Apabila berhadapan dengan ujian kesakitan , ada dua tanggungjawab yang mesti dilakukan. Pertamanya, kita hendaklah berikhtiar sebagai manusia. Kedua, disamping ikhtiar sebagai manusia, jangan lupa kepada kuasa Allah. Kekuatan emosi dan spiritual amat penting dan merupakan sebahagian daripada komponen rawatan. Dan kekuatan itu tidak mungkin dapat diperolehi melainkan dengan kembali kepada Tuhan.
Kembali kepada Tuhan, maksudnya membetulkan iktikad, meluruskan iman dan meletakkan pergantungan hati hanya kepada Allah SWT. Sentiasa bersangka baik dengan membetulkan sangka dan kepercayaan kita kepada-Nya. Jangan sekali-kali menganggap bahawa sakit ini merupakan suatu musibah, nasib buruk atau hukuman. Tidak… Dalam hidup ini, sihat dan sakit kedua-duanya adalah ujian. Diberikan kesihatan yang baik untuk menguji adakah kita syukur dan berterima kasih di atas nikmat-Nya. Kita diuji dengan kesakitan untuk menguji adakah kita sabar dan ingat kepada-Nya.Jadi, sakit dan sihat, dua-dua adalah ujian, dan dua-dua boleh jadi baik atau buruk. Baik jika kita positif terhadapnya, dan buruk jika kita memilih untuk berfikiran negatif terhadapnya.
Panjang mukadimah entri hari ini. Masih berkisar kepada kaedah perubatan rawatan jantung. Selepas balik sahaja dari pertemuan dengan pakar kardiologi semalam dan telah dimaklumkan kaedah rawatan yang akan ummi jalani, maka ummi pun sibuk menyelongkar khazanah ilmu digooogle untuk mengetahui bagaimana kaedah itu dijalankan. Perlunya ada ilmu , supaya kita tahu apa yang dilakukan kepada diri kita. Jangan kaedah yang dijalankan itu sekadar bahan ujian mereka dalam meningkat ilmu perubatan. Rupanya kaedah ini memang telah lama dijalankan. Dan sekurang-kurangnya ummi tahu bagaimana keadah itu dibuat.
Coronary Angiography. Sila klik link perkataan dibawah gambar ini untuk lihat samada secara video atau slide show.
‘Ya Allah….. jika ini yang terbaik buatku, aku redha dan mohon keampunan, aku bertaubat dengan sebenar-benar taubat daripada dosa-dosa besar dan kecil, yang tersembunyi dan secara terang-terangan kerana Kaulah satu-satunya yang maha mengetahui, maha mengasihi, maha perkasa dan maha bijaksana. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Persuruh Allah’
3 comments:
salam ya umi
subhanAllah, entri menarik untuk kita sama2 renungi bersama
sahih, kdg2 kita alpa bahawa dokto itu hanyalah penagantara dlam mengubati kita, begitu juga ubatan2..Allah maha Penyembuh! Niat kita mangambil ubat pun begitu juga, bukan berpandukan keberkesanan ubatan semata tapi juga berpanjikan kekuasaan Allah
subhanAllah
moga umi cepat sembuh, amin
http://sabartabahtenang.blogspot.com/
Terima kasih atas doa Nurul Iman. Jadilah kita hamba yang redha di atas apa yang takdirkan kepada kita.
good day would like to let you everyone a tip on how you can save some money monthly, Getting a conversion
kit for your vehicle will save you hundreds of dollars on gas by switch to an american made fuel 'Ethonal'.
More americans are upgrading their vehicles to support both fuel types and buying ethonal to fill up your vehicle.
Ethonal is not only an American made fuel, which you'll be support our economy alot more than buying fuel
that we have to import making us more depended on foreign supplies.
Run your vehicle on a [url=http://www.e85converterkits.net]e85 Conversion kit[/url]
Post a Comment