Memanglah Allah dan Rasul itu cinta yang teratas, cumanya aku jadikan Halaqah ini sebagai jambatan aku mencapai cinta-cintaku. Aku perturunkan puisi hati ku di sini. Ada masa, akan ku coretkan juga bagaimana aku bertemu Halaqah selepas aku balik dari mengerjakan haji 1429 yang lalu.
"Kasih ku pada Halaqah hingga hujung nyawa"
kasih mu pada Allah & Rasul dimana ummi?
Allah dan RasulNYA ku junjung, Halaqah itu jambatan menuju kepadanya...
Allah dan RasulNYA ku junjung, Halaqah itu jambatan menuju kepadanya...
HALAQAH DAN CINTA
Dari mana punai melayang?
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati.Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang?
TERJEMAHAN cinta mungkin berbeza bagi setiap insan. Cinta cukup subjektif sifatnya. Cinta kepada Tuhan dan Rasullulah, kasih kepada Halaqah dan sayang kepada suami/anak-anak mahupun teman dan keluarga sekalipun alam semesta - semuanya bertunjangkan perasaan dalaman yang amat indah dan abadi.
Setiap insan ada rasa cinta, kasih dan sayang. Biar setinggi manapun rasa ego dan dominasi diri, cinta,kasih dan sayang tetap wujud dalam dirinya. Halaqah dan ummi pula ibarat pakej yang menceriakan hati, memenuhi rasa mengikat jiwa. Begitulah indahnya cinta, kasih dan sayang ku pada halaqah.
0 comments:
Post a Comment