BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 4 November 2010

Memakan daging Saudara Sendiri

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Jika mendengar cerita kurang baik, pastikan sumber itu sahih, bukan fitnah.


Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujuraat, ayat 6)



Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Ghazali menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap perbuatan mengadu domba dan fitnah.


Kita tidak boleh menghina antara satu lain kerana belum pasti golongan yang kita hina itu lebih mulia daripada kita.


Amalan mencaci, memaki hamun, memalukan orang lain sesuka hati dan memanggil mereka dengan gelaran yang tidak baik adalah berdosa.


Kesan fitnah boleh mencetus pergaduhan besar, malah membawa kepada pembunuhan dan kerugian harta benda.


Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah.


Firman-Nya yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.” (Surah al-Baqarah ayat 191)


Fitnah tidak lain hanya untuk memburukkan dan menjatuhkan seseorang.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Mengenai berita benar atau palsu yang disebarkan tanpa kebenaran, Rasulullah bersabda bermaksud: “Adakah kamu mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?


Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Lalu Baginda meneruskan sabdanya: “Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya.” Lalu ditanya oleh seorang sahabat: “Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?” Rasulullah bersabda: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).


Larangan mencari kesalahan amat ditegah. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (terhadap sesama Muslim), kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudara nya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu benci untuk memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat ayat 12)


Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.


Malah, jika berlaku sebarang pencerobohan ke atas hak setiap makhluk Allah SWT yang dilakukan tanpa keizinan yang diredai Allah SWT, wajiblah kita bertaubat dan kembali kepada Allah SWT dengan memohon keampunan.


Ini sahaja entri ummi hari ini,peringatan untuk diri dan anak-anak bahawa jangan suka membawa cerita yang buruk,kerana samada itu fitnah atau mengumpat.


Sekiranya kita menyebarkan cerita yang baik, bagus , molek dan mendatangkan keinsafan,iktibar dan bimbingan itu lebih bermanafaat.


Contohnya menyebarkan berita ada kawan atau saudara suka memberikan derma, gemar bersedekah, suka bangun malam , selalu melakukan kebajikan dan membantu sesama makhluk Allah. Itu amatlah baik.


Atau bercerita kehidupan seseorang yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. Samalah juga jika tidak bercerita ,kita menyebarkan vidoe kehidupan seseorang yang menjalani kehidupan sebagai orang mukmin. Jangan kita sebarkan video tentang keburukan peribadi orang lain samada untuk tujuan pengajaran atau makluman. Jangan kita libatkan diri didalam perkara syubahat.


Tambahan lagi jika cerita itu berkaitan hal-hal rumah tangga. Walaupun menulis di dalam laman blog jika ada niat dan tujuan untuk menjatuhkan seseorang, mengaibkan seseorang,itu tetap juga salah dan berdosa. Maka berhati-hati apabila berbual,menulis dan menyebarkan vidoe yang berkaitan peribadi seseorang. Jangan kita tergolong kumpulan orang menfitnah atau mengumpat.


Dan ingatan ini juga untuk para ibu bapa. Bila dah jadi mertua, jangan bercerita hal-hal keburukan anak menantu sesasama anak menantu yang lain. Itu sama juga dengan mengumpat, tambah buruk akhlak kerana mengumpat darah daging sendiri.


Nanti tak lalu nak makan bangkai daging saudara sendiri. Sekian...




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

2 comments:

Pena Maya said...

assalamualaikum.terima kasih untuk perkongsian.amat bermanfaat.saya kongsi di twitter saya.

Ummi Munaliza said...

W'salam Maya, silakan,ambillah mana-mana yang bermanafaat untuk dipanjangkan kepada saudara kita yang lain-lainnya.