بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bibik, Naimah dan Imran.
Dah seminggu ummi belikan tiket untuk bibik. Tiket penerbangan dari JB ke LCCT,LCCT ke Solo Indonesia. Bibik telah berkhidmat dengan ummi selama 6 tahun 3 bulan. Kali ini bibik balik bukan balik bercuti tetapi balik untuk berkahwin. Naimah tak faham, Imran dah faham.
Pagi lagi Imran dan Naimah dah bangun mandi dan bersiap-siap. Selepas sahaja bersarapan kuih jemput-jemput bilis dan minum kopi, terus naik kereta pergi ke airport Senai. Jam 10:00 pagi sampai Lapangan Terbang Sultan Ismail. Terus bawa mbah ke kaunter timbang barang.
Kali ini mbah balik bawa 2 beg sahaja. 1 beg plastik besar isi barang-barang cenderhati yang ummi beli semasa pergi Makkah dahulu untuk sanak saudara mbah di kampung dan sedikit pakaian-pakaian untuk saudara mara mbah juga. Timbangan berat yang dibenarkan dibawa hanya 15 kg. Beg plastik tu beratnya 17.5 kg. Mujur, kerani kaunter tidak berkira sangat, terus dilepaskannya begitu sahaja tanpa perlu bayar lebihan berat. Kalau kena bayar 1 kg = RM20.00.
Beg satu lagi jadi luggage,boleh bawa naik bersama dalam kapal terbang. Beg ni pun berat juga, tetapi tidak perlu ditimbang. Perkhidmatan Penerbangan Air Asia sangat rigid. Mereka tidak benarkan bawa lebih luggage ke dalam flight. Hanya satu sahaja dibenarkan, yang lain semua kena timbang dan jika lebih had dibenarkan kena bayar.
Selepas selesai urusan di kaunter,terus bawa mbah ke kaunter berlepas. Di sini, mbah dah mula menangis teresak-esak. Imran buat selamba sahaja, cumaNaimah sahaja menangis meraung bila mbah masuk ke dalam untuk pemeriksaan kastam dan menuju ke Balai Berlepas. Zauj pujuk Naimah dan terus pergi ke tempat letak kereta.
Pujuk Naimah pergi ke klinik untuk ambik ubat dan selepas tu pergi jemputan walimah sahabat ummi di Rumah Alumni , UTM. Dalam kereta, terdengar bunyi esakkan orang menangis di seat belakang. Rupanya Imran menangis. Ummi tanya kenapa, "nak bibik" kata Imran. Ingatkan masa di Lapangan Terbang tadi buat selamba, gentleman lah, rupanya tidak juga, bila dah tak nampak bibik, menangis juga Imran.
Naimah macam senang hati pula. Menyanyi lagu ABC. Ingatkan dia relax lah, tapi baru sampai "ABCDEFG, HIJKLMN, nak pergi mbah" jeritnya. Tak habis lagu ABC dah meraung nak pergi mbah... Imran panggil bibik,Naimah panggil mbah sebab usia bibik hampir sebaya dengan ummi.
Dua-dua menangis kesedihan kerana berpisah dengan mbah yang mengasuh mereka dari kecil. Ummi ambik bibik sebagai pengasuh/ pembantu rumah dari umur Imran setahun 1 tahun 9 bulan. masa tu ummi sakit dan kerap keluar masuk wad.
Dipujuk-pujuk barulah dua-dua senyap. "Mbah cuti je ,"kata Naimah yang berumur 2 tahun 10 bulan, "nanti mbah datang semula" sambungnya. Imran yang dah berumur 8 tahun menjawap, "bibik balik Indon la, bibik kan naik pesawat tu, bibik nak kahwin." Bertekak lah pulak dua beranak ni, yang seorang kata mbah bercuti,yang seorang kata mbah balik Indon.
Ummi yang mendengar mereka menangis kesedihan , sebak juga hati,tapi ditahan-tahan. Tak mahulah pulak ummi yang menangis depan mereka. Ummi pun terasa sedih juga sebab bibik dah lama tinggal bersama-sama ummi sejak 6 tahun yang lalu. Sejak tinggal dengan ummi, inilah kali kedua bibik balik Indonesia. 3 tahun sekali bibik balik kampung halamannya untuk berpuasa dan berhari raya dengan sanak saudaranya.
Alhamdullilah ummi dapat pembantu rumah yang baik dan amanah melaksanakan tanggungjawapnya. Ummi anggap bibik seperti saudara sendiri. Kemana ummi pergi bercuti atau balik kampung menziarahi saudara mara,ummi tetap bawa bibik. Saudara mara ummi pun rapat dan mesra dengan bibik.
Ummi tamatkan perkhidmatan bibik sebagai pembantu rumah kerana, ummi pun sudah bersara, kerja rumah dah semakin kurang, anak-anak pun dah besar kecuali Naimah. Menguruskan Naimah tidaklah susah mana sebab dah pandai menguruskan diri sendiri. Mandi, pakai baju dan buang air sendiri. Ketika Imran dan Abdullah ke sekolah, Naimah saja teman ummi di rumah. Sambil ummi berkemas,masak, Naimah dan ummi akan menyanyai lagu-lagu pantun nasihat.
Nak mengajar Naimah kena ikut mood dia, kalau dia mahu mengaji, ajar mengaji, kalau dia mahu menyanyi kenalah menyanyi juga. Itu sahaja rutin ummi di rumah sejak bersara ini. Kalau ummi solat,dia pun solat juga. Cumanya ummi tak boleh nak kata apa ialah, ketika solat ummi akan gunakan kerusi sebab ummi tidak boleh bersujud, duduk antara 2 sujud serta duduk tahiyat, Naimah pun ikut macam tu juga. Solat duduk dikerusi.Tunggu Naimah besar sedikit baru mahu diterangkan,yang dia tak sakit apa-apa, maka kena bersolat macam atuk, ayah dan ibu solat.
Sebelum ni Naimah pernah dah cakap, "opah sembahyang gunalah kaki,jangan duduk kerusi". sambil tu Naimah tunjukkan gaya sujud dan duduk tahiyat. (agaknya itu maksud naimah suruh ummi solat guna kaki,boleh bersujud dan duduk tahiyat macam orang lain.) Ummi terangkan pada Naimah, "opah tak boleh solat guna kaki macam tu, kaki opah kan sakit,ni tengok luka", sambil ummi tunjukkan parut bekas pembedahan total knee replecment di kedua-dua sendi lutut. Bila Naimah tengok tu,barulah dia faham kenapa opah tak boleh solat macam orang lain.
Begitu cerita anak dan cucu ummi ni. Naimah yang petah bercakap sejak berusia 1 tahun 6 bulan, bercakap lancar tanpa pelat. Suka bertanya dan berlagu nasyid. Cucu yang jadi teman ummi di rumah. Bukan ibu ayah Naimah tak mahu anak mereka, tetapi Naimah yang buat pilihan untuk tinggal dengan opah. Bila seminggu dua balik rumahnya, Naimah dah mula merenggek minta dihantar untuk tinggal dengan atuk dan opah.
Sekian entri ummi kali ini kisah anak-anak dengan pembantu yang telah lama bekhidmat dengan ummi. Ada ramai pembantu rumah di Malaysia,tapi yang dapat macam bibik sangat susah, jujur,amanah dan bertanggung jawap. Rahsianya cuma,anggap pembantu rumah seperti saudara sendiri, makan minum solat berjemaah bersama-sama.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment