Segalanya bermula pada 26 November 2014, selepas keputusan UPSR diumumkan.
"Apa hadiah ummi nak beri pada An?" tanya Ali Imran apabila mengetahui keputusan peperiksaan UPSRnya.
"Tiket kapal terbang."
"Pergi mana?"
"Mana-mana destinasi yang an suka nak pergi."
"Dengan ummi ke?"
"Ummi dan Ayah sekali."
#yang sebenarnya tiket kapalterbang nak pi Guntor.
13 orang pelajar dari SKTU 3 mendapat 5A. Terima kasih kepada semua guru-guru SKTU 3 yang dedikasi mendidik anak-anak murid mengenal Allah dan taat kepada suruhan dan larangan Allah.
13 orang mendapat 5A dalam UPSR 2014 di SKTU 3 |
Namun cadangan saya nak hantar ke Guntor telah dinasihatkan oleh seorang santri dari Pasentren Kencung yang kini telah menyambung pelajaran peringkat PhD di Moroko.
Raden Mooks ~ " Saya cadangkan lebih sesuai pondok traditional macam Lirboyo, Temboro, Payaman, dan lain2, bukan pondok Modern. Kalau modern tu sama je mcm masukkan dia di Ma'ahad Muhammadi. Btw, Gontor tidak bermazhab khusus. Kitab Soleh Fawzan Wahabi pun jadi silibus akidah mereka. Wallahu a'lam."
Dan pada 1 December , 2014 , saya bersama zauj ke Jabatan Imigresen KULAIJAYA untuk membuat passport Imran. Passport dah siap, tunggu surat tawaran dan buat visa, lepas tu baru beli tiket kapal terbang, hadiah seperti yang dijanjikan , dapat 5A dalam UPSR.
Kenapa saya pilih Imran belajar di Pondok Pasentren Lirboyo kerana displin ilmu yang ada di situ. Kitab penggajian adalah Kitab Turas (kitab klasik warna kuning). Penggajian secara bertalaqqi. Baca kitab depan guru. Seperti mana kata seorang kiai di sana, KH. M. Anwar Manshur, Lirboyo.
"Kalau belum bisa BACA Ihya' tidak boleh pulang! ! Kalian pulang harus jadi SIROJUL UMMAH (tempat rujukan dan pemberi petunjuk umat). Karena zaman sekarang SEDIKIT sekali orang yang mahu mengaji."
Mulai saat itu saya sudah mula merasa hiba. Mula menyediakan hati untuk berjauhan dengan permata hati yang bongsu. Sudah terasa bibit pilunya.
Saya mula membina kekuatan dalaman dengan sering mencari kata-kata hikmah yang memotivasikan diri.
“seorang imam telah meninggal dunia dan lahir pula seorang imam yang lain.. Maka berterusanlah usaha kita untuk melahirkan imam-imam."
Saya imbas kembali cerita-cerita lama ketika berjauhan dengan anak sulong.
16 tahun dulu, ketika permata hati yang sulong baru berumur 12 tahun lebih, kali pertama berjauhan, 3 bulan saya menangis dalam diam. Tengok selipar menangis, tengok baju menangis, tengok seluar menangis, tengok apa juga barang-barangnya saya menangis. Bila menangis automatik mendoakan kesejahteraan agar menjadi anak soleh.
Saya jadikan kisah ibu Imam Syafie sebagai panduan. Pengorbanan hati berjauhan dengan anak.Lama saya tidak masak makanan kesukaannya.
Hanya 11 bulan selepas itu baru saya dapat bertemu. Ketika itu sistem pondok cutinya setahun sekali. Maka selepas daftar masuk bulan Syawal, akhir Ramadhan tahun berikutnya baru cuti sebulan. Puas saya menangung rindu, sehingga mendapat adik baru pun dia tak tahu.
Sudahlah ketika itu hubungan telefon bukan macam zaman ini. Telefon public hanya boleh digunakan seminggu sekali, itu pun jika tidak rosak. Maka seperti pungguk rindukan bulan saya menunggu suara anak ditalian telefon.
Ada yang buat saya tersenyum, bila saya belikan shampoo, dia tanya, "ummi nak shampoo , rambutnya mana?"
Semua pelajar pondok rupanya dibotakkan kepalanya, sebelum mula sessi pengajian menghafal al-quran.
Walaupun berat dan payah, motivasi dan cita-cita mahu mentarbiyah anak menjadi orang berilmu, cita-cita mahu anak menjadi pewaris imam yang ada hari ini akan pergi ke alam baqa, maka hati ibu mesti lebih kuat dari hati anak. Ini penting kerana, anak itu akan jadi kuat dengan doa ibunya.
Ya Allah,jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang sentiasa taat dan patuh kepada perintahMu.
Permintaan Ali Imran malam tadi, "nak tidor sebelah ummi, boleh?" Malam akhir Imran di rumah, tidorlah dia dengan lena sebelah umminya. Lepas ni ntah bila lagi peluang ni dia dapat.
Jika orang tanya, "berapa tahun Imran, duduk memondok?"
"13 tahun"
"uiks...lamanya."
Perjuangan...perjuangan...mujahadah menjadi hamba yang Allah redha. Cita-cita yang mengharap keredhaan Allah.
Jadi ibu mesti kuat, walaupun menangis dalam senyap. Air mata sentiasa bertakung, hati sayu dan pilu disembunyikan dari pandangan.
#saat Imran naik kereta menuju ke airport, bibik menangis hiba dahulu. Bibik mengasuh Imran dari usia Ali Imran satu tahun. Kini usia Imran 12 tahun, nanti Julai 2015 baru 13 tahun.
0 comments:
Post a Comment