SESUATU yang menarik dan tidak putus-putus diperkatakan mengenai tradisi menyambut Syawal adalah kunjung-mengunjungi antara sesama saudara, sahabat handai, kaum dan bangsa.
Demikian juga amalan mengadakan rumah terbuka yang bukan saja membabitkan sesebuah keluarga, malah kini dianjurkan pelbagai organisasi dan institusi.
Tradisi ini pula tidaklah menyalahi hukum dan adat, malah amat digalakkan kerana ia membawa banyak kebaikan kepada masyarakat negara ini, khususnya dalam mengerat hubungan antara anggota masyarakat.
Adab meraikan tetamu dan memenuhi undangan dijelaskan terperinci dalam kitab Ihya' `Ulumuddin, karangan Imam Muhammad al-Ghazali Jilid 2 muka 10 hingga 13.
Adab ini yang dapat memastikan bahawa setiap tingkah laku dan tindakan tuan rumah yang mengadakan jamuan serta tetamu yang memenuhi undangan kekal terpelihara dan tidak melanggar batas sempadan.
Bagi tuan rumah yang mengadakan jamuan, ia sebenarnya memenuhi tuntutan agama agar sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu.
Ini seperti ditegaskan Rasulullah saw yang bermaksud: "Tiada kebaikan bagi sesiapa yang tidak menerima tetamu." Amalan mengundang tetamu dan menikmati hidangan bersama-sama ini juga adalah amalan nabi-nabi.
Misalnya, diriwayatkan Nabi Ibrahim akan berjalan sejauh sebatu atau dua batu untuk mencari orang yang akan bersama-sama dengannya.
Sikap ditunjukkan Nabi Ibrahim ini menunjukkan betapa penting kita menjemput orang lain menjadi tetamu dan menikmati hidangan bersama-sama.
Apatah lagi, jika mengadakan majlis meriah seperti majlis perkahwinan, jamuan hari raya atau majlis seumpamanya seperti kenduri kesyukuran dan sebagainya. Di sini juga letaknya keutamaan atau kepentingan memberi makan khususnya kepada golongan fakir dan miskin.
Dalam perkara ini, Rasulullah pernah ditanya,yang bermaksud: `Apakah iman itu? Jawab Baginda: `Menghidangkan makanan dan mengucapkan salam.' Dalam menjemput atau mengundang orang lain sebagai tetamu, kita diingatkan supaya tidak membebankan tetamu dengan sesuatu perkara hingga menyusahkannya.
Umpamanya, menetapkan sesuatu peraturan ketika berada di rumah kita hingga membuatkan tetamu berasa tidak selesa. Ataupun, kita memintanya membawa hadiah atau melakukan sesuatu yang jika tidak dilakukan akan menyebabkan marah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu membebankan tetamu atau kamu memarahinya dan sesungguhnya orang yang memarahi tetamu, dia memarahi Allah dan sesiapa yang memarahi Allah, maka Allah murkainya."
Perbuatan memarahi tetamu atau menyebabkan dia berasa tidak selesa. Ia bukan saja bertentangan dengan tata cara ditetapkan Islam, malah menunjukkan yang kita tidak menghormati tetamu.
Sedangkan, menghormati tetamu amat dituntut Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghormati tetamu, maka ia menghormatiku dan sesiapa menghormatiku, maka dia memuliakan Allah dan sesiapa memarahi tetamu, maka dia marah kepadaku dan sesiapa yang marah kepadaku, maka dia memarahi Allah."
Seterusnya, dalam mengundang tetamu juga, kita hendaklah mengutamakan golongan yang bertakwa atau lebih tepat lagi, orang berakhlak mulia, di samping golongan fakir dan miskin. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Pastikan bahawa makanan kamu dimakan orang yang baik-baik."
Dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Seburuk- buruk makanan adalah makanan (di majlis) kenduri yang hanya dijemput golongan kaya dan mengetepikan golongan fakir." Begitu juga dengan usaha mengundang dan menghidang makanan untuk golongan fakir dan miskin.
Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Sa'id, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap orang Islam yang memberikan pakaian kepada orang Islam lain yang tidak berpakaian, maka Allah akan memberikannya pakaian daripada pakaian hijau di syurga; dan setiap orang Islam yang memberi makan orang Islam lain yang dalam keadaan lapar, maka Allah akan memberikannya makanan daripada buah-buahan dari syurga. Setiap orang Islam yang memberi minum kepada orang Islam lain, maka Allah akan memberikannya minum daripada minuman yang termeteri bekasnya."
Selain golongan fakir dan miskin, kita diingatkan supaya tidak melupakan saudara terdekat kerana tindakan mengabaikan atau mengetepikan mereka hanya akan menyebabkan tersinggung atau melukakan hati mereka.
Lebih buruk lagi, jika ia mengeruhkan hubungan. Sebaik-baiknya, kita dapat menjemput semua tetamu mengikut keutamaan mereka, iaitu bermula dengan terdekat tidak kira sama ada mereka kaum kerabat, sahabat atau kenalan.
Di samping itu, kita diingatkan supaya tidak mengadakan majlis atau menjemput tetamu ke rumah semata-mata untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk.
Sifat yang buruk ini hanya mendatangkan kerugian kerana Allah tidak menerima perbuatan mengundang tetamu itu sebagai ibadat dan tidak akan memperoleh keberkatan.
Sebaliknya, kita hendaklah membahagiakan dan menggembirakan hati saudara seIslam serta menurut sunnah Rasulullah.
Sama seperti tahun-tahun yang lepas sejak 18 tahun yang lalu , setiap tahun kami akan mengadakan rumah terbuka paling kurang setahun 2 kali. Tujuan untuk mengeratkan ukhuwwah dan menjalin silaturahim dengan jiran tetangga, sahabat handai, pelajar sekolah , pelajar UTM, dengan rakan sekerja dan juga saudara mara.
Apabila mengadakan rumah terbuka, makanan yang disediakan semuanya adalah hasil masakan air tangan ku sendiri. Aku dengan zauj akan masak bersama-sama beberapa menu. Kalau dulu, masa anak-anak masih kecil, pembantu rumah pun belum ada, anak-anak murid aku di SMKTUN yang akan datang membantu aku menyediakan makanan. Mereka akan datang sehari sebelumnya untuk bantu rewang bahan-bahan memasak. Aku akan masak 3 atau 4 menu yang digemari sehingga menjadi 'trade mark' open house rumah aku. Menunya adalah roti canai dan murtabak daging, adalah dari air tangan zauj. Dia yang menyediakan inti daging kisar dan menguli tepung menjadi doh roti. Pada hari terbuka, dia yang akan menebar roti itu. Sama juga dengan rumah terbuka tahun ini, zauj menebar tepung untuk dibuat murtabak bersama anak sulung yang memasaknya. Ini gambar zauj dengan anak sedang menebar murtabak pada raya tahun ini.
Sebenarnya, sebelum rumah terbuka syawal, berbuka puasa di bulan Ramadhan juga ada kami buat , cuma tidaklah besar majlisnya seperti rumah terbuka syawal. Kenapa berbuka puasa di dalam Ramadhan agak kecil majlisnya adalah kerana, kekangan masa selepas berbuka dan mengejar masa bertarawikh. Tahun ni cuma panggil beberapa keluarga sahaja datang berbuka sebabnya 2 orang anak ku terlibat menjadi imam tarawikh. Ali Akbar imam di surau Taman Pulai Utama dan Ali Mahfuz di Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai. Mereka tidak dapat membantu aku menyediakan jaudah berbuka kerana pada waktu petang mereka berdua sebuk melancarkan bacaan yang dihafal untuk solat tarawikh malamnya. Masjid Di taman Sri Pulai mahu setiap malam 1 juzuk al-Quran dibaca semasa solat tarawikh.
Tetamu yang datang rumah terbuka pada setiap tahun memang ramai. Cara jemputan ku adalah forward mesej, pengumuman di surau / masjid dan tampal surat jemputan sahaja, sebab memang aku tidak menetap sapa-sapa yang perlu hadir, sebab aku dah umumkan sesiapa pun bila dengar aku buat rumah terbuka , boleh datang. Boleh bersama keluarga dan kawan-kawan. Banyak pengalaman yang dah aku lalui tentang rumah terbuka ini. Samada banyak atau sikit makanan yang disediakan ia tetap mencukupi dan tidak berlebihan. Memang tidak pembaziran. Kiranya macam dibajet betul padahal bukan aku tahupun berapa sebanranya tetamu yang akan datang. Aku yakin jika kita buat kerana Allah, maka Allah akan buka hati supaya ramai orang datang dan makanan menjadi berkat dna mencukupi.
Yang perlu aku atur dan rancang hanyalah masa. Aku pernah ada pengalaman membuat waktu malam, siang, pagi atau petang. Dari pengalaman lepaslah maka tahun ini aku buat rumah terbuka 12 jam dari 8 :00 pagi hingga 8:00 malam. Tapi tetamu akhir balik jam 10:15 malam. Bila masanya panjang, tetamu tidak terikat dengan kekangan masa, boleh memilih waktu yng santai dan aku juga mudah untuk melayan tetamu. Pengalaman lalu, aku buka waktu dari jam 12:00 tengah hari hingga 6:00 ptg, tetamu yang datang agak padat dan serentak, rasa macam tak terlayan pula hingga mereka terpaksa berdiri menuggu giliran tempat duduk. Jadi kali ini, aku tak mahu menyusahkan tetamu berdiri lama-lama menunggu giliran mencari ruang untuk duduk dan berbual dengan aku.
Sebolehnya aku mahu menghormati tetamu dan melayan sebaik mungkin. Jemputan ku umum, sesiapa boleh datang, maka yang datang kali ini ramai terdiri dari sahabat lama, sahabat satu sekolah aku, sahabat kerja zauj (staf FTI,UTM) sahabat jemaah, sahabat halaqah (anak-anak halaqahnet), jiran tetangga, sahabat anak-anak, dan yang paling ramai adalah pelajar UTM. Memang sengaja aku mengutamakan pelajar UTM kerana bagi aku , orang yang sedang menuntut ilmu ibarat fisabillilah. Sahabat anak-anak pun ramai yang datang untuk bersama-sama makan makanan yang aku sediakan. Aku teringat pada suatu hadith Rasullulah bahawa jangan hanya kita menjemput orang kaya di dalam satu majlis itu dan meninggalkan orang miskin. Bukan lah aku nak kata pelajar sekolah dan UTM itu miskin, memang pun susah nak mencari ornag miskin di taman kediaman aku tinggal ini, jadi dengan menjemput orang yang sedang menuntut ilmu pun dah memadai bagi aku. Aku takut sangat dengan apa yang Rasullulah nyatakan dalam hadithnya itu.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Pastikan bahawa makanan kamu dimakan orang yang baik-baik."
Dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Seburuk- buruk makanan adalah makanan (di majlis) kenduri yang hanya dijemput golongan kaya dan mengetepikan golongan fakir." Begitu juga dengan usaha mengundang dan menghidang makanan untuk golongan fakir dan miskin.
Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Sa'id, katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap orang Islam yang memberikan pakaian kepada orang Islam lain yang tidak berpakaian, maka Allah akan memberikannya pakaian daripada pakaian hijau di syurga; dan setiap orang Islam yang memberi makan orang Islam lain yang dalam keadaan lapar, maka Allah akan memberikannya makanan daripada buah-buahan dari syurga. Setiap orang Islam yang memberi minum kepada orang Islam lain, maka Allah akan memberikannya minum daripada minuman yang termeteri bekasnya."
Dalam memenuhi undangan juga, kita diingatkan agar tidak menjadikan jarak sebagai halangan kerana ia hanyalah pada adat.
Dalam kitab Taurat atau sesetengah kitab lain menyebut: "Berjalanlah kamu sebatu untuk menziarahi pesakit, berjalanlah kamu dua batu untuk mengiringi jenazah, berjalanlah kamu tiga batu untuk memenuhi undangan dan berjalanlah empat batu untuk menziarahi saudara di sisi Allah."
Perkara ini menunjukkan kita digalakkan memenuhi undangan dan menziarahi saudara walaupun jaraknya jauh.
Dari anjuran di ataslah maka pada rumah terbuka pada tahun ini amat istimewa, kerana dihadiri oleh beberapa anak halaqahnet. Shohib Mirbat dari Manjung , Perak, datang naik bas express selama 10 jam perjalanan. Bila ditanya kenapa sanggup memenuhi undangan ini, dia menjawap panjang lebar septi dibawah ini;
"Ku terangkan di sini bahawa memenuhi undangan saudaranya adalah perkara keimanan seseorang terhadap Allah berkenaan layanannya terhadap jemputan saudaranya walaupun jauh.
Al Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Amr Radhiallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda: "Jika salah seorang dari kalian diundang ke suatu walimah maka datangilah." (HR. Bukhari)
Dalam Riwayat Muslim: "Jika seseorang diundang ke pesta perkawinan atau sejenisnya, maka penuhilah."(HR. Muslim)
Al Bukhari meriwayatkan juga dari Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam, beliau bersabda: "Bebaskanlah orang kesulitan, penuhilah undangan, dan jenguklah orang yang sakit."(HR. Bukhari)
Al Bukhari meriwayatkan dari al Barra bin Azib Radhiallahu anhu:" Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam memerintahkan kepada kami tujuh perkara dan melarang kami tujuh perkara pula. Beliau memerintahkan kepada kami untuk:
1)menjenguk orang sakit,
2)menghantarkan jenazah,
3)mendo'akan orang yang bersin, (dengan bacaan 'Yarhamukallah'),
4)memenuhi sumpah seseorang,
5)membela orang yang dizalimi,
6)menyebarkan salam
7)dan memenuhi undangan.
Sementara beliau melarang kami:
1)memakai cincin emas,
2)bejana dari emas
3)bejana perak,
4)alas pelana yang terbuat dari sutera,
5)pakaian yang dijahit dengan benang sutera,
6)sutera tebal
7)dan sutera tipis." (HR. Bukhari, Muslim, An Nasa'i, Ahmad)
Al Bukhari meriwayatkan dari Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, bahwa beliau bersabda: "Penuhilah undangan ini, jika kalian diundang kepadanya." (HR. Bukhari, Muslim, at Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, Malik, ad Darimi)
Al Hafizh berkata, "Dalam riwayat Musli dari Harun bin Abdillah, dari Hajaj bin Muhammad:"Beliau memenuhi undangan itu, sedangkan beliau berpuasa." (HR. Muslim)
Abu Awanah mempunyai jalur periwayatan lain dari Nafi bahwa Ibnu Umar memenuhi undangan baik dalam keadaan berpuasa ataupun tidak. (HR. Muslim) Dalam Riwayat Abu Dawud dari Nafi' diakhir hadis yang marfu':"Jika dia sedang tidak berpuasa, maka hendaklah ia makan dan jika sedang berpuasa, maka hendaklah ia menyibukkan diri dengan berdoa agar memperoleh keutamaan do'a, demikian pula agar penghuni rumah dan orang-orang yang hadir mendapatkan keberkahannya."
Imam al Bukhari meriwayatkan dalam shahihnya, dari Abu Hurairah, dari Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam, beliau bersabda: "Seandainya aku diundang untuk menikmati kaki kambing, niscaya aku penuhi dan seandainya aku diberi hadiah kaki kambing, niscaya aku menerimanya." (HR. Bukhari, at Tirmidzi, Ahmad)
Al Hafizh berkata: "Dalam hadis ini berisi bukti atas keluhuran akhlaq Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam, ketawadhuannya, dan memberi hiburan pada hati manusia." (Fathul Baari IX/246)
Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong. Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?” Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”. Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?” Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.” Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.
Selain Shohib Mirbat, anak-anak dan sahabat halaqahnet dari Segamat seperti Hati Emas, wan_sgmt, Norsalim bersama keluarga, dan Arozi dari Pasir Gudang. Ada juga anak-anak Halaqahnet yang duduk berhampiran Skudai yang datang bertandang seperti uyun Ahmad, Jubah Hijau,mujahidah solehah, yunia dan lain-lain yang tidak ingat nickname mereka di Halaqahnet. Shohib Mirbat bermalam semalaman di rumah ku dan 2 malam lagi adalah perjalanan di dalam bas. Memang aku terharu dengan kehadiran mereka yang jauh ini. Mereka datang semata -mata untuk menjalin ukhuwwah dan membina silaturahim sesama Islam.
Mereka datang dengan niat persaudaraan . Kami mengenali dan mesra di alam maya, dan kesinambungan dinyatakan masa kunjungan rumah terbuka baru-baru ini.Kehadiran semua tetamu yang ada bukanlah semata kerana makanan tetapi dengan niat yang baik, demi ukhuwwah disamping menziarahi aku yang selalu uzur.
Tidak lupa juga ku ucapkan terima kasih kepada sahabat seperjuangan ku di alam pendidikan. (Tak sangka sebahagian besar kawan-kawan aku ini datang) Walupun sudah 3 bulan aku tidak hadir bekerja kerana diberikan cuti sakit oleh doktor, mereka tetap datang dan ingat kepada aku. Begitu juga sahabat -sahabat yang telah berpindah sekolah, mereka datang juga walaupun mereka sendiri menghadapi kekangan tugas-tugas rasmi. Ada yang datang secara sambil menyelam minum air. Sambil bertugas di luar, tetapi menyempatkan diri untuk singgah memenuhi udanganku. Tak lupa juga kepada guru-guru pendidikan khas, ppm , staf-staf makmal, pejabat, dan makcik 'cleaner' yang sudi datang menziarahi aku.
Ini pun sebenarnya banyak yang aku termiss jemputan seperti bekas pekerja Hadanah anak-anak,guru-guru tadika Ehsan, jururawat dan doktor di Pusat kesihatan UTM dan staf-staf bank rakyat. Namun begitu tetamu lain yang datang seperti guru-guru sekolah agama UTM, aku jemput melalui pesanan kepada guru besarnya, staf Haikal Consultant jemputan melalui Ahmad Ali Mahfuz yang membuat praktikal di situ. Begitu juga group-group usrah Kangkar Pulai, Taman Teratai, Taman Pulai Utama dan Taman Sri Pulai.
Mudah-mudahan, kita akan mendapat ganjaran yang baik di dunia dan akhirat. Semoga usahaku merapatkan persaudaraan ini dipandang Allah di akhirat nanti. Ameen
0 comments:
Post a Comment