BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 13 January 2011

Sehati Sejiwa,Berdansa Seirama

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Untuk jadi orang sabar, memang memerlukan kesabaran. Belajar menjadi penyabar. Bersabar untuk bersabar. Atas didikan masa, seseorang boleh menjadi penyabar. Dan ini dibuktikan apabila diuji dengan perlbagai koleksi dugaan di dalam perjalanan menuju Allah ketika di dunia ini.


Hanya satu destinasi kita yang boleh kita pilih, diakhir destinasi ini,kita boleh menentukan sendiri tempat mana yang mahu kita duduk bersantai. Semuanya berdasarkan apa yang kita buat semasa di dalam perjalanan ini.


Namun, naluri seorang ibu, ummi, emak, mama ialah ingin sentiasa bersama-sama dengan orang yang disayanginya walau dimana dia berada.


Hari-hari apabila celik mata, teringat dimana anak-anaknya, bila masak,teringat anak-anaknya suka makan apa,orang ini suka makan apa. Bila nak suap makanan pun, masih teringatkan anak-anaknya.


Sebab itu hati anak-anak juga telah diikat. Melalui doa kudusnya setiap saaat, detik dan masa, diseru nama setiap anak-anaknya. Itulah yang mengikat hati anak-anaknya dengan dia. Itu saja,bukan ada tali, bukan ada gam untuk hati mereka saling melekat antara satu sama lain. Ibarat hati itu menjadi satu, tetapi bukan begitu. Hati mereka bukan bersatu. Ia cuma berdekatan. Gerak irama hati yang sebelahnya turut di rasakan oleh hati yang satu lagi.


Sebab itu naluri seorang ibu dapat baca,dapat tahu akan gerak irama hati anak-anaknya, walaupun beribu batu jauhnya. Jasadnya jauh,namun hatinya bersebelahan sahaja. Itulah sehati sejiwa. Bukan hanya untuk pasangan berkasih tetapi terjalin antara ibu dengan semua anak-anaknya samada sedarah atau tidak sedarah. Bila  perasaan telah sehati sejiwa, maka seringlah mereka berdansa seirama.


Sebab itu seorang ibu mampu untuk bersabar dengan segala karenah anak-anaknya. Banyak mana pun anaknya, ibu tetap dapat merasai getar irama hati setiap anak-anaknya. Siibu akan turut berdansa seirama dengan rentak ayunan hati anak-anaknya.


Seorang ibu dapat merasakan hati anak yang mana sedang gembira, anak yang mana sedang berduka, anak yang mana sedang berwalahan, hati anak yang mana sedang kerinduan. Sebab itu seorang ibu boleh menyelami hati anak-anaknya dan ketika anak-anak pula amat memerlukan keberadaan ibunya, ibunya dapat hadir walaupun jauh. Hati ibunya hadir tanpa jasad. Dalam hati anaknya merasakan kehadiran siibu itu.


Seorang ibu dapat menyelami hati anak-anaknya, dapat membaca hati anak-anaknya, tapi mampukah seorang anak membaca hati ibunya?




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.





3 comments:

Selamber.org said...

ummi tau x,, kesemua karangan ummi ni dalam gembira,, mesti ade sedih..jadi,,, semua part terus nak sedih2..ish.. jadi,, saya harap,, ummi boleh buat 1 karangan,, cerita tentang ummi yang paling sempoi sikit,, biar berlainan dari biasa..

Selamber.org said...

karangan yang sempoi tu,, pastikan bila ummi baca,, ummi rase nak gelak aje.. nak ketawa aje.. biarkanlah 1 tread ummi ni langsung xde sedih2..jadi,, bila anak2 ummi baca,, mereka boleh tersenyum simpul kesorangan..

Ummi Munaliza said...

Bukan bakatlah hairil, nak tulis yang macsm tu, bila orang baca,orang tersenyum.

Macam yang hairil temui ummi,walaupun suka mengusik,menyakat,menembak, tapi bakat nak tulis as humor tu tak ada.

Hairul pernah jumpa atau baca atau tonton cerita seorang penembak tepat? Wajah dia mana ada senyuman... kiranya ummi dalam tersenyum tu, boleh menembak secara tepat. Tu yang selalu orang tak bersedia dan rasa teramat sakit.