BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 20 January 2010

Di Mata ku Hanya ada Kasih




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam RahmatNya dan kasih sayangNya.

Kadang-kadang kerana kesibukkan , kita sudah tidak ingat lagi pada keperluan diri. Macam ummi sekarang, sibuk memanjang. Kadang tu memang diri perlukan rehat, wajib berehat tetapi kehendak hati mengenepikan hak diri.

Pada 9 Januari, Jumaat ummi pergi KL, tengok cucu, Nuqman Al-Farisi.Dah 3 minggu ummi tak tengok Nuqman, sejak ibu ayah Nuqman balik KL untuk urusan pindah rumah. Kebetulan kuliah ibu Nuqman dah mula juga.

11 Januari,Hari Isnin, ummi pergi ke SBPI Rawang, hantar Omar Abdul Aziz mendaftar. Rupanya panjang taklimat pendaftaran tu. Pendaftaran di adakan di Dewan Al-Aqsa, SBPI Rawang dari jam 9:00 pagi hingga jam 1:00 tengah hari.Omar dapat masuk kelas 1 Jannatul Adnin.Sebaik selesai urusan pendaftaran dan bayaran, terus pergi ke dorm Omar.

Dorm Omar nama Biru 4. Ada 16 orang satu Dorm, bercampur semua tingkatan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Terletak di tingkat satu, tak lah susah untuk ummi naik ke atas. Ummi kemaskan pakaian Omar satu persatu, gantung dan susun. Kemaskan pakaian dan peralatan lainnya. Ajar Omar pasang cadar dan sarung bantal.

Barang-barang yang dibeli di koperasi semua dah dapat, ada sampin, baju batik, T-Shirt, dan lencana. Kebetulan memang Omar ada bawa peralatan jahitan, terus ummi tolong jahitkan lencana di baju putih Omar. Seluar yang Omar pakai agak panjang, ummi sempatkan juga lipat dan jahit kaki seluar tu. Nak potong untuk pendekkan sayang pula, sebab remaja macam Omar ni cepat tinggi.

Setelah selesai semuanya, lihat dah jam 3:00 petang, ummi balik rumah Maksu yang tinggal di Taman Tasik Puteri ambik bibik, Naimah dan Imran. Makan dan solat jamak taqdim. Jam 5:00 petang bergerak balik Johor. Cadang nak singgah ziarah Norhumaira' bersalin pun tak sempat. Ummi tak mahu lewat sampai rumah. Itu pun jam 10:00 malam baru tiba di Skudai. Kemaskan barang-barang yang dibawa, terus berehat kepenatan.

Esoknya, 12 Januari,Selasa, ummi bersiap untuk daftar masuk wad HSAJB, seperti yang di arahkan oleh Pakar Kardiologi. Masih penat, tapi kena pergi juga sebab dah diberikan arahan dan booking masa untuk buat angiogram pada hari Rabu. Masuk wad, bermakna menyerah diri untuk di operasi cucuk jarum ke badan ni. Kali ini, agak sukar untuk buat line dan ambik darah. Berkali-kali kena cucuk dengan jarum suntik untuk ambik darah. 7 kali cubaan oleh 3 orang doktor, baru berjaya. Rasa macam hancur kulit lengan kiri ni menanggung sakit kena cucuk dengan jarum suntikan.

Kulit jadi lebam sana sini. Dah dapat ambik darah, malamnya keluar report, ada lagi mineral yang tidak dapat bacaan. Kena ambik lagi. Jam 12:00, tengah lena tidur, datang doktor perempuan muda, minta izin,nak cucuk ambik darah.Pun sama 7 kali cubaan, baru berjaya. Kali ini dilengan kanan pula yang lebam-lebam.Tak tahulah apa masalah dengan urat-urat darah ummi ni. Sampai jururawat kat wad kelas 1 tu pun, bila tengok ummi yang daftar masuk, dah tahu, kesukaran yang mereka hadapi. Kesukaran untuk mengambil darah ummi.

Esok paginya, melalui ujian darah, di dapati kandungan mineral darah ummi kurang potasium.Kenalah pula ummi minum garam mengandungi potasium. Rasanya, masyaAllah, masam, masin, payau, semua ada. Macam minum asid pulak. Rasa macam tekak tak boleh terima.Namun apakan daya...

Ummi tanya, "di mana saya boleh dapatkan minerla potassium tanpa minum air garam ni?" Jururawat tu jawap "pisang". Oh..pisang, kalau macam tu saya rela makan pisang saja, tak sanggup lagi nak minum air garam potassium lagi...

Esoknya, balik saja ke rumah, ummi mula ambik diet pisang.Cerita ummi di wad HSAJB ada di sini "Berita dari Wad Kardiologi HSAJB" dan di sini "Berita dari wad kardiologi".

Ummi dapat balik rumah pada hari Khamis. Sampai rumah,masih lemah badan ni. tapi sekurangnya, dapat juga ummi bersama zauj dan anak-anak. Dapat juga ummi masak makanan untuk mereka. Pagi Jumaat tu, dapat juga buatkan sarapan dan anak-anak bersalam dengan ummi pergi sekolah. Kalau berehat di wad, ummi tidak dapat tengok anak-anak.

Hari Jumaat tu, pagi, sempatkan pergi Public Bank,teman zauj bayar duit kereta kancil. Banyak juga urusan yang ummi boleh bantu zauj selesaikan melalui telefon.Walaupun ummi tidak bergerak kemana-mana, hanya dengan melalui telefon pun ada urusan zauj yang beres, ummi bantu selesai .

Subuh Sabtu, jam 6:15 pagi, ummi teman zauj ke KL pula. Zauj ada kelas di UTM City Campus jam 2:00 petang. Kelas zauj hingga jam 6:00 petang. Sementara ummi tunggu zauj di mengajar, cahayalurus,Nor_207 dan adeq 3101 datang temankan berbual-bual santai. Banyak perkara yang dibincangkan santai namun ilmiah. Mmenag niat ummi cuba untuk menemui seramai mungkin halaqian untuk bermesra sambil menyampaikan ilmu. Semoga usaha ummi menjalin silaturahim dan mengeratkan ukhuwwah ini dpandang oleh Allah sebagai satu ibadah.Ceritanya di sini "Aktiviti Bertemu Halaqian".

Selesai kelas zauj, jam 6:00 petang, kami pergi ke Ijok, selangor, bermalam di sana. Zauj nak jumpa dan ziarah mak. Lagi pun esok paginya mudah hantar Omar ke asrama SBPI. Ummi ambik Omar pada hari Sabtu, dari JB terus ke Rawang sebelum pergi ke UTM City Campus. Kebetulan , minggu ini, adalah minggu pulang bermalam di rumah untuk pelajar asrama.

Oleh kerana pagi Ahad tu masih awal untuk Omar balik asrama, ummi pergi pergi berziarah ke rumah seorang halaqian halaqah bernama Kanjeng Sunan di Taman Tasik Puteri.Isterinya baru bersalin pada awal Disember.

Lepas ziarah Kanjeng Sunan, ummi ziarah maksu pula. Makan tengah hari, solat dan jam 3:00 petang hantar Omar ke asrama. Terus ummi bertolak balik ke JB. Sampai di Bukit Mahkota, jam 4:00 petang, singgah pula ziarah Norhumaira' yang baru bersalin pada 21 Disember lalu. Kesian anak angkat ummi ni, tak ada sapa yang jaga dia. Nak buat macamana, ummi sendiri pun tidak kecukupan masa dengan urusan kelaurga dan urusan kesihatan diri. Namun melihat saja, anaknya yang comel, bayi lelaki, hilang sekejap penat ummi. Maira, suaminya dan anak-anaknya sihat-sihat belaka.Tak apalah Maira pandai berdikari, terpaksa kerana jauh dari keluarga selepas dia convert. Walaupun dah convert, mak dan kakak,abang dan adiknya tetap datang menziarahinya. Syukur, Maira tidak dibuang oleh keluarganya. Hisyam pula, memang dha tak ada mak,maka memanglah tak dapat bantu menemani Maira yang lepas bersalin. Hisyam (suami Maira) cuma ada kakak sahaja.

Balik dari rumah Maira dah jam 5:00 petang, ummi teruskan perjalanan dan singgah solat jamak takhir di Plaza Tol Skudai. Sampai rumah jam 9:20 malam. Penat dan terus tidur. Tapi zauj lapar, masuk rumah terus zauj masak lauk untuk makan malam. Kesian zauj, dah la memandu seorang diri, sampai rumah masak pula. Nak buat camana, zauj redha, tak pernah zauj mengeluh melihat keadaan isterinya yang sakit selalu.

Itulah kalau ikut hukum alam dan hukum diri ni, ummi memang dah tak kuat dan tak berdaya, namun kasih sayangku pada zauj dan anak-anak, maka dicekalkan hati dikuatkan semangat untuk membantu zauj menguruskan anak-anak pergi balik sekolah. Ummi bantu selagi ummi mampu...




Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

0 comments: