BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 10 February 2010

Dah 9 hari Rupanya...

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam. MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.


Hari masuk hari ke 9 ummi tinggal di wad dan hari ke 7 selepas pembedahan 'Total Knee Replecement'. Luka pembedahan, kawasan sekitar luka pembedahan masih terasa sakitnya. Kesakitan ini di atasi dengan bantuan 'cecair morphine' yang masih lagi disalurkan kedalam saluran darah.

Tepat jam 8:15 pagi, Mr masjudin sampai utnuk melihat keadaan ummi. Kali ini, lawatan Mr Masjudin di iringi dengan Dr Ida, kawan Dr Fahmi semasa di Unimas dahulu. Tak sempat untuk berbual panjang dengan Dr Ida sebab  beliau terpaksa mengiringi Mr Masjudin melawat pesakit yang lain di wad orthopedik.

Semalam latihan fisiotrapi menjuntaikan kaki di pinggir katil dan berdiri. Ummi dikehendaki duduk menjuntaikan kaki dipinggir katil dan mengayunkan kaki ke depan ke belakang. Kaki kiri di ayun depan belakang, kaki kanan boleh bertindak membantu.

Setelah itu,ummi dikehendaki berdiri dengan cara yang betul,agar pemasangan implant tertangkup ditempat yang betul serta,kekemasan implant menjadi lebih tegap.

Dengan bantuan 'walk frame' ummi mampu berdiri dan menggilirkankan kaki berdiri dengan sebelah kaki.

'Walk Frame' membantu untuk ummi berdiri dan latihan berjalan

Exercise menggunakan mesin, lipatan kaki menjangkau sehingga 90 darjah. Kemas dan sempurna,kaki ummi telah boleh dilipat sehingga 90 darjah. Semasa melakukan exersice, bila sahaja ada rasa sakit, ummi akan segera tekan 'button' agar 'cecair morphine' akan segera bertindak menghilangkan rasa sakit.
Mesin untuk exersice melipat kaki

Jam 1:00 tengah hari, sekumpulan pelajar 2 SPI telah datang menziarahi ummi. Pelajar-pelajar ini adalah pelajar zauj sekarang. Zauj mengajar mereka subjek 'Akhlak dan Tasawwuf'. Jadual zauj mengajar mereka pada setiap hari Isnin, 8:00 pagi hingga 10:00 pagi setiap minggu.Bilangan pelajar kelas 3 SPI ini tidak ramai sekitar 14 orang perempuan dan 1 orang pelajar lelaki. ("adoh! kesiannya seorang sahaja pelajar lelaki di kelas ini.")

Sekumpulan pelajar tahun 3 SPI, sessi 2009/2010

Apabila mereka balik, anak angkat ummi Muhammad Ariff Ong Abdullah pula sampai. Ariff tiba di Larkin dari Kajang pada pukul 5:00 pagi. Kemudian Ariff ke rumah abangnya, Iskandar di Pasir Gudang dahulu. Menjelang tengah hari, barulah mereka datang menziarahi ummi. Ariff adalah anak angkat yang ummi temui di Halaqah.net.

Oleh kerana niat Ariff semata-mata mahu menziarahi ummi dan menemani ummi di wad, maka Ariff bermalam di wad ini. Zauj juga bermalam di wad pada malam tadi. Pagi tadi setelah selesai jururawat 'memandikan' ummi di atas katil ini, barulah zauj balik ke rumah untuk bersiap ke tempat kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah.

Sedapnya hari ini dapat makan 'laksa penang'

Ariff tinggal di wad ini menemani ummi berbual. Sejak ummi tinggal di wad ini, ummi cuma diberikan 'western food' sahaja, setiap pagi sarapan ummi ialah roti dan jem dan air milo. Begitu juga ketika minum petang,hanya roti, jem dan secawan teh.Pagi tadi Ariff tolong belikan ummi 'laksa penang' dan mee rebus. Sedapnya!, bagi ummi yang sudah lama tidak menjamah makanan melayu ni. Nikmatnya tidak terkira!.

'Western food' yang disaji untuk ummi setiap makan tengah hari dan malam

Ketika waktu lawatan petang seorang halaqian dari Shah Alam , Nor_207 melawat ummi. Suka tidak terkira ummi. Termasuk Nor, halaqian yang datang melawat ummi adalah seramai 5 orang. Aisyahkhadijah, Badryl3,Strawberry_Unggu,Ariff_Ong dan Nor_207. Pasti pertemuan dengan halaqian akan mengimbas cerita-cerita di Halaqah.net. Pertemuan di alam maya(internet) di realisasikan di alam nyata, kemesraan pasti cepat terujud.

Malamnya, 'line drip' yang malam semalam baru disetting telah menyebabkan tangan ummi bengkak dan merah. Hmmm...jam 12:25 malam, sekali lagi tangan ummi dibelek-belek untuk dicari urat baru bagi menyalurkan 'cecair morphine',normal saline dan antibiotik. Kali ini,ummi tidak mahu doktor oncall yang set line, sebaliknya ummi minta jururawat senior sahaja. Sebabnya, selalu doktor oncall ni,doktor yang muda-muda, belum cukup pengalaman untuk mencari urat, akan mencuba beberapa kali, namum saluran darah tetap tidak dijumpai. Mereka akan mencucuk jarun ke beberapa tempat, dan selalunya cubaan yang ke 4, atau 5 baru lah ditemui saluran darah tu. Sakitnya, lebam lagi tidak terkira.

Malam tadi SN Madihah cuma mencuba 2 kali sahaja, terus menemui salurah darah. Kali ini 'line drip' ditemui berhampiran lipatan siku tangan kiri. Tak kisahlah,asalkan dapat disalurkan cecair ubatan kedalam tubuh badan ummi.

Lepas dapat setting 'line drip' tu baru ummi dapat tidur lena, sekitar jam 12:45 malam. Namun jam 4:04 pagi kehidupan hari ini ummi dah bermula apabila SN Madihah datang untuk memandikan ummi. Begitulah entri ummi pada hari ke 9 ummi di wad HSAJB ini.

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

2 comments:

Anonymous said...

Salam ziarah ummi, semoga ummi cepat sembuh, amiin

cahayalurus

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Selamat berkunjung cahayalurus.Terima kasih atas doanya. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam redha,rahmat dan kasih sayang Allah.