BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 8 January 2010

Korbankan Andai Kau Sayang.


Kadangkala kita terpaksa terima, tak semua yang kita mahu akan kita miliki. Tidak semua yang kita rancang akan terjadi mengikut apa yang kita kehendaki, ia menjadi rencah kepada kehidupan. Boleh jadi perancangan yang dibuat akan berlalu tanpa tindakan kerana percaturan dan perancangan Allah lebih hebat. Malah, Dia Maha Mengetahui.

Benar, pengorbanan pada perkara yang kita sayang adalah mulia. Ku berkira-kira keperluanku dalam sesuatu perkara yang telah ku miliki. Yang mana satu ku sayang, yang mana satu aulawiyatnya buatku. Hakikatnya ku sayang kedua-dua ’jalan’ yang ada.

Andai diberi pilihan, pasti akan ku pilih keduanya kerana ku mahu menjadi semanfaat manusia yang ku biasa. Selagi hayatku masih ada, ku cuba menjadi hamba yang terbaik pada pandangan Maha Esa. Namun, siapalah aku untuk ’tamak’ dengan memiliki kedua-dua ’jalan’ yang ada?

Kemampuanku mungkin terbatas. Kudratku hanya setaraf pipit, bukannya helang yang mampu terbang tinggi menggapai awan di langit tinggi.

Tetapi ku seringkali terfikir, perlukah aku menjadi serendah itu dalam melebarkan sayap ’perjuangan’ yang ku kenal ini. Benar, ku masih bertatih, masih perlukan pandangan, kritikan yang bisa menjadi pembakar semangat serta membetulkan jalan yang ku tempuh.

Jika ku melepaskan salah satu ’jalan’ yang ada, bisakah aku menjadi produktif pada jalan yang lagi satu? Adakah jaminannya di situ? Dapatkah kau menjamin itu buatku, sahabat?

Ku bimbang andai ku lepaskan ’jalan’ yang ada, ku tak bisa mengejar jalan yang ingin pilih seterusnya. Ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Ku tidak menafikan pandangan yang telah diberi bahawa ku harus berkorban andai ku sayang pada ’jalan’ yang lain. Ku akui pengorbanan pada ’jalan’ yang satu ini amat mulia. Namun, ku masih berkira-kira jika ku mampu membawa ’kedua-kedua’ jalan yang ada di depan mata.

Bukan ku tamak, namun ku mencuba. Andai ku terkorban, ku terima. Kerana ku tahu ada hikmahnya. Andai pandangan ku ini tersasar daripada hukum alam sebenar, tegurlah.

Hakikatnya, ku masih belajar.

Andai bisa, pasti ku pilih kedua-dua ’jalan’ yang ada.

Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

Wahai hati yang bisa melukis pelangi, kenapa hiba benar hati hari ini? Wahai tuhan yang pengasih, berilah aku kekuatan...



Impianku menjadi isteri solehah
Selepas Allah dan RasulNYA,
Cinta, Kasih dan Sayangku hanya pada zaujku .

0 comments: