BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 3 March 2010

ADAKAH SAH TAUBAT ORANG YANG MENGULANGI KEJAHATANNYA?

 
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وَلَـكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الايمَـنَ وَزَيَّنَهُ فِى قُلُوبِكُمْ  وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ

Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kalian benci kepada kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan.   [Al-Hujraat, (49) : 7 ]





Dah lama tak menulis berkaitan kisah hidup harian untuk dijadikan iktibar dan peringatan kepada pembaca. Duduk di rumah ada kala rasa amat seronok, ada masa seperti kelesuan. Tetapi bila di lakukan muhasabah, kelesuan itu datang apabila keadaan diri kurang sihat, fikiran tidak aktif dan minda tidak teransang.

Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila migrain datang melanda. Sudah 4 hari migrain menguasai kepala ini, menyebabkan fikiran tidak aktif dan mood menulis tidak datang. Setia pagi,apabila bangun sahaja tidor, kepala mula berdenyut, maka tahulah pasti hari ini berlalu dengan suram sahaja. Semalam, kerana   ingin mengetahui punca keadaan begini, ajak zauj pergi ke Klinik Norilla, doktor peribadi dah jadi sahabat baik.

Dah lebih 15 tahun kenal dengan Dr.Norilla ni. Segala macam penyakit yang ummi hidapi dia tahu. Dialah orang pertama yang ummi rujuk jika sakit sebelum Dr menulis surat rujukan ke Hospital Tun Aminah. Banyak kisah suka duka yang turut beliau ketahui dan kongsi bersama. Kalau lama ummi tidak berjumpa, pasti beliau akan bertanya pada zauj, "muna apa khabar?"

Seluruh keluarga, anak beranak selalu berjumpa dengan Dr Norilla ni. Sebab itu beliau jadi rapat dan mesra. Semalam tu, bila diperiksa tekanan darah berada di paras "border line". Dr minta ummi berehat, jangan stress, nanti tekanan darah meningkat. Ntah apa yang menyebabkan ummi stress pun ummi tak tahu. Menghormati nasihat Dr dan untuk kesihatan diri, dah berapa malam ummi sign off dan shut down laptop awal malam. Naik katil awal juga, agar dapat melelapkan mata segera.

Malam tadi belum jam 9:00 dah naik katil berbaring sambil membawa kitab pemberian Nilabiru, 'Duratun Nasihin' untuk dibaca sambil berbaring. Malangnya belum pun kitab tu dibuka, mata dah terlelap terlebih dahulu. Memang mudah benar ummi terlena macam orang kerja berat dan keletihan.

Yang sebenarnya , mungkin ummi masih dibawah pengaruh ubat-ubatan yang ummi makan sejak pembedahan tempohari. Agaknya kesan ubat tu juga yang menyebabkan sekarang ni ummi rasa loya dan pening tidak selesa. Pelik pulak, dah makan ubat tapi asyik migrain sahaja. Atau pun ummi dah lali dengan ubat ni. Ubat tu dah jadi imune dengan tubuh ummi,maka dah tidak kesan lagi untuk mengurangkan rasa sakit? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Apabila keadaan diri yang tidak selesa untuk mengadap lama laptop ini, pagi tadi cepat ummi bawa merehatkan diri di katil. Dah baring,apa lagi lenalah...

Dalam lena di siang hari tu, sempat lagi ummi bermimpi, mimpi hidup bersama madu. Baik pulak tu, boleh bincang dan duduk bersama-sama bergurau senda. Hmm...memang sebelum ummi shut down laptop pagi tadi tu, ummi ada menulis  memberikan respon topik Antara Isteri Pertama dan Isteri kedua, tentang keharmonian dan kebahagiaan hidup berpoligami. Itulah agaknya hingga terbawa-bawa ke alam mimpi.

Ingin ummi  hadiahkan  kepada pembaca berkaitan dengan taubat. Nasihat dan panduan yang ditulis oleh Pak Arab di forum Halaqahnet. 


"ADAKAH SAH TAUBAT ORANG YANG MENGULANGI KEJAHATANNYA?"

Ramai yang keliru persoalan ini. Sebahagian dari kita yang sudah selesa beramal dan jarang melakukan dosa menganggap orang yang sudah bertaubat kemudian ulangi dosa sebagai tidak sah.


Kita wajib menyedari bahawa manusia dijadikan Allah Ta'ala dengan berbagai keadaan nafsu syahwatnya. Khusus kita sentuh di sini syahwat farj atau nafsu pada wanita yang menjadi salah satu ujian besar bagi mereka2 yang beramal. Oleh kerana tingkatan kekuatan nafsu itu berbeza2 dari seorang kepada seorang yang lain, maka kekuatan untuk mengawalnya juga berbeza2. Ada yang boleh mengawal keadaan dirinya dalam berbagai keadaan. Yang lain2 mudah terangsang dan terjerumus dengan sentuhan hati yang sedikit.

Apabila seseorang terjatuh pada dosa, maka wajib bertaubat segera menurut syarat2 yang telah disebutkan sebelum ini. Jika seseorang itu benar didalam taubatnya dengan air mata penyesalan, nescaya Allah Ta'ala menerima taubatnya. Tanda2 seseorang itu diterima taubatnya adalah :


TANDA2 TAUBAT DITERIMA

1. Hatinya akan merasai ketenangan dan kelapangan yang tidak dirasai sebelumnya. Kerana seseorang yang bertaubat dengan taubat Nasuha, adalah seperti seorang yang tidak berdosa. Hatinya telah disucikan oleh Allah Ta’ala. Maka yang tinggal dalam hatinya adalah cahaya keimanannya.

2. Hatinya cenderung dan kuat keinginannnya untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Ta’ala serta berbuat amalan kebajikan yang lain kepada manusia seperti bersedekah dll.

3. Anggota tubuh zahir dan batinnya di abdikan untuk mengikut petunjuk Allah.

4. Hatinya sangat membenci ma’siat serta perbuatan kufur kepada Allah Ta’ala.

5. Hidupnya penuh kedamaian. Walaupun rezekinya sedikit tetapi memadai serta mencukupi bagi kehidupannya. (Rumusan kitab Al-Ghunyah Li Talibil-Toriqil Haqq, Ihya Ulumuddin, Syarah Imam Nawawi)


Tetapi perlu diingat tidak ada sesiapa boleh menda'wa dan jamin dia tidak akan membuat kesalahan atau dosa lagi, walaupun dia telah disucikan oleh Allah Ta'ala. Sebagaimana juga tidak siapa di sini yang boleh memberi jaminan bahwa dia akan kekal dalam Iman sehingga akhir hayat dia.

Tetapi ini bukan bermakna kita melakukan dosa dengan sengaja atau sewenang2nya. Kita sepatutnya sentiasa waspada dan mohon pada Allah menjauhkan kita daripada segala dosa dan maksiat zahir dan batin. Dan mohon sungguh2 agar kita di matikan didalam Iman dan Islam.


Wallahu A'lam


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: