu, kita punya ketegasan untuk terus bangkit biarpun berjuta halangan kita tempuhi. Kita tidak punya kekuatan sekuat Adam tetapi adanya diri kita sebagai penguat semangat Adam. Kitalah perempuan di sebalik keharmonian sebuah rumah tangga. Kitalah orangnya di sebalik kegembiraan anak-anak dan kitalah isteri peneman susah senang seorang suami. Untuk itu, kita bukanlah perempuan biasa. Kita perempuan yang diciptakan Allah dengan kelebihan yang tak terucap dek kata-kata...


Bukan perempuan biasa,
Bila hatinya masih lagi tenang,
walaupun seringkali dihiris & dicalari,


Bukan perempuan biasa,
Andai bibirnya masih menguntum senyum,
walau cairan pekat merah pernah mengalir melaluinya,


Bukan perempuan biasa,
Setelah selautan onak & duri diredahi seusia di muka bumi,
Setelah jiwanya disakiti hatinya dilukai,
namun jiwanya masih mampu teguh berdiri,


Hakikatnya dia berdiri seorang diri bersama hati sekeras waja,
Menempuh cabaran demi cabaran, dugaan demi dugaan,


Kesedihan ibarat layang-layang setia yang mengekori,
Kedukaan silam bagaikan cermin di hadapan diri,
kenangan maha perit sudah tidak mampu ditepis,
Namun,
selagi mendung berarak kelabu,
perjuangan hidup masih belum sampai ke penghujung,
Langkah tetap diatur penuh keakuran pada setiap takdir & ketentuan.


Bukan perempuan biasa,
Sumpah ikrar di hati teguh terpatri,
tembok kebencian takkan runtuh
Ketabahan hati takkan luluh,
ketahanan diri takkan roboh.


Bukan perempuan biasa,
Jiwa dan tindakan takkan dapat diselami,
Kesedihan lampau mustahil untuk dijejaki,
Rintihan hatinya tidak akan mampu dimengerti,


Sungguh,
Bukan perempuan biasa,
Tangisan & senyumannya terlalu sukar untuk ditafsirkan,
Tiadakan dapat dibezakan.


Itu hakikat
Itu kebenaran


Perempuan itu
Di tangannya setangkai mawar berduri
Di hatinya sebuku racun berbisa.





Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Jangan tangisi apa yang bukan milik kita..


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, Kesyukuran yang tak terhingga dirafa’kan pada Allah Yang Maha Kuasa. Subhanallah Maha Suci Allah yang menjadikan segala-galanya hatta yang terlindung dalam hati makhluk-Nya.




Dalam tempoh sebulan yang begitu mencabar, kehidupan ibarat terputus dengan dunia luar. Tiada lagi masa terluang bersama anak-anak halaqian, walaupun hanya sekadar untuk berchatting.



Begitu masa sungguh mencemburui kerana ummi sangat sibuk dengan urusan pernikahan anak-anak. Dari awal bulan Mei, berlarutan hingga ke bulan Jun. Hinggakan tiada ruang masa untuk ummi berkarya, meluahkan hati untuk berbicara.


Namun pantas lagi jari jemari ini menekan keyboard komputer kerana inilah luahan yang paling berkesan buat masa ini. Ada masa-masa tertentu saat bersendiri dan tanpa gangguan itu lebih diperlukan.


Terasa kerdilnya diri. Berpagi-pagian bersama La Tahzan karya Dr. ‘Aidh Abdullah AlQarni yang sudah pun dua tahun dalam jagaan memang bisa mengalirkan air mata. Entah kenapa kenangan yang sudah lama ditinggalkan makin menyerbu-nyerbu kotak memori. Sememangnya itulah buku yang paling disayangi.

Sesekali terfikir dikala sendirian, tetapi segera dipujuk diri dengan Surah Dhuha.  Surah itulah peneman di kala hati sebak terkenang masa lalu. Itu kisah silam, tak perlu diungkit.


Tak pernah mengungkit namun selagi bernama manusia yang waras, kotak memori akan sentiasa berjalan merentas masa silam. Ya Allah, janganlah didatangkan lagi kesedihan yang satu itu. Allah tak akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggunginya.

Manusia merancang, Allah jua merancang, namun perancangan Allah lebih teliti. Ada hikmah di sebalik semua yang telah berlaku.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedang ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedang ia buruk bagimu. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” –AlBaqarah:216

Janji Allah yang satu itu dipegang erat-erat saat hati benar-benar tersungkur. La tahzan, semuanya ini dugaan kecil. Berkasih tak semestinya bersatu. Yang berkahwin lagi kan bercerai. Inikan pula hanya setakat menzahirkan perasaan. Belum terlambat lagi untuk merasa bahagia. Kebahagiaan perlu dicari kesedihan silam perlu dilupakan. Kebahagiaan perlu diusahakan dan usaha itu perlu seiring dengan redha Allah. Teringat pesan seorang sahabat. Untuk apa masih lagi bersedih? Kerana sayang tak sampai matlamat? Atau berasa kehilangan? Atau berasa cemburu sedang diri masih lagi mencongak-congak berbahagia? Atau mungkin hanya dibuai perasaan sedih semata?

Jangan tangisi apa yang bukan milik kita..

" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya…” –AlHadid:22-

Berdoalah moga Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. ‘Sesuatu’ itu tak semestinya didatangkan orang lain sebagai pengganti tetapi cukuplah diganti dengan rimbunan ketenangan dalam hati. Itu yang lebih utama. Moga hati dipenuhi dengan cinta Allah kerana nanti Dia pasti akan memberi yang lebih baik.

Tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Itu janji Allah. Semoga Dia akan gantikan dengan yang lebih baik. Tetap sabar menunggu janji Tuhan yang satu...




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Penyesalan Biarlah Di Sini


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Bertemankan ayat-ayat suci Surah Yusuf, jari jemari ini seiring pantas mencoretkan sesuatu yang dari tadi berlegar-legar dalam fikiran. Secepat mungkin ingin dicurahkan rasa hati kerana takut penyesalan ini tidak sempat berada di sini kerana diri dijemput Pencipta ke sana yang kekal abadi.


Sesuatu yang pasti hari demi hari diri ini tempuhi. Saat ini sudah puluhan tahun menghirup udara dalam taman dunia Allah. Subhanallah Maha Suci Allah betapa masa berangkat begitu cepat sekali. Tiap malam tika mata ingin tertutup, saat tubuh mahu beradu, hati berdetik..moga diberikan satu lagi hari untuk menghidup udara Allah. Takut sungguh andai diri dipanggilNya saat tidur yang pulas itu. Sungguh ketakutan saat memikirkan tempoh penghakiman Malaikat Allah di alam kubur. Betapa diri tidak bersedia menghadapi ketika dan saat itu. Terbayang tempoh perjalanan alam barzakh yang begitu lama tanpa ibu, ayah, adik-adik, sahabat-sahabat baik sebagai peneman. Namun tak pernah sunyi dari seksaan.



Diri mula menyesali masa-masa yang terbuang tanpa amalan yang mampu meringankan seksa ketika Mungkar dan Nakir menjalankan amanah Allah. Alpa diri ini sehari-sehari di muka bumi-Mu. 24 jam putaran masa rupanya masih tidak cukup untuk dipergunakan sebahagiannya untuk-Mu. Kadang cebisan waktu pun tak tersedia untuk-Mu Ya Allah.


Ibaratnya diri ini umpama kacang lupakan kulit. Diri lupa bahawa tubuh yang sempurna ciptaan-Mu ini adalah pinjaman semata-mata. Pinjaman sebagai mengisi tanggungjawab seorang hamba kepada tuannya. Tanggungjawab yang wajib dilakukan itu pun terkadang masih lagi tidak sempurna buat-Mu kerana hati dan fikiran saling bertingkah.


Asalnya hati ciptaan-Mu begitu suci, bila mana hati itu ingin menjalankan tanggungjawab terhadap-Mu, ada masa-masa fikiran mula mengarah hati dengan seribu satu rasa; malas, riak, sombong, bongkak, Ya Illahi, semuanya ini bila disedari, cepat-cepat hati menginjak ke landasan yang betul semula. Sesungguhnya perkiraan pahala-Mu adalah berdasarkan niat. Bila mana niat sudah jauh dari ikhlas, apa lagi yang tinggal sebagai persediaan ke taman akhirat nun di sana... Terkadang ada juga yang tak mampu disedari dengan mata hati ini; riak. Sebesar-besar amalan pun tidak akan membawa apa-apa di sisi-Mu bila penyakit hati yang satu itu wujud.


Mata sudah terpejam. Namun hati masih berkata-kata. Andai esok masih ada, diri ini akan berusaha menjadi hamba-Mu yang terbaik. Bukankah menjadi hamba-Mu itu ialah apabila hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Andai esok masih ada, diri ingin menebus kesilapan-kesilapan di masa lalu. Mahu menampung mana-mana yang kurang agar boleh diperbaiki. Andai esok masih ada, segala janji untuk-Mu akan diri ini laksanakan. Kerana betapa banyak janji yang tak terlunas lagi…dan hati semakin lama semakin senyap dengan harapan yang tinggi ESOK AKAN ADA LAGI…



Azan Subuh membangunkan insan dari tidur yang panjang. Belum lagi mata terbuka namun udara sejuk mula terasa. Tarikan dan hembusan nafas sendiri mampu lagi didengari. Perlahan-lahan sepasang mata pinjaman Allah itu mula terbuka memandang jam di sisi. Rupanya sudah menginjak ke satu hari baru. Sesungguhnya ESOK ITU MASIH ADA. Dan penyesalan semalam masih lagi di sini..Janganlah penyesalan itu saat diri di sana akhirat yang kekal abadi…




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Siapalah aku di sisiMU.



Menanti saat hiba, di dalam pasrahku menghadapMu
Ya Rabbi...
Siapalah aku di sisiMu.
Dalam pasrahku dihadapanMu dengan zikrullah


Ya Rabbi...
Siapalah aku di sisiMU.
Dengan Zikiruallah aku mengingati dosa dosa lampauku


Ya Rabbi...
Siapalah aku di sisiMu
Dosa dosa yang aku lakukan
di masa lalu benar-benar membuatku tersedar


Ya Rabbi...
Siapalah aku di sisiMu.
Aku tersedar dan terbangun dari ingauan mimpi mimpi ngeriku


Ya Rabbi...
Siapalah aku di sisiMu.
Jangan engkau khayalkan aku dan terlupa lagi akan diriku ini


Ya Rabbi...
Siapalah aku di sisiMu
Sesungguhnya aku sedar aku adalah di antara manusia yang dalam kerugian
dan janganlah Engkau biarkan aku dalam sekelip mata..
Lindungilah aku,tetapkan imanku,berikan kebijaksanaan dan ilmu…..
Kerana aku sedar..Siapalah aku di sisiMu.


Ya Allah! Ampunkan dosaku Ya Rabbi.Amin Ya Rabbal ‘Alamin..











Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.








Tiada Dendam Di Hati



 
Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri
Bagiku Bukan Musibah
Malahan Hikmah Berharga


Katalah Apa Saja
Yang Jelik Penuh Dusta
Kau Bebas Warnai Diriku
Di Minda Yang Kelabu


Siapa Diri Ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah Dan Kecewa
Hanyalah Bara Membakar Jiwa


Sungguh Pun Ku Terkilan
Terguris Perasaan
Ku Pilih Berdiam Diri
Tiada Dendam Dihati ini.


Kadang ada waktu-waktunya memilih untuk berdiam diri itu lebih baik. Kadangkala dalam dunia ini ada perkara yang tidak ada jawapan untuknya,tiada sebab untuknya.


Kita mesti menerimanya. Bukan bermakna kita kalah tapi kita belajar untuk mengalah dan menerima seadanya. Mungkin itu jauh lebih baik dari kita terus menghukum diri dengan persoalan-persoalan yang tidak mampu untuk kita ungkaikan.


Harus juga kita didik diri untuk bergantung harap padaNya, tarbiyah hati untuk terus dekat denganNya. Kerana yang pasti dalam pada berdiam diri, hati rapuh di dalamnya walau fizikal tidak menggambarkan kerapuhan itu. Lantas, Dia jualah yang maha memahami segala-galanya. Dekat padaNya agar kita mengerti makna redha seorang hamba...



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Sayangi Aku Hingga Ke Hujung Waktu


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kalau kita berbicara tentang pernikahan, pastinya semua mengimipikan yang baik-baik dan indah-indah belaka. Normal bagi kita untuk mengharapkan calon yang paling ideal soleh dan solehah sebagai pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Kerana bagi kita, cukup sekali untuk menghadapi saat-saat manis itu dan biarlah berkekalan sebagai kenangan terindah dalam hidup.


Lelaki mengharapkan seorang isteri yang cantik, kalau pun tidak cantik cukuplah sejuk mata memandang, berakhlak mulia, solehah dan lain-lain. Begitu juga isteri mengharapkan yang serupa pada diri bakal suaminya. Wanita inginkan lelaki yang setia, pintar, bertanggungjawab, punya akhlak yang memikat dan sebagainya.


Tentunya inilah syurga dunia kita andai semua ini kita miliki seeloknya…
Saat kita lanjut usia, rambut pun mulai gugur satu persatu, tubuh yang dulu sasa mulai perlahan rapuh dan semput. Namun sang isteri dan suami masih tetap setia mendampingi. Saat di pembaringan, isteri tertidur lena dan pulas di bahu suami. Saat kita kesejukan ada rangkulan hangat kekasih hati yang erat dan saling menopang tubuh kita di saat kaki-kaki kita makin lemah berdiri. Bila hati dirasuk sedih dan hiba, pasti ada yang menghiburkan apatah lagi saat kita gembira dan senang….indahnya hidup..



Namun, waktu itu adalah kehidupan kita sebenarnya. Waktu tak pernah berhenti sesaat pun. Seiring waktu berlalu, isteri semakin kerepot dan berkedut wajahnya. Tapi masih lagi menurut suami, “Isteriku masih yang tercantik,”. Sementara perut suami pula semakin kelihatan buncit dan kepala kelihatan botak, tapi tetap isteri menyatakan, “Engkaulah satu-satunya kekasih hatiku.”


Kebesaran Allah SWT selalu kita lihat dalam melayari kehidupan berumahtangga. Setiap anggota melakukan solat berjemaah, bangun qiamullail saban malam, membaca Al-Quran, bertasbih, tahmid, saling bermaafan dan menasihati. Inilah sebenarnya hakikat pernikahan sepasang insan yang belayar menuju ke arah redha Allah dan bercita-cita untuk menegakkan ajaranNya. Inilah dia syurga yang disegerakan sebelum menuju syurga yang kekal abadi. Harapan setiap pasangan.


Namun tak kurang juga yang kita temui saban hari keluarga yang pincang dalam menghayati hakikat pernikahan sebenar. Sang isteri dan suami saling bertingkah pendapat. Saling menyalahkan antara satu sama lain. Walhal persefahaman itu amat penting. Cinta yang dulunya mengindahkan hidup yang sepi mengapa tidak dipertahankan keindahannya…alam rumahtangga seakan berada di neraka..tiada lagi ketenangan apa lagi kasih sayang.


Harus kita ingat segala yang indah mungkin tak akan seindah bayangan kita. Ada bunga-bunga indah namun cukup banyak pula onak dan duri yang menghalang. Seperti juga gading, mana mungkin kita temui yang tak retak, begitu juga manusia..tak ada yang sempurna. Setiap kita pasti ada kekurangannya. Suami dan isteri pastinya ada kekurangan..namun tak kurang juga kelebihan pada diri masing-masing.


Apakah kekurangan saja yang diperhatikan pada diri pasangan dengan pertimbangan yang adil. Konflik alam rumah tangga kadang ada waktunya menyebabkan kita kehilangan cinta yang dulunya mempersatukan kita dan Allah SWT juga telah berfirman sejelasnya; “Hai orang-orang mu’min, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilahkamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [QS At Taghaabun: 14]


Kerana itu sesungguhnya dalam kehidupan berkeluarga, apa yang paling penting ialah mendambakan keampunan Allah setiap masa dan mengharapkan syurgaNya, juga kasih sayang orang-orang terdekat dengan kita..dan kerana itu……… ‘SAYANGILAH AKU HINGGA KE HUJUNG WAKTU’……..



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.







Monday, 7 June 2010

Dunia hanya pinjaman




Masih sedih lagi...
Banyak kenangan bersama-sama yang disayangi...
Mereka datang dan pergi...
Bersama-sama angin yang sepi...



Dunia hanya pinjaman. Kematian itu sesuatu yang pasti. Sesungguhnya, bertemu detik dan masa itu, tak akan mampu untuk kita menangguh atau memajukannya walau untuk sesaat pun. Telah tersedia di perut bumi itu tempat-tempat kesudahan kita tetapi bilakah saat kembali itu?. Hanya DIA yang tahu segalanya.








Setiap dari kita telah ditentukan waktu kembalinya menghadap kekasih sejati, Allah Yang Maha Kaya. Dalam menjalani hidup seharian, kadang kita terleka untuk melihat dan berkira-kira andainya kematian itu menjemput kita pada saat kita bergelak-gelak ketawa. Kita lupa untuk mengingati bagaimana saatnya bila dicabutnya nyawa dari tubuh yang dipinjamkan-Nya ini.


Jikalaulah kita dapat membayangkan bila mana kita sudah tidak mampu untuk bernafas lagi. Menyedut udara pun kita tidak mampu. Jikalaulah kita tahu bila saat itu akan tiba, pastinya yang paling utama kita meminta kepada Allah agar memberi kita peluang. Peluang moga dipanjangkan umur lagi. Moga sempat menebus dosa-dosa lalu dan menjadi hambaNYA yang terbaik, bertemu dengan orang-orang yang tersayang. Ibu yang melahirkan kita mengandung dan menyusukan...subhanallah... besarnya jasa dan pengorbanan ibu. Moga-moga pengakhiran yang terbaik itu menjadi milik kita. Amin...




Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.