BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 2 November 2010

Meraikan Tetamu.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masak ikan keli goreng berlada dan masak lemak cili api pucuk paku. Itu saja mood yang ada hari ini untuk menyediakan makanan tengah hari buat zauj dan anak-anak.


Menjelang tengah hari, ada tetamu dari jauh sampai. Bekas pelajar UTM, orang Sarawak, mengajar di Miri. Datang menziarahi ummi. Hampir 2 tahun tak bertemu dengan Hanisah setelah dia taman pengajian di UTM. Kali terakhir bertemu semasa dia datang bersama keluarga untuk majlis konvokesyennya Ogos, 2008.


Tak sangka Allah beri bonus pada ummi hari ini. Setelah bertanya khabar, ummi jemput Hanisah makan tengah hari bersama-sama. Baru menghidang makanan di meja,zauj dan anak-anak dah balik ke rumah. Terus semuanya makan bersama-sama.


Pukul 2:00 petang, zauj pergi menghantar Muhammad Imran ke sekolah agama dan terus pergi kerja semula. Petang itu ada mesyuarat lagi katanya.


Ummi terus melayan tetamu makan. Selesai makan , kami bercerita kisah lama semasa Hanisah belajar di UTM.


Oleh sebab flight Hanisah ke Miri pada pukul 6:20 petang, ketika ummi nak hantar Abdullah ke sekolah agama, terus Hanisah ikut sama. Turunkan Abdullah,ambik Muhammad Imran dan meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail,Senai.


Sampai di Lapangan Terbang pada pukul 4 :20 petang. Turunkan Hanisah,lepas bermaaf-maafan ,peluk cium,ummi terus balik ke rumah. Malas nak mencari tempat letak kereta yang kelihatan jauh dari Balai Berlepas.


Tak ada tempat letak kereta yang berhampiran dengann Balai Berlepas. Lapangan Terbang Sultan Ismailbaru diubahsuai dan dinaiktaraf. Makin besar,selesa dan luas.


Penat juga kaki nak meronda-ronda kat dalam terminal tu. Lepas tengok serba sedikit suasana baru di Balai Berlepas,terus ummi balik ke rumah.


Alhamdullilah, kerana dapat melayan tetamu hingga pukul 5:00 petang. Hanisah ucapkan berbanyak terima kasih. Semoga suatu hari nanti dapat bertemu muka lagi.  Ada peluang ingin juga ummi melancong ke Miri , Sarawak.


Mudahkan untuk meraih pahala ibadah di dalam kehidupan seharian. Dari bangun tidor sehingga tidor semula, sekiranya dilakukan ikhlas kerana Allah, maka semua yang dilakukan adalah membahagiakan dan ceria. Ceria melayan dan meraikan tetamu, sebagai bonus pahala untuk hari ini.Lain-lain kerja adalah rutin yang memang dilakukan setiap hari. 


Ada orang kata ibadah untuk meraih pahala  dan syurga  ke? Habis tu , dah Allah janjikan ada syurga dan neraka,  maka itulah ganjarannya.  Memang sebaik-baik iman, adalah melakukan ibadah kerana Allah semata-mata  untuk mencari redhaNYA.  Adakah dikatakan ibadah jika melakukan bukan perkara yang Allah redha? Maka, apa pun yang kita buat memang kerana Allah dan perkara yang Allah redha, ganjarannya  ada lah pahala dan syurga.  Hanya jangan jadikan itu matlamat dalam beribadah...




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.





0 comments: