Bukunya cukup menarik. Bagi ummi, sangat sesuai untuk semua orang, tak kira yang alim, atau baru nak mengenal. Isinya cukup ringkas dan padat. Sesuai untuk bacaan umum. Olahannya juga mudah difahami.
Yang menarik, semua helaian buku berkulit tebal ini adalah licin dan cantik. Ilustrasinya juga menarik, grafiknya juga hebat. Walaupun tiada huraian yang berjela, namun boleh dijadikan rujukan dan bahan bacaan. Untuk tambahan, boleh dirujuk kitab Muktabar lain.
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekaan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.
Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunujukkan perkara yang realistik.
Buku ini memuatkan modul Fardhu Ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd ini dihasilkan daripada kolaborasi mantap Al-Fadzil Ustaz Dato' Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid (Pensyarah Pusat Matrikulasi UIAM).
Dengan berbelanja RM55.00 untuk buku ini, ummi berpendapat ia sangat-sangat berbaloi dan pasti tidak akan menyesal setelah memilikinya. Buku ini amat sesuai untuk rujukan institusi pendidikan di semua peringkat serta boleh dijadikan bahan tazkirah. Bertambah sesuai bila ia dijadikan hadiah kepada pasangan yang baru berkahwin.
Isinya sangat ringkas dan padat.
Sesuai untuk menjadi rujukan cepat bagi mereka yang sibuk dan juga kepada anak-anak muda yang agak malas merujuk kitab-kitab muktabar.
Mengandungi 7 bab
Bab 1 - Syariat Kelahiran
Bab 2- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Bab 3- Syariat Berkaitan Remaja
Bab 4 - Fardhu Ain Asas
Bab 5- Munakahat
Bab 6- Syariat Dalam Bermasyarakat
Bab 7- Syariah Sunnah Sepanjang Masa
Ummi suka dengan hadiah dari Najdah dan Nasrum ini kepada ummi, mungkin mereka rasa ia amat sesuai untuk dijadikan rujukan mudah di rumah kepada adik-adik dan dia sendiri. Semoga hadiah ini mendapat manafaat kepada semua orang termasuk kepada Najdah dan Nasrum. Dan terus berpanjang dijadikan bahan rujukan hingga ke anak cucu.
Terima kasih Najdah , Nasrum, Naimah dan Nu'man...semoga hidup kalian sentiasa di dalam rahmat dan aksih sayang Allah.
Impianku menjadi isteri solehah
2 comments:
Adik saya juga hadiahkan buku ini kepada ayah saya. Ayah saya suka baca dan diletakkan di kepala katilnya.. senang nak capai.
Ummi pun letak buku ni kat dalam bilik ,rak rendah sahaja agar mudah dilihat dan dicapai oleh semua orang untuk bacaan dan rujukan pantas.
Post a Comment