BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 13 November 2009

Intan Payungku


Kalau nak tengok video ni, perlu ada speaker (kalau laptop tak perlulah) dan lagu Taubat yang ada di tepi tu 'pause'kan. Baru boleh dengar dan lihat video ni. Cucu ku Naimah yang kini berusia 2 tahun. Kaedah ajar dia mengaji dan cepat dapat.





Naimah ini mula bercakap ketika berusia 1 tahun 5 bulan, sangat petah bercakap. Mungkin kecerdikan ini hasil dari sejak dalam kandungan yang hari-hari ikut ibunya berkuliah di bidang perubatan. Ibu nya hari-hari mengaji. Seorang yang tabah, kuat, sabar dan cukup bersemangat untuk meneruskan pengajian walaupun banyak dugaan dan rintangan yang perlu dihadapi. Usia muda bukan halangan untuk seseorang itu menjadi dewasa dan matang.

Ibu Naimah berkahwin ketika berusia 17 tahun, sebaik sahaja selesi menghadapi peperiksaan SPM. Ketika mendaftar sebagai pelajar Tamhidi Perubatan di USIM, Naimah berada 7 bulan dalam kandungan. Pada pertengahan semseter 1, bulan Ramadhan 1428 H, Naimah lahir dengan mudah dan selamatnya.

Ketika usia 6 bulan gigi Naimah dah tumbuh dengan cantiknya. Ketika usia 11 bulan Naimah dah boleh berjalan. Pertumbuhan Naimah sangat memberangsangkan, mungkin kerana hidup dilingkungan persekitaran orang-orang yang menuntut ilmu.





Ini video masa Naimah kecik dulu. Ketika baru sahaja pandai meniarap. Naimah memang dari kecik, tidor dengan opahnya. Memang dari kecik, Naimah mudah di jaga, malam pun bangun untuk menyusu 3 kali sahaja itu jika lapar. Jika tak lapar, Naimah tidur sepanjang malam.

0 comments: