BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 30 November 2010

Ibarat Badan Tanpa Kepala

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات




KATA orang arifbillah, pastikan amalan wajib tidak ditinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunat (jangan jadikan amalan itu ibarat badan tanpa kepala).


Kalian ingat apa yang dimaksud dengan wajib dengan sunnah? Amalan wajib adalah sesuatu yang apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan maka mendapat dosa. Sedangkan amalan sunnah adalah sesuatu yang apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tidak apa - apa.


Sesuai keterangan diatas, maka muncul pernyataan:
االفَرْضُ اَفْضَلُ مِنَ النِّفْلِ
Amal wajib itu lebih baik daripada amal sunnah. 
Pernyataan tersebut sudah tidak asing bagi kita. Contohnya: puasa Ramadlan lebih utama daripada puasa sunnah. Kita jadi tidak boleh meninggalkan amalan wajib demi mengejar amalan sunnah.


Namun tidak semua perkara wajib itu lebih utama daripada sunnah. Kok bisa begitu ya? Sebagian jawabannya ada dibawah ini.

1.      Si A berhutang dengan si B. Tapi si A belum kuat untuk melunasi hutangnya, padahal sudah jatuh tempo untuk melunasi. Si B hukumnya wajib memberi masa tenggang dalam melunasi hutang, dan hukumnya sunnah mengikhlaskan hutang si A. Dalam kasus ini, si B lebih bagus menjalankan hukum sunnah daripada wajib.
2.      Dalam shalat witir, pahala shalat 3 rakaat lebih besar daripada 11 rakaat atau lebih. Karena Rasulullah semasa hidupnya melaksanakan shalat witir sebanyak 3 rakaat.
3.      Dalam mengucapkan salam, diwaktu mengucapkan hukumnya sunnah. Dan diwaktu menjawab hukumnya wajib. Namun lebih utama mendahului mengucapkan salam.
4.      Pada sholat Jumat, menjadi muadzin lebih utama daripada menjadi imam.
5.      Dalam berwudlu, hukumnya wajib apabila berwudlu sesudah waktu sholat tiba, dan hukumnya sunnah apabila berwudlu sebelum waktu sholat tiba. Namun pahala lebih banyak berwudlu sebelum waktu shalat sudah dalam keadaan berwudlu.
Selain contoh diatas, masih banyak yang lainnya.

Jadi, jangan sekali – kali menganggap remeh amalah sunnah. Cuba fikir kembali, seandainya amal yang kita perbuat di dunia ini tidak diterima Allah bagaimana? Apalagi kita hanya menjalankan amalan wajib saja. Paling tidak, dengan mengerjakan amalan sunnah dapat mengurangi  risiko ringannya mizan di Yaumil Akhir. Tapi jangan mengerjakan amalan sunnah saja, kewajiban jangan sampai lupa. Dilaksanakan beriringan, maka hidup akan terasa tambah nikmat dengan istiqamah.

Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. Andai kaya, lihatlah kepada yang miskin. Andai miskin, lihat kepada yang papa. Andai papa, lihatlah kepada yang cacat dan seterusnya.

Renunglah sejarah pengabdian Nabi Noh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada Allah.

Uzlahkan diri dari kesibukan dunia, kelukan lidah dengan perbanyakkan tasbih, matikan hati dari berangan-angan tentang dunia (hayati al-Quran) dan matikan jasad dengan banyak zikrullah.

Perbanyakkan muhasab diri dengan beristighfar kepada setiap dosa yang dilakukan dan solat sunat taubat (syor membaca surah Al-Fatihah, At-Taubah, Al-Fill, Al-Kahfi).


RAMAI hamba Allah yang mengeluh: Alangkah cepatnya hatiku berubah. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau kekayaannya supaya tidak musnah.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya. (Hadis riwayat al-Bukhari).

Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.


Hati yang tidak khusyuk. Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.

Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.


Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.

Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.


Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?

Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.


Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Loh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: