Bunga Wijayakusuma ~ sejenis bunga asli ,Bunga ini aneh, jika tengah malah bunga ini merekah dan berbau sangat harum semerbak tapi jika siang dia kembali kuncup seperti perawan. Ditemui di sebuah pulau bernama Nusakambangan, Indonesia.
Hampir 3 hari ummi tidak berkesempatan untuk menulis entri di sini. Cuma sempat buka dan lihat. Ummi lebih banyak menumpukan penulisan dan mencari bahan ilmiah di Halaqah. 2 hari lepas, ummi banyak membuka kitab di google mencari bahan berkaitan feqah Islam.
Ada halaqian bertanyakan soalan berkaitan masalah perempuan terutama yang berkaitan jenis-jenis air yang keluar dari kemaluan perempuan. Air kencing, air mani, air mazi, air wadi dan keputihan. Ummi perlu jelaskan beza setiap jenis air ini kerana ia adalah najis dan melibatkan kesempurnaan ibadah-ibadah yang lain.
Perlu jelas beza antara satu sama lain. Namun yang paling utama untuk dikenal pasti ialah antara air mani dengan yang lain-lain, kerana mengangkat hadasnya berbeza. Selain keluar air mani, dikira berhadas kcil boleh dicuci dan diangkat dengan berwudhuk sahaja.Jika air mani yang keluar, (keluarnya mani dengan penuh kelazatan,berdenyut-denyut dan nikmat, dan bagi seorang perempuan ,keluarnya air mani bukan secara terpancut,tetapi terpancar)perlu mandi wajib.
Di sini ummi paparkan berkaitan jenis dan beza air-air tersebut. Untuk rujukan, boleh rujuk topik ini di Halaqahnet.
Air mazi adalah sejenis cecair jernih melekit dan berbau kuat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan air mani yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani).
Air mani juga adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa kenikmatan. Berbeza dengan air mazi yang keluar tanpa sedar, hasil peningkatan syahwat. Air mazi adalah najis dan perlu dibasuh untuk menunaikan solat. Air mani, pula berbeza kerana jika keluar, seseorang itu perlu mandi hadas untuk kembali menyucikan diri.
BEZA MAZI DENGAN KEPUTIHAN
Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Tetapicecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat teransang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.
Cecair 'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau.
Ini ummi berikan contoh pertanyaan bagi mereka yang kurang jelas perbezaan jenis-jenis air di atas.
"Assalamualaikum wbt.
Saya seorang remaja yang belajar di sebuah sekolah agama di Perlis. saya ingin bertanya satu soalan. saya masih lagi keliru antara air mani dan air mazi. Jika seorang gadis keluar air mani adakah wajib baginya untuk mandi wajib?
lagi satu apakah perbezaan di antara air mani dan air mazi?
syukran jazilan."
Jika seseorang itu keluar air mani, dia wajib mengangkat hadas besar (mandi wajib).
Perbezaan antara air mani dan air mazi ialah:
1. Mazi ialah air jernih (licin) yg keluar ketika datang syahwat.
2. Mani pula ialah air yg keruh dan pekat yg keluar ketika klimak syahwat atau sebab bermimpi.
3. Wadi ialah air keruh yg kadang2 keluar ketika kencing atau mengangkat beban berat.
Apabila keluar mazi atau wadi maka jadi batal wuduk dan wajib dibasuh kemaluan dan apa yang terkena.
Manakala apabila keluar mani maka wajib mandi hadas dan keadaannya tidak najis. Maka sunat dibasuh apa yang terkenanya.
Hampir kesemua kitab atau buku2 fardhu ain ada menceritakan berkenaan ketiga2nya seperti Buku Fiqh Taharah.
Sebagai seorang ibu, kita perlu mendidik anak-anak terutama anak perempuan mengenai air-air ini. Kita terangkan kepada mereka kenapa perlunya mencuci kemaluan setiap kali apabila mahu berwudhuk. Memang fitrahnya, air-air ini sering keluar tanpa disedari terutama cecair jernih atau keputihan. Perlu diterangkan jika seluar dalam telah dipakai, apabila selepas kemaluan dicuci dan mahu berwudhuk seterus bersolat, jangan pakai dahulu seluar dalam itu. Pakai semula apabila selesai solat. Jika mahu pakai juga, gunakan yang bersih.
Ajar anak agar selalu tukar seluar dalam paling kurang setiap kali selepas mandi. Jika anak buang air , selepas berintinjak, (dah cuci) lap keringkan air sebelum pakai seluar dalam semula. Tujuan lap, agar sentiasa kering dan seluar dalam tidak lembab yang boleh membiakkan bakteria.
Sebagai seorang ibu, konsep taharah ini mesti dididik kepada anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan sejak mereka kecil lagi. Kenapa makan minum boleh kita ajar, tetapi bab taharah kena tunggu mereka bersekolah baru belajar?
Sekian entri kali, semoga bermanafaat buat semua.
Ini Jadual Saya Sendiri
2 years ago
0 comments:
Post a Comment