بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bersama pelajar PMIUTM
Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam. MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Subhanallah, pagi semalam ummi berduka, hati terusik, namun sesungguhnya Allah tetap dekat dengan ummi. Pagi semalam, selepas ummi menulis luahan hati, ummi menangis, agar hati ini basah selalu. Rupanya apa yang terluah itu segera di sampaikan oleh Allah. Pagi tu,ummi sunyi selepas sahaja doktor merawat ummi datang melihat keadaan ummi. Masa fisioterapi datang , ummi masih menangis lagi untuk mengeluarkan apa sahaja yang ada dihati agar sbarang sifat tersembunyi syaitan dan iblis yang cuba menggoda ummi hanyut di bawa air mata.
Namun petangnya , usai sahaja solat zohor, berduyun-duyun Allah gerakkan hati-hati untuk manusia datang menziarahi ummi. Ummi kira semalam yang datang menziarahi ummi lebih dari 50 orang. Maha Suci Engkau Ya Allah, yang Maha mendengar bisikan hati Manusia...
Benar-benar Allah utuskan mereka untuk membawa kegembiraan pada ummi, keceriaan hati ummi. Berbual perkara yang bermanafaat, ummi titipkan mereka kata nasihat, panduan dan bisikan dari kasih sayang seorang guru dan ibu. Sepakat berdoa agar semuanya yang hadir dikurniakan oleh Allah kerahmatan, kejayaan, kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Bersama pelajar 3 SPI, UTM dan Strawberry Ungu
Satu kelas pelajar SPI tahun 3, pelajar zauj tahun lepas untuk subjek "Akhlak dan Tasawwuf" datang menziarahi ummi. Semua pelajar ini, memang kenal ummi. Mereka datang beramai-ramai. Sehingga lepas waktu asar, datang lagi sekumpulan pelajar PMI UTM. Tidak ketinggalan jiran ummi bersama dengan rakan kerjaya ummi. Dan dicelah yang ramai tu ada seorang halaqian Halaqah bernama Strawberry_Ungu datang. Walau pun dari tempat berbeza,tetapi bila dah jumpa jadi mesra.
Kehadiran mereka bagi ummi adalah utusan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Memang tidak ummi duga, secepat itu apa yang terdetik dihati ummi, Allah sampaikan.
Menjelang Maghrib, zauj sampai selepas semua urusan anak-anak diselesaikan. Ummi bersolat jamaah dengan zauj di wad ini. Terasa seperti berada di rumah. Hiang rasa sakit yang berbisa ini.
Mulai semalam ummi memulakan latihan fisioterapi untuk pergerakkan kaki di atas katil sahaja. Step pertama latihan adalah untuk membina kekuatan otot disekeliling lutut. Step 2, pergerakkan otot sekitar buku lali. Step 3, pergerakkan otot paha dengan cubaan angkat kaki. Step ini ummi tidak berjaya lakukan kerana sangat sakit. Kaki terasa amat berat. Usahkan untuk angkat sekitar 3 inci dari atas tilam, seinci pun tidak terangkat.
Step 4, angkat punggung menggunakan otot betis. Ini ummi mampu buat,walaupun dapat angkat sekali sahaja. Ummi perlu ulang ke empat-empat step ini, sebelum ummi melakukan step-step seterusnya. Masih banyak step yang ummi perlu buat sebelum ummi memulakan latihan memijak kaki ke lantai. Ummi perlu buat secara beransur-ansur, walaupun luka pembedahan masih sakit. Tujuan nya untuk lihat keberkesanan alat ganti sendi dan tulang yang baru dipasang pada kaki ummi.
Ubat bius 'morphine' masih lagi digunakan setiap kali ummi melakukan exercise dan pergerakkan otot. Sakitnya terasa berbisa.
Sehingga semalam sudah 1 minggu ummi tidak menjamah nasi. Ummi cuma makan sayur dan buah. Itu pun umm paksa makan. Ummi tidak berselera langsung untuk makan. Itu juga faktor ummi kelihatan lesu dan tidak bermaya. Ummi lebih bergantung kepada 'drip normal saline' yang dimasukkan ketubuh ummi ini sahaja. Ummi masih diberikan suntikan antibiotik 3 kali sehari dan perlu makan ubat.
Menu 'western food' yang disediakan setiap hari untuk ummi
Petang semalam 'line drip' tangan kanan ummi bocor dan bengkak. Terpaksa buat 'line drip' baru ditangan kiri. Doktor menghadapi masalah untuk cari urat. 3 kali cubaan tak berjaya, sakit tangan ummi kena cucuk dengan jarum tu tak terkira. apa yang mampu ummi buat? Tadah sahaja tangan untuk dicari urat. Kali ke 4,baru dapat, tapi kedudukan nya tidak lah selesa bagi ummi kerana menyukarkan untuk ummi bertayamum pula. Namun ummi perlu akur dan pasrah dengan laluan 'drip' baru ini.
'Line drip' yang baru diset ke tangan kiri ummi,
untuk suntikan antibiotik, dan cecair morphine di alirkan masuk ke tubuh ummi.
Selepas zauj temankan ummi makan, jika tidak, memang ummi tidak berselera untuk menjamah makanan, solat isya', baru zauj balik rumah. Ummi tahu zauj penat dan perlu rehat setelah seharian bekerja dan menguruskan anak-anak. Kesian zauj, harap Abdullah sahaja untuk memicitkan kakinya sebelum tidur. Sesungguhnya pengorbanan zauj dan anak-anak ummi sangat bermakna dan besar terhadap ummi. Merekalah nyawa ummi, harta ummi di akhirat dan kebahagiaan ummi dunia akhirat. Cinta dan kasih sayang antara ummi dan zauj sangat utuh dalam dan intim. Inilah cinta kasih sayang yang Allah anugerahkan kepada kami. Cinta kasih sayang kami kerana Allah dan bersama Allah.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
4 comments:
http://ummusumaiyahmenulis.blogspot.com/
9 Feb 10, 08:26
uminas: Moga kesabaran ummi dalam menerima ujian kesakitan akan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda..
9 Feb 10, 08:27
uminas: Dan moga ianya akan menjadi sumber kekuatan untuk insan lain juga
Daeng Jati mungkin perlu log in blog sendiri,kerana Anonymous tidak dibenarkan. (tujuannya supaya ibu kenal setiap tetamu laman ini)
9 Feb 10, 09:14
Ummi Munaliza: rasanya kena masuk laman blog sndiri dulu. tapi orang laiin boleh saja,Daeng Jati
9 Feb 10, 09:07
Daeng Jati: kenape hendak posting komen kat bawah cerita tu error?
9 Feb 10, 08:32
Daeng Jati: Assalamualaikum wbt. Moga ibu cepat sembuh
Apa khabar Ummi.. Ada sorg lg dktor yg sy kenal Ummi.. Dr Kamil.. dia houseman Dr Ida.. dia junior sy.. mana tau kot2 Ummi tjumpa dia di sana..
Alhamdulillah.. ummi berjaya akhirnya dalam pembedahan ni.. Semoga semakin sihat .. Amiin..
Post a Comment