Butiran embun
Seawal 2:53 am mak tersedar dari tidur dan bersegera menjenguk lappy yang sleep kerana tidak aktif. Mak lihat FB, mak lihat forum halaqahnet, mana tahu ada nama anak mak dalam senarai user online. Semunya tak ada.
Mak menunggu embun menitis di tangan mak dinihari, tapi tak ada. Embun yang jadi penawar rindu di hati mak. Rupanya hari ini hujan lebat, tak sempat embun terbit dan menitis dihujung daun...
Wahai anak mak, janganlah dilukakan tangan mu itu, telah banyak parut-parutnya terjadi. Jangan siksa badan anak mak, cukuplah ia berparut dihati. Parut di hati tiada siapa yang nampak, tapi parut ditangan itu kelihatan sampai bila-bila.
Mak faham, tujuan anak mak melukakan kulit, setiap kali teringatkan 'bidadari' maka anak mak akan lukakan tangan sebagai peringatan bahwa cinta tu sakit. Dan usaha untuk anak mak melupakan 'bidadari'. Walaupun sakit ditangan tu tak sama sakit di hati.
Berhentilah anak mak melukakan tangan tu, kerana sakitnya di rasai di 3 tempat. Walaupun mak jauh, tapi mak rasa kesakitan tu, hati mak sakit, tangan anak mak sakit dan hati anak mak lagilah sakit.
Inilah yang dikatakan perjalanan takdir yang anak mak kata kita perlu percaya pada qada dan qadar Allah SWT. Kata-kata akhir anak mak semalam...
(21/5/2010 8:10:11 AM): "8:30 nak shutdown"
(21/5/2010 8:30:05 AM): "doakan sy"
(21/5/2010 8:31:57 AM): "masa dah sampai"
(21/5/2010 8:32:03 AM): "sy nak berubah"
(21/5/2010 8:32:27 AM): "sy berserah segalanya pd Dia"
(21/5/2010 8:32:34 AM): "baik atau buruk sy terima"
(21/5/2010 8:32:55 AM): "assalamualaikum"
(21/5/2010 8:33:09 AM): "n"
(21/5/2010 8:33:14 AM): "asm"
Detik perpisahan ini amat memilukan, dipenuhi dengan air mata dan sedu yang panjang. Tak tahu bilakan akan dipertemukan oleh Allah lagi. Anak mak pergi berjalan menuju Allah dengan berserah kepada takdir NYA. Hanya doa yang mak titipkan bersama-sama anak mak. Dipenjuru dunia mana pun anak mak berada, ingatlah selagi hayat masih ada, hubungi mak, anakku...
Selagi nyawa mak masih ada, selagi roh bersama jasad, mak tidak akan lupa mendoakan anak mak ini. Semoga kita dapat bersama-sama di dalam Rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan berlindung di bawah panji syafaat Nabi Muhammad SAW. Anak mak pernah janji nak duduk bersama mak di akhirat nanti tidak kira di mana mak berada. Maka anak mak berusahalah agar perjalanan kita menuju Allah di bawah redhaNYA.
3 comments:
22 May 10, 11:24
sayalah: Memang mudah seseorang bagi nasihat, tapi setiap nasihat ada kenaikan yang perlu kita renung
22 May 10, 11:23
sayalah: Bukan pertikaikan keimanan tapi akibat setiap suatu bermula dari hati.
22 May 10, 11:21
sayalah: Kalau niat ikhlas masuk Islam kerana Allah, segalanya akan dipermudahkan
22 May 10, 11:19
sayalah: Tapi rasanya tak patut salahkan orang lain kerana tak dapat kahwin
22 May 10, 11:19
sayalah: Minta maaf banyak2...tak pandai nak koemn banyak
22 May 10, 11:18
sayalah: untuk apa kita menganut Islam? Jika benar kerana Allah....rasanya segala ujian mampun dihadapi
22 May 10, 11:17
sayalah: sedih juga kisah ini....tapi ada perkara kena renung
padam semua yg berkaitan...kalo tidak
Semua orang boleh berkata-kata...bisa berkata-kata dan bijak berkata-kata.
Apakah hidayah itu boleh simpan dalam dompet?
Siapa yang tahu ikhlas atau tidak seseorang menganut Islam? Semua itu anugerah Allah.
Jika semudah berkata-kata, semua urusan dipermudakan urusan oleh Allah, maka tidaklah dikatakan ujian atau dugaan.
Siapa yang menilai ketulsan hati? Jika hati bersih, kehendak Allah untuk meningkatkan iman, maka siapakah kita untuk bertanya.
Sekarang ini,jika tulus, berikan jalan dan bantuan...
Bantu untuk meringankan beban,meringankan kesakitan dan kedukaan.
Jangan membaca,rasa simpati,tetapi tidak ada usaha untuk membantu.
Muhasabah diri? Zikirullah. Dua perkara inilah yang menyebabkan kami masih kuat dan sentiasa taat pada Allah dan RasulNya.
Kami masih kuat,tabah dan sabar didalam berjalan menuju Allah.
Post a Comment