BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 14 January 2010

Bersolat lah kamu...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Subuh ini, seawal jam 3:15 pagi , walaupun di mana ummi berada, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, tetap dibangunkan ummi untuk bertahajud kepadanya. Selain doa buat keluarga yang tercinta dan zikrullah, Ummi tetap mendoakan , anak halaqah bersama Halaqah.net sentiasa dirahmati Allah, dipermudahkan urusan dan apa yang lakukan mendapat redha dari Allah.Sepanjang berada di wad, ummi hanya bersolat di atas katil sahaja. Ummi bawa kompas untuk menunjukkan arah qiblat.

Semoga ukhuwwah antara halaqian terus kekal di dalam redha Allah hingga ke akhirat nanti, Halaqah.net menjadi wadah untuk berdakwah dan menimba ilmu, Halaqah.net menjadi forum yang dapat memberikan kesedaran kepada ramai manusia dan Halaqah.net sentisa dipermudahkan berada di alam maya ini dan sukarelawan terus komitment berjuang bersama-sama Halaqah.net .

Bagiku selepas keluargaku, Halaqah.net menjadi buah hati dan kesayangku.Aku bahagia bersama Halaqah.net.

Selesai solat ummi, menanti masuknya waktu subuh, suasana wad ini, mula hingar. Jam 4: 50 pagi, jururawat sudah mula datang untuk menjalankan pemeriksaan tekanan darah. Ada pesakit yang di kejutkan agar mandi sebagai persiapan untuk menjalani pembedahan, ada pesakit yang tidak berdaya,dibangunkan kerana mereka mahu tolong memandikan /spanning di atas katil.

Namun sedihnya, tak ada yang melakukan solat subuh dan lain-lain waktu solat. Tidak tahu bagaimana cara untuk ummi berdakwah di sini, mengajak mereka agar tidak meninggalkan solat. Semalam ummi dah tegur seorang mengajak bersolat (ummi fikir dia tidak uzur kerana usia sudah melebehi 60 tahun) dijawapnya "payah ni, kaki berbungkus,nantilah qada di rumah." Seperti mahu ummi menjawap menerangkan, tetapi tidak jadi kerana dia seorang tua, sakit pula, orang seperti ini pasti sensetif dan ummi takut cara penyampaian ummi tidak berhikmah,akan menyakitkan hatinya.

Selalu ummi akan kalah dengan emosi bila berhadapan dengan dengan perempuan berusia 60 tahun keatas, ummi tidak mahu hati mereka disakiti oleh kata-kata ummi yang kurang berhikmah kerana ummi anggap mereka seperti mak ummi. Seberapa boleh ,ummi akan jaga hati mereka,agar sentiasa lunak untuk berbicara dengan ummi. mujurlah arwah mak dahulu tidak tergolong seperti mereka meninggalkan solat ketika sakit.

Ummi harap anak-anak pembaca laman ummi, jangan lah mengabaikan solat walau apa jua keadaan. Sebab itulah dipermudahkan cara berwuduk jika anggota berbalut, tayamum jika tidak boleh terkena air. Untuk bersolat, jika tidak mampu berdiri, solat secara duduk dan berbaring. Jika seluruh anggota tidak mampu bergerak,maka solat dengan isyarat mata. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui keuzuran kita dan Maha Pengasih.

Selain itu, dibolehkan solat secara jamak jika kebetulan tiada siapa yang boleh membantu untuk berwuduk ketika masuk waktu itu. Pernah sekali ummi dibawa ke dewan bedah pada pukul 11:30 pagi dan proses pembedahan selesai jam 5:00 petang. Ummi masih dalam keadaan sedar kerana ummi diberikan bius separuh badan, maka semasa di dewan bedah itu, sementara menunggu untuk keadaan ummi stabil, ummi lakukan solat menghormati waktu. Solat tanpa berwuduk. Pasti lah bila ummi dihantar ke wad semula waktu asar telah habis. Jadi ummi lakukan solat zohor dan asar secara menghormati waktu kerana tidak boleh mengangkat hadas secara wuduk atau tayamum di dalam dewan bedah itu. Memang sepanjang pembedahan dijalankan, ummi sentiasa sedar dan hati ummi tidak lepas dari mengingati Allah.

Allah S.W.T. berfirman di dalam surah Ali ‘Imran ayat 191 yang antara lain menyatakan sebagai berikut:


الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون فى خلق السموت والأرض ربنا ما خلقت هذا بطلا سبحنك فقنا عذاب النار .

Bermaksud
“(iaitu)orang-orang yang menyebut dan mngingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkkan tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”

Boleh kah kita berada Selain dari 3 keadaan ini,iaitu berdiri, duduk dan berbaring? Tidak bukan? Jadi anjuran berzikir dan mengingati Allah ini adalah sepanjang masa.

Ayat di atas mengkhabarkan tentang amalan khusus bagi mereka yang bergelar ululalbab. Antara sifat-sifat mereka yang diberitahu oleh Allah S.W.T. di dalam ayat ini ialah sentiasa berzikrullah dan bermuraqabah kepada Allah S.W.T. Kedua-dua amalan tersebut akan membawa seseorang sampai kepada hakikat tauhid rububiyyah dan hakikat tauhid uluhiyyah.Amalan ini juga akan melahirkan sifat kehambaan diri kepada Allah S.W.T. Keadaan ini dapat kita perhatikan dari ungkapan mereka yang telah dirakamkan oleh Allah S.W.T. sebagai berikut:

1) Ungkapan ربنا ما خلقت هذا باطلا yang membawa maksud: “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia” Ungkapan tersebut adalah lambing kepada pengakuan mereka terhadap hakikat tauhid rububiyyah Allah S.W.T.

2) Sedang ungkapan سبحنك yang bermaksud: Maha Suci Engkau adalah lambang sampainya mereka kepada hakikat tauhid uluhiyyah Allah S.W.T.

3) Manakala ucapan فقنا عذاب النار yang bermaksud: Maka peliharalah kami dari azab neraka pula adalah sebagai lambang kelemahan diri insan di hadapan Tuhannya. Kelemahan tersebut adalah lahir dari sifat-sifat kehambaan diri seperti sifat kekurangan, miskin,jahil, fakir, dan sebagainya lagi sehingga terserlah pada diri mereka sifat-sifat yang melambangkan ketergantungan hati rohani mereka semata-mata kepada Allah S.W.T. Keadaan tersebut dapat kita perhatikan dari firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kahfi: 39:

ولو لا إذ دخلت جنتك قلت مشآء الله لا قوة إلا بالله إن ترن أنا أقل منك مالا وولدا
Bermaksud:
“Dan mengapa kamu tidak mengucapkan ما شأء الله لاقوة إلا بالله " “ Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit dari padamu hal harta dan keturunan”


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayangku adalah untuk zaujku.

0 comments: