Acara itu walaupun dibahagikan kepada beberapa kategori, tetapi masih terbuka kepada setiap orang dalam kategori itu.Contohnya acara bagi kaum muslimah, perempuan tidak dikhususkan kepada ibu-ibu sahaja atau gadis sahaja atau staf perempuan sahaja. Semua perempuan boleh masuk.Dalam acara lontar bola dalam bakul, semua boleh melontar bola untuk memasukkan kedalam bakul.Ummi yang uzur,sakit kaki pun memberikan sokongan dengan turut mengambil bahagian.
Ummi turut menyertai dalam acara lontar bola dalam bakul
Bukan senang nak lempar bola dalam bakul ni, bola tu asyik melantun ke tepi sahaja sebab bola yang digunakan adalah bola tennis. Bukan kalah atau menang yang kita utamakan tetapi kerjasama, toleransi dan berakhlak baik terhadap semua orang itu lebih utama. Memberikan laluan, memudahkan urusan, tiada bantahan pada sesuatu yang boleh kita bincang adalah akhlak mulia.
Begitu juga dengan acara lontar bowling, lontar bola pada susunan air dalam botol. Semua ambik bahagian. Sambil menunggu giliran, boleh berbual-bual. Masa nama di sebut dipanggil, kita akan kenal ini isteri siapa, ini anak siapa. Bukan kah itu satu cara untuk mengenali ahli kelaurga staf?
Untuk acara gubahan bunga, walaupun tidak semua tahu perlu bawa bunga dan bahan dari rumah, namun penyertaan tetap ada, dengan mencari bahan-bahan disekitar resort sahaja atau bahan buangan. Ummi nak sertai dengan gunakan pasu bunga dari botol air mineral yang terbuang. Mama Hanif guna sabut dan bunga-bunga yang dikutip ditepi jalan raya. Akhirnya walaupun hanya 3 penyertaan, namun kerjasama yang diberikan pada setiap acara itu lebih bermakna.
Dalam acara 'Tresure Hunt' kerjasama sesama staf untuk mendapatkan benda yang tersenarai itu lebih bermakna. Sama-sama berusaha untuk mendapat barang-barang tersenarai dalam list tidak kira kat darat,atau dalam kolam mandi. Sama-sama berhujan , berpanas dan terjun kolam. Bukan kah ini mengeratkan ukhuwwah?
Yang paling seronok ialah acara pancing ikan atas darat. Sampai 3 trip kena buat kerana penyertaan yang ramai. Terbuka kepada semua keluarga. Ini gambarnya. Sapa dapat pancing ikan paling banyak dan harganya tinggi, itulah pemenang. Setiap ikan ada harga. Jadi pemenang bukan bergantung kepada jumlah atau bilangan ikan yang dapat dipancing tetapi harga ikan yang dapat dipancing. Memang ikut nasib sebab masa pancing tu ,mana tahu setiap ikan berapa harganya. Label harga disebelah bawah ikan, memang tak nampak. Dalam acara ni, samada suami, isteri atau anak-anak bergilir memancing, yang lain tu kumpul ikan dalam bekas.
Acara memancing ikan atas darat.Setiap ikan ada harganya.
Acara untuk anak-anak, larian bawa straw, kena cekap bawa getah dengan straw digigit dimulut dan meletakkan kat mulut botol tanpa guna tangan. Acara bergerak dengan mengerakkan batu bata pun dapat sambutan, nak lihat siapa kuat dan tabah untuk tamatkan hingga ke garisan akhir. Ada yang tabah , ada yang syahid ditengah jalan kerana tangan berdarah angkat batu bata tu.
Omar menyertai acara berjalan dengan 3 bata.
Akhirnya Omar dapat tempat pertama.
Seronok juga apabila penyertaan dalam Program Hari Kelurga ini, ramai keluarga terlibat. Menurut sumber dari Pengarah Program, dari semua staf FTI yang ada, hanya satu staf akademik sahaja tidak dapat hadir kerana kematian saudara di kampung. Yang lain semua datang dan melibatkan diri, dan hanya 3 atau 4 staf sahaja tidak bawa kelaurga kerana ada hal lain.
Syukur, setakat ini sejak zauj bersama jabatan ini, jika tidak ada masalah uzur syarie, zauj memang hadir dan bawa keluarga bersama. Ada juga beberapa kali zauj tidak ikut program kerana ummi sakit atau ada hal lain yang lebih afdal di dahulukan. Sekian entri ummi kali ini. Adalagi tulisan ummi berkaitan kecemerlangan anak-anak dalam laman Permata hati berkaitan majlis penyampaian hadiah yang di adakan pada malamnya. Di sini ummi cuma memaparkan beberapa gambar berkaitan acara penyampaian hadiah disebelah malam Hari Keluarga FTI.
Abdullah menerima hadiah untuk pemenang acara larian straw
Imran pun dapat naik ke pentas ambikkan hadiah ummi ,
menang tempat ke tiga acara gubahan bunga.
Omar dapat hadiah pemenang pertama acara
berjalan atas batu bata,
dan acara mewarna kategori bawah 12 tahun. Omar juga dapat
hadiah kecemerlangan UPSR tahun 2009 yang baru lalu.
zauj menyampaikan hadiah di malam majlis kecemerlangan staf.
ummi dengan staf sokongan FTI
ummi di tingkat satu Tiara Beach Resort
Ni kat tingkap bilik
Impianku menjadi isteri solehah
0 comments:
Post a Comment