بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Iklan ini sudah sering kedengaran di dalam radio dan TV. Ummi jadi tahu sebab cucu ummi Naimah selalu sebut. Lepas tu pandai pulak tukar untuk merealisasikan pada dirinya. Bila tanya sebaik lepas mandi, "mana spender, pampers pakai". Itulah, budak berumur 3 tahun pun sudah bijak untuk mengadaptasikan sesuatu yang didengar dan dilihatnya.
Frasa kata tu adalah sebalik dari makna peribahasa "Tiada rotan,akar pun berguna" bermakna "Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga." Sedangkan maksud tongkat adalah membantu untuk orang tua berjalan, namun dengan adanya teknologi yang membuat stokin bagi membantu kekuatan otot agar mampu berjalan tanpa bantuan tongkat. dah pakai stokin, tak ada tongkat pun tak apa.
Begitu juga dengan frasa kata yang Naimah buat, dah pakai pampers, tak pakai spender pun tak apa.
Cuba kita yang dewasa ni buat satu frasa kata yang seerti dengan "mana tongkat,stokin pakai", adakah kita masih mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif?
Kalau mampu membina frasa kata yang lebih baik, maka minda anda masih tajam dan neutron-neutron masih bercambah. Tak perlu minum susu Dugro 1,2, 3 lagi...
Selamat mencuba...
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
1 comments:
Agak-agak sapa yang mula nak tuliskan frasa kata tu atau nak komen entri ummi hari ini?
Dah lama ummi asyik berduka dan berhiba-hiba...
Post a Comment