BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 5 January 2010

Pintu Syaitan Masuk ke dalam hati Manusia


Dalam menjalani kehidupan ini, kita sering terlalai dan terleka dengan godaan syaitan /iblis yang sering mencuba untuk memasuki hati manusia agat kita dimurkai oleh Allah. Iblis sentiasa berteleku di hati seorang mukmin. Maksud berteleku ialah, duduk senang lenang di dalam hati manusia. Iblis masuk melalui beberapa pintu. Pintu yang mudah dimasuki ialah pintu hasad dengki, tamak kepada harta dunia dan khianat.

Kerana Sifat hasad inilah iblis dilaknat oleh Allah selamanya hingga kiamat. Bila Allah menyuruh iblis sujud kepada Adam AS, iblis tidak mahu kerana ada rasa hasad di hati iblis kepada Adam AS. Maka , iblis masuk melalui pintu ini di hati manusia , agar manusia juga mendapat laknat dari Allah seperti mana Allah melaknat iblis sehingga kiamat.

Hasad dan tamak kepada dunia tidak pernah menggagalkan rancangan iblis untuk menggoda dan menghancurkan manusia. Perlanggaran batas dan hukum yang telah Allah tetapkan kepada manusia. Apabila dilanggar maka akan menyebabkan kemurkaan Allah...

SIFAT dengki adalah bagaikan bakteria yang dapat menghancurkan dan membinasakan segala-segalanya. Sifat dengki adalah penyakit pembawa kebinasaan, yang dapat menghancurkan tubuh dan jasad umat manusia.

Pepatah mengatakan: Tidak ada ketenangan bagi orang yang bersifat dengki, sebab dia adalah orang yang zalim yang berada pada pakaian orang yang dizalimi dan dia adalah musuh yang berada dalam celana orang yang jujur. Pepatah juga mengatakan: Alangkah adilnya Allah. Sifat dengki berada dalam tubuh orang yang mempunyai sifat semacam itu, lalu dia dapat membunuh dirinya sendiri.

Orang yang bersifat dengki adalah orang yang menyalakan api dalam dapur, lalu dia sendiri terjun ke dalamnya. Kesedihan, kegelisahan dan kekacauan fikiran merupakan penyakit-penyakit yang dilahirkan oleh sifat dengki dan hasad. Sebab ianya dapat membunuh dan menghilangkan ketenangan, ketenteraman, dan kehidupan indah lagi menyeronokkan.

Sesungguhnya saya menyarankan diri anda supaya tidak bersifat iri dengki dan hasad, sebab saya merasa kasihan terhadap diri saya sendiri, sebelum kita meluahkan
kasih sayang kepada orang lain. Sebab dengan cara kita hasad dan dengki kepada orang lain, maka bererti kita telah menyuburkan duka cita dalam daging kita, memberikan minuman kesedihan dengan darah kita, dan kita membahagikan tidur nyenyak kepada orang lain.

Malapetaka utama bagi orang yang bersifat dengki adalah bahawa dia memusuhi ketentuan Allah, menuduh ketidakadilan Tuhan, tidak ada sopan santun dengan terhadap hukum syariat dan bercanggah serta keluar daripada cara yang baik sesuai dengan ajaran agama Islam. Alangkah ruginya orang yang bersifat hasad dan dengki. Dia telah menanam sebuah penyakit yang tidak akan pernah mendapatkan pahala sedikit pun orang yang memeliharanya. Dengan sifat hasad dan dengki, maka dia juga tidak akan pernah mendapatkan ganjaran dari sesiapa pun.

Orang yang bersifat dengki adalah orang yang menyalakan api dalam dapur, lalu dia sendiri terjun ke dalamnya. Kesedihan, kegelisahan dan kekacauan fikiran merupakan penyakit-penyakit yang dilahirkan oleh sifat dengki dan hasad. Sebab ianya dapat membunuh dan menghilangkan ketenangan, ketenteraman, dan kehidupan indah lagi menyeronokkan.

Alangkah ruginya orang yang bersifat hasad dan dengki. Dia telah menanam sebuah penyakit yang tidak akan pernah mendapatkan pahala sedikit pun orang yang memeliharanya. Dengan sifat hasad dan dengki, maka dia juga tidak akan pernah mendapatkan ganjaran dari sesiapa pun.

Seseorang yang mempunyai sifat iri dengki akan tetapi selalu dalam keadaan kegelisahan sehingga dia meninggal dunia atau anugerah yang dimiliki orang lain hilang. Semua orang diadakan perdamaian terkecuali orang yang mempunyai sifat iri dengki.

Sebab perdamaian dengannya tidak akan terwujudkan melainkan orang lain melepaskan diri dan membuang jauh-jauh anugerah yang telah dilimpahkan kepadanya, membuang minat bakat yang tersimpan pada diri orang lain, menghilangkan segala keistimewaan dan nama baik yang dimiliki orang lain. Jika anda sudah melakukan yang demikian, maka barangkali dia dapat rela walaupun secara terpaksa. Marilah kita berlindung kepada Allah daripada kejahatan sikap dengki dan hasad. Sebab ianya bagaikan
ular hitam yang beracun, yang mana racun itu tidak akan dapat hilang terkecuali dikeluarkan daripada tubuhnya itu sendiri. Maka hindarilah dirimu daripada sikap hasad, iri dan dengki. Mintalah perlindungan kepada Allah daripada orang yang memiliki sifat hasad, sebab ianya telah menunggu dan siap menerkam anda di mana-mana.

Mahukah anda terus hidup dan mahu melakukan kebathilan?

KEHIDUPAN itu memang diciptakan dengan pelbagai kekeruhan, sementara anda masih menginginkannya sebuah kejernihan daripada pelbagai kotoran dan keburukan. Inilah keadaan dunia sebenarnya. la adalah dike1ilingi pelbagai kelazatan, banyak tanggung jawab dan sangat menyedihkan. Pelbagai aneka ragam warna,dicampuri dengan pelbagai kekotoran dan diliputi.


Impianku menjadi isteri solehah
Selepas Allah dan RasulNYA,
cinta, kasih dan sayangku hanya pada zaujku ini.

0 comments: