BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 14 December 2009

Minumlah Teh, Bukan Klorin!

BismillahirRahmanirRaheem

Hari ini terlintas pula sesuatu untuk dituliskan di sini. Terbaca satu cerita di sebuah laman berkaitan dengan minum teh. Ada berbagai jenis teh di pasaran. Teh herba, teh bunga, teh cengkudu, dan macam-macam teh. Kebanyakkan teh ini dijual di dalam uncang atau kantong. Sebenarnya selama ini tidak terfikir apa-apa berkaitan uncang teh ini. Tidak terlintas untuk mengkaji uncang teh ini diperbuat dari apa.

Selama ini suka guna teh uncang, sebab mudah dan bersih. Tidak perlu gunakan penapis untuk menapis serbok teh. Dan membuat teh menggunakan uncang lebih mudah kerana, sukatannya pasti betul apabila dua uncang teh untuk satu teko. Dan dibiarkan uncang teh itu berendam lama dengan air panas, berharap agar semua zat mineral dan khasiat teh larut dalam air.

China diangkat sebagai pengguna teh terawal dunia. Menurut sejarah teh mula digunakan di China sejak kurun ke 10 sebelum Masihi dan dari sejak awal penemuan teh digunakan sebagai bahan dalam ubat ubatan. Dalam segi sains pula teh didapati mempunyai lebih kurang 700 jenis bahan kimia dan kebanyakannya mempunyai hubung kait dalam sumber kesihatan tubuh badan manusia. Khasiat teh juga adalah meningkatkan imunisasi.

Teh boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu teh hijau, teh hitam, teh putih dan teh oolong.




Kekuatan khasiat teh adalah pada sumber antioksidanya yang tinggi dikenali sebagai polyphenols atau flavonoids. Bahan ini terdapat pada teh hijau dan teh putih. Pada teh hitam pula dikenali sebagai theaflavin. Ternyata kandungan antioksida dalam teh hijau dan teh putih lebih tinggi berbanding teh hitam.

Polyphenol berkhaisiat untuk mengesan sel-sel penyebab kanser dan punca arteri tersumbat.

Sumber Kafein

Kafein dalam kuantiti yang berpatutan membawa kebaikan terhadap tubuh kerana ia dapat merangsang metabolisme serta meningkatkan fungsi otak dan rangsangan pada persekitaran. Tidak hairan lah ada sesetengah orang mengamalkan minum minuman berkafein untuk menjaga badan.

Secawan kopi mengandungi 125-185 mg kafien manakala 1 cawan teh hitam mengandungi 45-60 mg kafein. Teh oolong,35-45mg dan teh hijau, 15-20mg. Jumlah kafein pada teh ini adalah jumlah di tahap normal. Kesan kafien didalam teh akan meransang secara perlahan berbanding kopi untuk memberi kesegaran pada tubuh. Kini tahu lah kenapa sejak zaman dahulu atuk nenek kita minum kopi dan teh ketika sarapan.

Kelebihan Teh

1001 khasiat sebenarnya terdapat didalam teh. Jika tidak kenapa teh dijadikan sumber ubat ubatan sejak zaman dahulu. Selain berkhasiat sebagai penawar, teh juga berkhasiat mencegah penyakit.Disebabkan khasiat inilah ummi amat gemar minum teh.

Kat rumah ni, hanya ummi sahaja pengemar teh. Setiap pagi ummi akan bancuh satu teko teh 'O' dan satu mug teh susu, dengan menggunakan susu tepong.(susu lembu).Habis teh susu ni, ummi akan minum teh 'O' pula. Nanti petang atau malam bancuh lagi teh 'O'. Kalau ummi malas bancuh, ummi minta Abdullah atau Omar yang bancuh. Mudah saja beri arahan, gunakan 1 atau 2 uncang teh, masukkan air panas baru mendidih dan masuk 3 sudu gula. Kacau, dah siap untuk ummi minum.

Jika mereka bancuh guna air yang telah lama mendidih, ummi akan tahu, sebab rasa teh tu lain. Kalau tidak guna air yang baru mendidih, teh itu tidak cukup kembang.Dan rasa gula pun macam rasa gula mentah.

Hari ini ummi jumpa satu artikel berkaitan kertas yang digunakan untuk buat uncang teh. Hmmm...betapa selama ini ummi rupanya bukan minum teh dan dapat banyak khasiat teh, sebaliknya ummi minum klorin. Sadisnya...

"Mungkin, pada fikiran Anda, semakin lama kantong/uncang teh dicelupkan dalam air panas, makin banyak khasiat teh tertinggal dalam minuman teh… Padahal, yang terhasil sama sekali berbeza! Kandungan zat klorin di kantong kertas teh celup akan larut. Apalagi jika Anda mencelupkan kantong teh lebih dari 3 – 5 menit.



Klorin atau chlorine, bahan kimia yang lazim digunakan dalam industri kertas. Fungsinya, disinfektan kertas, hingga kertas bebas dari bakteria pembusuk dan tahan lama.

Selain itu, kertas dengan klorin memang nampak lebih bersih. Karena disinfektan, klorin dalam jumlah besar tentu berbahaya. Tak jauh beza dari racun serangga.

Banyak penelitian mencurigai kaitan antara penyerapan klorin dalam tubuh manusia dengan kemandulan pada orang lelaki, bayi lahir cacat, terencat akal , dan kanser.

Maka, mulai sekarang, jangan biarkan teh celup Anda tercelup lebih dari 5 menit. Atau, kembali ke cara yang sedikit cerewet, gunakan daun teh.

Kirimkan artikel ini kepada orang-orang yang Anda sayangi dan anda cintai… bila Anda masih peduli kepada mereka"



Ummi terlupa yang kertas diproses menggunakan klorin agar bakteria yang menyebabkan kertas cepat reput tidak membiak. Klorin juga digunakan agar kertas jadi putih dan bersih. Rugi saja bertahun-tahun ummi belajar kimia tetapi ummi tidak aplikasikan dalam kehidupan harian ummi.

Bermakna mulai hari ini, sebaik habis teh uncang yang ada tu,(tak kan nak buang, membazir pula) ummi akan beli teh serbuk. Cerewet lah juga untuk membancuh teh guna yang serbuk ini. Namun untuk jangka panjang, ummi perlu bertindak dari sekarang. Ummi dah sedia mengidap berbagai penyakit, tetapi anak-anak ummi, yang perlu ummi selamatkan.

Khasiat Teh

Teh Mempunyai 1001khasiat yang ramai tidak ketahui. Terdapat banyak kebaikan teh namun apakah bahan yang memberi khasiat kepada setiap cawan teh yang diminum itu. Mari kita lihat di sini segala khasiat-khasiat yang terkandung didalam teh.

* Teh Mengandungi phytochemicals yang berfungsi untuk membantu tubuh menentang serangan beberapa jenis barah. Teh juga befungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkir oksidasi LDL atau dikenali dengan kolestrol buruk. Namun begitu khasiat teh yang diketahui ramai ialah khasiatnya meningkatkan imunisasi tubuh untuk melawan penyakit.

* Catechins juga salah satu bahan yang terdapat dalam teh berfungsi sebagai antioksida.

* Teh juga mengandungi fluorida yang peting dalam menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi.

* Flavonoids juga terkandung didalam teh memberi khasiat membina dan menguatkan otot. Menurut laporan di Archives of Internal Medicine, Kajian ke atas 500 lelaki dan perempuan di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima.

* Kajian pada tahun 2001 yang dijalankan oleh saintis Amerika Syarikat, Taiwan dan Jepun mendapati teh berupaya melambatkan proses penuaan. Kajian terhadap tikus mendapati tikus yang diberikan teh menunjukkan jangka hayat yang lebih lama berbanding tikus yang diberikan air biasa.

* Kajian saintis jepun pula mendapati teh berupaya menentang alergi. Kandungan antioksida didalam teh hijau mampu menghalang proses biochemical yang bertindakbalas pada pembentukan alergi. Khasiat Teh hijau amat mujarab bagi mereka yang alergi kepada persekitaran berhabuk.

* Mitchell Gayor, Pengarah strong Cancer Preventation Center di New York berkata, teh adalah salah satu sumber terbaik untuk menentang serangan barah. Menurut kajian beliau kandungan antioksida yang terdapat di dalam teh boleh membantutkan perkembangan enzim yang membantu perkembangan sel-sel barah. Beliau juga menasihati supaya meminum teh empat cawan sehari.

* Khasiat teh hitam pula ialah berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia mampu menghalang darah dari berkumpul yang boleh menyebabkan darah terhenti. Menurut kajian yang dilakukan oleh Boston’s beth Israel Deaconess Medical Center, seramai 1900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan meminum teh dua cawan sehari.

* Khasiat teh hijau memang telah ramai yang ketahui ia dapat mempercepatkan pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Sebenarnya flavonoids yang terdapat di dalam teh hijau ini mampu mengubah cara menggunakan hormon dipanggil norepineephirine yang meningkatkan lagikelajuan kalori di bakar.


Ya Allah kurniakan aku,suami dan anak-anak ku iman yang sempurna, akhlak yang terpuji,pekerti yang mulia dan matikan kami dalam iman dan Islam yang sempurna.

Impianku menjadi isteri solehah

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ummi..

Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik utk ummi sekeluarga..

Emh, saya teringat masa makan dalam dulang bersama2 dengan sahabat..dia pesan, selepas baca doa, sertakan sekali salah satu doa dalam mathurat iaitu doa yg bermula dengan bismillahillazi la yadurru ma'asmihi....ummi amalkan lah ek..mudah2an ada manfaat...(",)

Wassalam..

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Wa'alaikum salam ukhti...
Doa Bismillahillazi la ...tu memang ummi hafal dan ummi selalu baca terutama ketika sakit.Memang sangat bermanafaat pun, ummi jadikan bacaan amalan harian.

Ukhti pun jaga diri baik-baik ya...

L said...

Assalamualaikum ummi,

suke sgt dengan artikel ummi ni. L mohon izin untuk menyebar luaskan lg informasi ni boleh x ummi?

Ummi Munaliza said...

Silakan L, boleh ambil mana yang bermanafaat. L ini siapa ya?