BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 13 November 2010

Mendidik Biar Dari Rebung

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Majlis Anugerah Cemerlang. Amat sinonim kata-kata ini di dalam hidup kita. Setiap kita hampir pernah melaluinya. Tidak kira kecemerlangan dari segi apa-apa pun.


Cuba imbas kembali didalam setiap majlis begitu, selalu aturcaranya, selain dari penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan akhir,peperiksaan Khas, ko-kurikulum, anugerah khas seperti Nilam, Probim, J-Kaf dan tokoh pelajar akan ada juga acara persembahan pelajar.


Yang tidak kenanya hanya persembahan pelajar ini.Dalam satu majlis yang ummi pernah hadiri,majlis dimulakan dengan Doa, Ucapan-Ucapan orang-orang yang berkenan. Selepas itu akan ada persembahan pelajar. Doa itu dah bagus, kita memohon keberkatan agar majlis ini mendapat rahmat dari Allah. Namun...


Apa yang ada di dalam persembahan pelajar itu?


Ada persembahan tarian,nyanyian,nasyid dan sajak. Dalam satu majlis tu, kanak-kanak Pra sekolah buat persembahan tarian A-gogo dan Chicken Dale. Sayang sekali kanak-kanak yang jiwainya bersih, tanpa noda dan dosa telah diajar dengan sesuatu yang menjauhkan hati dari mengingati Allah. Tarian yang bercampur antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan,berpegangan tangan dan berpakaian mendedahkan aurat.


Kecik-kecik dah diajar perkara begitu. Salah siapa? Mereka telah didedahkan pergaulan tanpa batas. Menari lelaki perempuan, berpegangan tangan dan memakai pakaian rangi yang seksi. AdohI...semasa persembahan mereka ramai ibu bapa bertepok sorak, tapi jiwa ummi merintih sayu melihat keadaan yang begini.


Apa yang mereka buat tanpa segan silu atas pentas,  khalayak umum, disokong dengan tepuk sorak...pasti anak-anak ini rasa bangga, dan yang tertanam dalam minda mereka ialah apa yang mereka buat itu BOLEH!.



Maka bila remaja,  itu yang mereka ingat, boleh berpegangan tangan, boleh menari bersama tanpa rasa bersalah atau berdosa. Jadi ketika ini, mudahkah untuk melenturkan buloh?


Mahu salahkan siapa jika semakin mereka meningkat remaja dan berlaku gejala sosial?


Mahu salahkan siapa jika remaja ini telah ber'couple', bercinta, dan akhirnya berzina jika dari awal lagi, ketika usia rebung mereka telah didedahkan dengan perlakuan yang salah dan diberikan sokongan.



Marilah kita berfikir, adakah anak yang ibarat rebung itu kita nak dedahkan dengan perkara-perkara yang membawa ke arah keruntuhan akhlak dan pekerti? Maka ketika masih kecillah kita perlu berhati-hati di mana pendidikan awal hendak diberikan...


Wallahu’alam.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



0 comments: