BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 4 April 2013

Anekdot Makkah Madinah- Dalam Perjalanan



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Peta perjalanan

Bermula dalam penerbangan pergi KLIA ke  Jeddah, 8 jam perjalanan tanpa henti dimanafaat masa sebaik-baiknya.

Ada skrin depan mata disetiap penumpang. Ada berbagai channel boleh pilih. Pilihan atas diri sendiri. Nak berhibur, nak bershopping atau nak apa-apa sajalah.

Sebelum ke KLIA pada 2 April tu, subuh lagi dah bangun, seawal jam 3.00 pagi untuk persiapan diri. Jam 5.30 sudah berada di Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai.Di mulakan safar dengan solat subuh berjemaah di masjid ini.

Jam 6.30 berkumpul di depan warung, dan jam 7.00 pagi bas bergerak ke KLIA. Tiba lebih kurang jam 12.00 tengahari. Perjalanan dalam kumpulan, ada warga tua menyebabkan banyak berhenti untuk keperluan qada hajat.

Sampai KLIA, terus urusan bagasi, dan jam 1.00 petang chek in. Solat jamak takdim zohor asar di Musallah bahagian berlepas KLIA dan masuk kapal terbang. Jam 3.00 petang berlepas ke Jeddah. Apa nak buat 8 jam perjalanan? Tidor? Tadi dalam bas dah tidor.

Godak channel, jumpa holy quran. Ini buat saya tersenyum. Ada headphone, dan dalam beg tangan memang ada quran kecik terjemahan. Pasang quran juzuk ke 30, maka telinga mendengar bacaan ayat-ayat , mata membaca terjemahan. Alhamdullilah...
AL-Quran dan Terjemahan

Dan terjumpa beberapa terjemahan ayat-ayat yang berkaitan "beriman dan beramal soleh( buat kerja kebajikan)".

Sungguh, Allah yang memahamkan atas usaha kita dan hidayah Allah.

Mungkin selama ni ni kita baca beratus kali tapi tak faham apa yang kita baca.

Bermula dengan surah Al-Asr, "Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)"

Surat At- Tin, " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (4) Kemudian Kami kembalikan dia ke serendah-rendah kejadian, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6)

Surah Al-Bayyinah, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. (7)"

Surah Insyiqaq, "Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus. (25)"

Surah Al Buruj, "Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). (10) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (11)

Surah Maryam, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (96)"

Surah Al-Kahfi, "Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (109) Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (110)

Maka bukti apa lagi untuk saya ajak rakan-rakan semua supaya kita sama-sama buat kerja kebajikan (amal soleh). dalam firman Allah di atas sudah menunjukkan beberapa suruhan agar kita melakukan amal soleh selepas kita beriman kepada Allah.

Kita wajib lakukan amal makruf nahi mungkar kerana ia merupakan kerja kebajikan yang Allah tuntut. Kita tak boleh biarkan ummah binasa kerana sikap tidak ambik peduli kita atas kerja-kerja kebajikan. Banyak cara untuk kita lakukan kerja kebajikan untuk ummah. Maka pilihlah mana satu yang kamu suka, kamu mampu asalkan Allah redha.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: