BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 3 April 2013

Anekdot Makkah Madinah-Pergi Dalam RahmatNYA




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pergilah ke Baitullah dengan izin Allah dalam rahmatNYA, menjadi tetamu yang diundang dengan beribu-ribu rahmat kerana ada juga yang sampai ke sana dengan izin Allah dalam murkaNYA.

Apabila pergi dengan menggunakan tipu daya untuk dapat visa umrah apabila larangan kesana tanpa mahram diengkari, pasti ada kesannya kepada diri apabila sekembali ke tanah air. Ada juga yang dapat cash prize ketika di sana. Semua tu dalam nilaian Allah walaupun kita rasa syukur dan nikmat dapat sampai ke sana.


Kisahnya, seorang gadis telah mengeluh kepada saya 3 bulan lalu merasa sedih kerana hajat nak ke Baitullah terpaksa dibatalkan kerana visa umrah tidak diluluskan kerana tidak ada mahram. Tiba-tiba sebulan lalu dia dengan gembiranya memberitahu kepada saya, bahawa dia telah kembali dari mengerjakan umrah.

Terus saya bertanya, bagaimana pulak boleh dapat ke sana, bagaimana visa umrah boleh lulus? Katanya, dengan tipu daya, submit  permohonan visa dia dengan bermahramkan abang kandungnya. Jadi bila visa lulus, bolehlah dia pergi tetapi abang memang tak pergi. Jadi kemukakan permohonan visa abang semata-mata supaya adik dapat visa, padahal abang tidak ada rancangan dan niat nak pergi ke sana.

Maka pergilah adik bersama rombongan. Alhamdullilah, tak ada apa-apa cerita di sana kat saya. Cumanya, selepas beberapa minggu, saya terperanjat apabila gadis ni upload gambar tidak menutup aurat di fesbuk. Gambar profile pulak tu. Mula saya ingat gambar ni privacy untuk kawan perempuan saja tengok, tetapi public. MasyaAllah... inikah kesan dari kembalinya dia dari Baitullah?


Jadi usahlah kita nak pergi buat ibadah tetapi dengan jalan yang tidak lurus. Kesannya akan ada juga. Bagaimana nak dapat umrah mabrur jika jalanya sudah tidak betul.


Ada sebab kenapa Allah mensyariatkan pergi haji atau umrah bersama mahram, bukan saja-saja kerajaan Arab Saudi kuatkuasakan atas alasan peluasan kawasan Masjdil Haram.

Setiap perkara ada hikmah, kadang -kadang Allah perlihatkan pada orang lain, bagi yang berfikir dan mahu menjadikan iktibar.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: