Kesian menantu ku,baru seminggu dah kena buat macam-macam. Hari Isnin, 2 hari selepas majlis walimah, menantu sulong kena buat kuih donut. Cuti sekolah, dan kebetulan anak-anak buah masih belum balik ke rumah mereka selepas walimah tu. Lagi pun mereka masih tinggal di rumah ummi , sementara masih lagi cuti semester dan seorang lagi menunggu untuk diberikan penempatan kerja.
Ummi ajar mereka cara buat kuih donut. Dengan menggunakan 1 kg tepung gandum, sepeket yis mauripan dan bahan-bahan lain, menantu ummi mengulinya menjadi doh. Ajar cara sukatan air dan bahan-bahan lain untuk buat donut tu supaya lembt dan gebu.
2 jam saja selepas adunan doh di bentukkan bulatan, doh telah naik dan kembang, sesuai masa untuk digoreng. Donut digoreng dengan warna keemasan, tak boleh terlalu kuning sebab nanti bila sejuk jadi keras.
Tak sampai sejam, donut tu licin di makan oleh anak-anak ummi dan anak-anak buah. Suka mereka makan kuih donut.
Donut
Sementara tu menantu kedua belajar mengukur kain untuk buat baju kurung.
Hari keesokkannya pula, menantu kedua kena buat adunan pau sambal. Ummi tunjukkan juga caranya,sukatan bahan-bahannya sehingga adunan menjadi doh. Adunan tu diterapkan ke papan potong dan dibulat-bulatkan. Sama masanya,2 jam adunan yang dah naik dan kembang digoreng, kemudian dibelah diletakkan sambal bilis. Cepat saja kuih ni habis.
Pau sambal
Donut dan Pau Sambal
Bahan-bahannya:
1 kg tepung
1 peket yis mauripan
400 cc air
3/4 cawan gula
1 cawan minyak masak atau marjerin
1 biji telor
2 sudu makan krimer manis./susu
1 sudu kecil garam
Cara membuat doh...
Gaul tepung dengan yis sehingga rata. Masukkan gula ke dalam air dan kacau sehingga gula larut. Campurkan garam ke dalam air gula.
Pada tepung,buat bulatan ditengahnya,pecahkan telor,masukkan susu /krimer manis, minyak/ marjerin. gaulkan rata sebelum masukkan semua air gula. Uli adunan menjadi doh sehingga sebati. Kemudian bentukkan bulatan. Jika donut, bentukkan seperti huruf 0.
Supaya tidak melekat doh yang dibentuk tu, letakkan sedikit tepung di atas dulang dan letakkan ada jarak antara kuih yang telah dibentuk tu supaya bila kembang,ia tidak melekat antara satu sama lain. Biarkan sehingga doh itu naik dan kembang, mungkin ambil masa lebih kurang 2 jam. Dah kembang, boleh lah goreng dalam minyak yang banyak.
Selamat mencuba...
Sementara tu menantu sulong pula belajar mengambil ukurna baju kurung , memotong kain, dan menjahitnya.
Bila memasak tengah hari mereka berdua bekerja sama di dapur. Begitu juga dengan mengemas rumah, buat kerja sama-sama. Rupanya ada hikmah ummi kahwinkan anak-anak serentak. Anak perempuan ummi dibawa suaminya tinggal bersama mertua, anak lelaki ummi bawa pula isteri tinggal bersama ummi.
Bukan tinggal selamanya pun tidak mengapa,sekurang-kurangnya baru-baru kahwin ni, ummi berpeluang untuk membimbing dan memberikan tunjuk ajar berkaitan rumah tangga dan pengurusan keluarga. Supaya nanti bila jauh, dah tinggal di rumah sendiri tahu dan ingat bagaimana nak buat itu ini. Memang sepatutnya setiap ayah ibu dan ayah ibu mertua membimbing anak menantu mereka di permulaan hidup berkeluarga. Jangan sekali-kali lepas tangan.
Ambil tahu bukan bermakna mencampuri urusan keluarga dan rumah tangga mereka. Kita cuma memerhatikan, mana-mana yang baik ditegur, dibimbing sejak awal-awal lagi. Ada ilmu rumah tangga yang tidak ada di dalam buku, sebaliknya diperolehi melalui pengalaman hidup yang dilalui.
Moral entri ini, ialah mendidik anak-anak dan anak menantu kerana mereka merupakan orang baru yang akan tinggal bersama-sama kita. Mereka telah jadi sebahagian dari keluarga kita. Dengan selalu bersama-sama meluangkan masa dan memberikan tunjuk ajar, ini akan mengujudkan kemesraan dan kasih sayang bertambah erat antara mertua dan menantu...
Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.
0 comments:
Post a Comment