~Impianku melihat alam maya.. mengecap nikmat berada.. mendengar riuhan fauna.. merasa keindahan flora.. sebelum dipejam mata.. menghadap Yang Maha Mencipta~
Semoga kita semua didalam RahmatNya dan kasih sayangNya.
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :-
“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.
Hari ini ummi ditanya perkara berkaitan redha.Seorang gadis melontarkan rasa sedihnya apabila kawan-kawan memberikan kad undangan menjemput dia hadir bersama pasangan. Dia merasa sedih, kerana dia belum berkahwin dan rasa terpukul dengan undangan itu. Lalu ummi jawap keluhan hatinya.
Begitulah sedikit sebanyak,kata-kata nasihat yang ummi siramkan di hatinya yang susah untuk redha dengan apa yang Allah tetapkan. Bagaimana ummi ada kekuatan untuk redha dengan segala yang Allah tetapkan kepada ummi?
Kekuatan ummi adalah sumber dari doa ini,yang ummi hafal dan baca setiap hari, berkali-kali...
Wahai Allah, Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku nyatakan dan apa yang aku rahsiakan, Semoga Engkau terima keuzuranku, Engkau mengetahui hajatku, Semoga Engkau kabulkan permohonanku, Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diriku, Kerana itu aku mohon keampunan Mu,
Wahai Allah, Aku meminta kepadaMU, keimanan yang kukuh dihatiku, dan keyakinan yang benar-benar, sehingga aku mengetahui tidak ada apa yang menimpa diriku kecuali apa yang telah ditakdirkan untuk diriku, dan semoga Engkau jadikan diriku selalu meredhai apa yang ditakdirkan kepadaku, Wahai Tuhan Yang maha Besar dan Maha Mulia.
Laman Field Of Dream telah dibuka semula. Sebagai penawar rindu kepada Field Of Dream, ummi persembahkan Rindu-rindu Di jalanan. Masih juga garapan minda dari luahan hati seorang ummi.
Kasih sayang ummi tidak pernah bersempadan seperti rindu ummi yang infiniti. Ummi akan terus menulis selagi jari ummi masih mampu menekan kekunci laptop ini.
Penutupan sementara Laman Field Of Dream bukan lah sikap tidak terbukanya ummi atau tidak berlapang dada, tetapi ia telah melukakan hati seorang ummi. Semua orang boleh berkata-kata...bisa berkata-kata dan bijak berkata-kata.
Jika semudah berkata-kata, semua urusan dipermudahkan oleh Allah, maka tidaklah dikatakan ujian atau dugaan.
Siapa yang menilai ketulusan hati? Jika hati bersih, kehendak Allah untuk meningkatkan iman, maka siapakah kita untuk bertanya.
Sekarang ini,jika tulus, berikan jalan dan bantuan...
Bantu untuk meringankan beban,meringankan kesakitan dan kedukaan.
Jangan membaca,rasa simpati,tetapi tidak ada usaha untuk membantu sebaliknya menulis untuk menikam jantung.
Kata-kata yang membina memang ummi terima dengan lapang dada, kerana ummi memang bersikap terbuka.
Muhasabah diri? Zikirullah. Dua perkara inilah yang menyebabkan ummi masih kuat dan berusaha untuk sentiasa taat pada Allah dan RasulNya.
Ummi berusaha untuk kuat, tabah dan sabar didalam berjalan menuju Allah.
Maka mana-mana teguran yang membina amat dialu-alukan, ummi juga mempunyai kelemahan di dalam penulisan dan garapan minda yang mungkin bercampur dengan emosi. Mohon maaf kepada sesiapa yang jika terasa atau tersilap bicara.
Hanya seorang Hamba Allah yang sedang bermusafir menuju ke alam kekal abadi.Seorang anak kepada arwah mak abah, isteri kepada zauj yang dicintai, ibu kepada 10 orang anak, opah kepada cucu ,mentua kepada menantu, guru kepada sekian ramai murid, ummi kepada ribuan anak Halaqahnet.
Dalam perjalanan melalui hidup dan kehidupan ini, ujian akan datang silih berganti. Anggaplah semua ujian itu adalah anugerah Allah kepada kita untuk meraih kemanisan iman. Jika besar dugaan yang diuji, maka besarlah juga bonus yang kita perolehi, maka kesabaran, ketabahan dan kekuatan sahaja yang membantu agar kita terus ceria dan riang di alam ini bersama Allah SWT.
Bekas pelajar SMK Seri Perak , Parit Buntar,Perak. SIGS Pulau Pinang, UTM, Jalan Semarak , Kuala Lumpur.Guru di SMKTUN, Taman Universiti,Skudai Johor.
Telah berada selama 20 tahun di alam pendidikan, 5 tahun bersama-sama anak-anak istimewa. Mereka ini ibarat wali yang dilahirkan untuk menguji manusia yang ada disekitar. Kesabaran yang tertinggi sahaja mampu tenang dan ceria bersama mereka. Telah ku temui kebahagian ketika bersama mereka. Hadirnya mereka mampu membuahkan rindu yang berpanjangan kepada yang Maha Pencipta. Kebesaran, Kegagahan dan Maha Perkasa ALLAH SWT. Diberikan ujian bersama rahmat dan kasih sayang.
Mohon Maaf, chatbox terpaksa dibuang kerana adanya spam dari pihak ke tiga yang suka menghantar link laman-laman yang tidak berkenaan.
Jika ada pesanan dan pertanyaan, sila tinggalkan di dalam komen.
Lukisan Hatiku
Apabila kita meniti kehidupan dari hari ke sehari, banyak pengalaman yang di lalui. Kita kutipdan kita teguk apa saja yang ditemui bagi meneruskan kehidupan. Sepanjang perjalanan itu adakala jalannya berbukit, beronak, berlembah, dan ada juga hanya perlu sebuahlebuhraya sahaja macam perjalanan dari Johor Bahru Ke Kuala Lumpur.
Itu pun kalau kita rajin memerhati dan mencatat ada juga cerita ketika di perjalanan.Contohnya, nak bayar tol tak cukup duit, atau tayar pancit di tengah-tengah lebuhraya, sedangkan kita ini seorang perempuan ,tak pandai nak menggantikan tayar tadi.
Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Sehati Sejiwa
Ladang Kurma Madinah Al-Munawarah
Buah Cintaku
Masjid Nabawi,Madinah Al-Munawarah
Di sini Kasih dan Sayang kami bersatu
Masjidil Haram Makkah Mukaramah , Haji 1429H
Laman ~ Zaujku
Yang dirindu dan dicinta selepas Allah dan RasulNya
Anugerah kekuatan Jiwa
Alhamdulillah..semua datang dengan pertolongan Allah. Dimudahkan semua urusan hidup ini. Allah Maha Adil, diberikanNYA kita kesibukkan di sini, tapi dilapangkan NYA di sana. Kadang tu kita lah yang terakhir menyuap nasi, kitalah yang terakhir melelapkan mata... Tidur hanya dapat sejam dua...paling lewat ummi bangun adalah jam 4 pagi... paling cepat ummi tidor adalah jam 12 malam... tidur pun sambil berjaga kerana anak menyusu ibu... Sebab itu didiklah anak sebaik mungkin, berilah mereka kasih sayang, supaya hasilnya berbaloi... sejerih kita mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mengasuh dan mendidik mereka... jangan dikesal apa saja yang terjadi...setiap kali memasak makanan...ungkapkan zikrullah... moga apa yang mereka makan mendapat keberkatan dan menerangkan hati mereka...
Wahai anak-anakku jadilah kamu semua anak-anak yang soleh dan solehah...
Seperti mana ayah selalu berpesan jangan kita ke syurga seorang diri, bawalah semua sekali...
0 comments:
Post a Comment