Sabtu, 1 May 2010, rumah dimeriahi dengan anak cucu. Nu'man yang baru berusia 5 bulan dibawa balik ke rumah oleh ayah ibunya. Mereka bergerak dari KL jam 2:30 petang dan tiba di rumah jam 7:30 malam. Lama sungguh tak tengok Nu'man. Makin tembam dan cubby. Walaupun Nu'man hanya menyusu susu ibu.
Tengok gambar Nu'man boleh menyebabkan tak lena tidor malam kerana kerinduaan. Ummi memang simpan gambar Nu'man dalam laptop ini. Download dari album ayahnya di FB. Zauj berada di pejabat pun kadang penat dan stress bekerja dan satu cara jika nak legakan stress mula cari gambar Nu'man.
Sebab itu zauj pun terpaksa buka akaun FB semata-mata nak simpan album gambar-gambar Nu'man dan Naimah. Mudah nak lihat gambar-gambar terbaru Nu'man yang ayah ibunya upload di album FB. Agaknya jika bukan kerana nak lihat muka cucu, zauj tak buka akaun FB. Zauj mana suka laman-laman sosial macam tu.
Forum Halaqahnet pun asalnya zauj tidak suka, terutama bila tengok ummi ni asyik duduk mengadap laptop sahaja. Namun zauj akur apabila melihat ummi tidak mampu melakukan tugas -tugas lain. Dengan pergerakkan yang terbatas, apa yang mampu ummi buat? Tak kan asyik baring dan lena sahaja mengemokkan badan. Lepas solat, mengaji, baca buku, apa lagi ummi nak buat.
Lama-kelamaan zauj tertarik juga, bila ummi boleh berbincang banyak isu-isu semasa dan isu-isu hukum kotemparari. Sedangkan ummi bukan ada keluar kemana-mana. Jadi zauj nampaklah kebaikkan nya ummi dok online halaqahnet dan surfing internet. Sekurangnya Allah gantikan keupayaan untuk ummi berdakwah secara life dengan alam maya.
Hidup ummi terisi dengan dakwah alam maya. Melayari internet dan membaca ilmu-ilmu yang terpapar di dalamnya. Untuk kesahihan ilmu -ilmu berkaitan ummi akan merujuk kitab atau buku-buku yang berlambak kat rumah. Tapi lambat kalau nak merujuk buku ini. jadi buku ini hanya dirujuk apabila untuk menshahihkan sesuatu perkara. Selain tu tanya zauj atau ustaz-ustaz yang arif dalam bidang ilmu masing-masing.
Ditambah dengan minat menulis. Selama 20 tahun, minat ini hanya tersimpan dan terpendam di sanubari. Kekangan masa, komitment yang tinggi terhadap kerjaya menjadi penghalang untuk ummi menulis dan meluahkan apa yang tersirat diminda.
Ketika itu, ummi hanya memenuhi masa luang dengan membaca. Ummi sangat suka membaca. Setiap hari mesti meluang masa kualiti dengan membaca. Hanya menulis sahaja ummi tak punya masa.
Dan inilah kelebihan yang Allah kurniakan pada ummi, apabila pergerakkan ummi terbatas, ummi mempunyai banyak masa untuk menulis selain dari membaca. Syukur kepada Allah yang memiliki keluasan RahmatNYA.
Setiap apa yang terjadi memiliki kelebihan hikmahnya, setelah berlaku barulah hikmah itu diperlihatkan oleh Allah. Sekarang zauj juga aktif menulis di laman blognya dan berkongsi ilmu di halaqahnet. Sebelum ini zauj hanya suka menulis buku, modul dan kertas kerja untuk pembentangan di Seminar atau Bengkel.
Hari ni Nu'man dah balik KL. Naimah pun ikut ibu ayah balik KL. Sunyilah nampaknya rumah ni...makin tekunlah opahnya ini menghadap laptop...
Naimah dan Nu'man
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
2 comments:
comelnya cucu ummi.. pandainya naimah dan nu'man beraksi depan kamera..
Macam tu lah mereka...
penghibur duka hati ayah bonda...
Post a Comment