Tiba di rumah terus aku dan zauj berehat kerana kelelehan perjalan balik dari Melaka tadi. Sebenarnya ada jemputan rumah terbuka di Taman Pulai Indah, rumah pemuda PAS Nusajaya, Suhaizan dan Norsham. Waktu jemputan antara jam 5:00 petang hingga 10:00 malam. Oleh kerana penat, kami bercadang pergi selepas solat maghrib sahaja. Lagi pun mak mentua dan Nazihah (anak perempuan yang ke 4) tu berpuasa. Jadi nak siap jaudah berbuka mak dahulu.
Seusai solat maghrib, kami anak beranak, bersama bibik dan Nurul Naimah (cucu comel kami yang seorang ini, jadi buah hati intan payung opah ) berangkat ke Taman Pulai Indah yang terletak sebelah Taman Pulai Perdana sahaja. Kalau tengok dari google map tak jauh, tapi melalui jalan raya, ambil masa 20 minit juga nak sampai, sebab melalui beberapa lampu isyarat.
Yang tinggal di rumah cuma Baihaqi dan Mahfuz. Anak berdua ni tak mahu ikut sebab nak temankan mak mentua di rumah. Aku pun , jika tidak kerana memenuhi undangan seorang ahli jemaah kawasan, mungkin tidak pergi juga sebab masih letih dan penat balik dari perjalanan yang jauh.
Sampai di rumah sahabat jemaah ini, kami terus menjamah hidangan sambil berbual-bual dengan tetamu yang lain. Kebanyakkan tetamu adalah dari kalangan pemuda kawasan Gelang Patah. Jam 8:30, kami pun minta diri untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik, dah sampai pun di Taman Pulai Utama, berhenti di simpang berhampiran Gaint yang ada lampu Isyarat, telefon zauj berbunyi, rupanya menantu kami, Nasrum yang memanggil. Aku jawap, dikhabarkan mak mentua sedang sakit di rumah.
Bila tiba sahaja di rumah, 5 minit selepas terima panggilan, di dapati mak mentua sedang kesakitan dada, wajah pucat, kaki tangan sejuk . zauj angkat mak mentua dengan Nasrum, bawa ke kereta untuk ke Klinik berhampiran. Kami bawa mak ke Klinik Norilla di Taman Sri Pulai. Dr Norilla bergegas keluar dari biliknya bila dimaklumkan mak sedang sakit di dalam kereta. Setelah diperiksa, Dr Norilla mencadangkan mak terus di bawa ke hospital kerana melihatkan keadaan sakit dan tekanan darah , mungkin mak hadapi serangan jantung.
Terus sahaja kami semua, aku, zauj yang pandu kereta, Nazihah dan Nasrum yang duduk dibelakang bersama nenek mereka, menuju ke HSAJB. Masa itu jam menunjukkan hampir 9:30 malam. Sampai di kawasan kecemasan HSAJB, kami disambut oleh petugas-petugas Triage di Unit kecemasan HSAJB. Mereka cepat membawa 'transport stretcher' untuk mengangkat mak ke dalam dewan kecemasan. Kami tiba di Jabatan Kecemasan itu lebih kurang jam 10:05 malam.
Sementara menunggu paramedic memberikan bantuan dan rawatan kepada mak, aku, Nazihah dan zauj bersolat Isya' dahulu. Hampir 2 jam menunggu, barulah kami mendapat khabar keadaan mak. Mak dikehendaki mendaftar masuk wad C4 di HSAJB. Wad ini agak sempit dan sesak dengan bilangan pesakit yang ramai. Permohonan aku untuk memindahkan ke wad kelas satu pun tidak dapat dibuat pada malam itu.
Nazihah setuju untuk menemani mak di wad. Memang mak memerlukan teman untuk menguruskan diri. "malam ni Tun teman nenek ya, esok,pagi-pagi ummi datang ambik giliran pula. Nanti dekat waktu subuh, ajak nenek bertaharah, pastu wudukkan nenek, bagitahu arah qiblat, tanya pada nurse,mana arah qiblat. Tak ada telekong, pinjam dari surau. Solat di atas katil saja." Panjang lebar aku memberikan arahan pada Nazihah.
Aku dan zauj balik pada pukul 12:15 malam dan tiba di rumah jam 12:45 malam. Aku rehat sebentar untuk menjenguk halaqah dan tidur pada pukul 2:00 pagi. Esoknya, bibik mengambil giliran untuk menemani mak di wad. Nazihah balik rumah dan meleteri aku, "ummi, ummi kata nak jaga nenek kat wad? Macamana ummi nak bawa nenek ke bilik air? dengan tangan ummi pegang tongkat , pastu nak tolak kerusi roda nenek lagi? " Jadi memang Nazihah tak benarkan aku yang teman kan di wad.
Tengahari, adik zauj yang bongsu dan pengiring bongsu sampai ke wad untuk melawat mak. Lepas waktu lawatan baru mereka singgah di rumah untuk solat jamak dan berehat sementara menanti waktu melawat petangnya.
Ujian buat zauj untuk menjaga isteri dan ibunya. Aku pula selalu membantu zauj mudah membuat keputusan dalam apa jua keadaan dengan mengutamakan ibunya terlebih dahulu. Sejak mak mentua tinggal di rumah bersama-sama kami, setiap malam zauj tidur berhampiran dengan ibunya. Memang aku juga sering meluangkan masa untuk menemani mak mentua berbual sejak mula kahwin dulu lagi. Aku melayan mak mentua menyamai layanan aku kepada arwah mak kandung dahulu.
Keadaan kesihatan mak mentua beransur pulih, hanya masih mengalami demam ringan dan sakit-sakit badan. Aku akan duduk memicit kaki/ tangan dan badannya tanpa diminta. Aku layan makan minumnya sebaik mungkin. Aku dengan mak mentua memang rapat dan hubungan kami sangat baik sejak aku bernikah dengan zauj. Semoga ini menjadi contoh dan tauladan yang baik untuk anak-anak pada masa akan datang bila mereka berkeluarga sendiri.
Thursday, 22 October 2009
Aku dan Mak Mentua
Impianku menjadi isteri solehah
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 10/22/2009 06:25:00 pm
Labels: mak mentua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment