بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hati ku menangis siapa yang tahu. Tak berdaya untuk menanggung beban yang begini berat. Sedaya upaya untuk redha dengan apa yang telah Allah tetapkan namun air mata ini tetap tumpah jua.
Semalaman menangis hingga bengkak mata. Menangisi takdir yang ditetapkan oleh Allah. Entah kenapa terdetik hati ini petang semalam, untuk bertanya kepada Pak Din, "kita telah ikut jalannya, petunjuk pun dari NYA, rancang kita ikut petunjuk itu,tapi takdirNYA lain? "
Sepatah saja jawapan Pak Din " menunjukkan sifat kesempurnaan Allah". Alhamdullilah, sebaik mendapat jawapan Pak Din ini, walaupun belum ada huraian ,namun sudah seperti jadi penawar hati. Tidak tahu kenapa soalan itu yang ditanya kepada Pak Din. Namun itulah petunjuk dari Allah.
Sedetik lepas itu,sebuah email diterima dan terus dibuka. MasyaAllah, Subhanallah, Maha Suci Engkau Ya Allah, memang benar Engkau yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku. Penawar yang Engkau kirimkan dahulu sebelum hati ini rasa kehampaan.
Jika penawar itu kemudian tibanya,pasti tidak mampu untuk ummi berdiri walaupun dengan dua kaki dan dibantu tongkat. Segala urat sendi ummi lemah tidak bermaya. Hati sebak dan menangis. Ummi amat merasai kehampaannya. Sepatutnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jadi ummi dapat rasakan betapa perit dan berat untuk insan itu menerimanya perkhabaran ini.
Meskipun ummi redha dan ummi seperti bersedia untuk menerima sebarang, hakikatnya ummi tetap seorang manusia yang lemah dan tidak berdaya. Ibu tetap ibu, yang nalurinya amat halus. Maafkan mak , anak ku...begini takdir yang telah Allah suratkan buat mu sekali lagi. Anakku bangunlah, jangan biarkan mak juga rebah...
Allah masih menghendaki imanmu diuji, kuatlah anakku, tabah dan bersabar...
Janji Allah Benar, belum tiba masanya untuk engkau mengecapi bahagia di dunia yang akan dibawa ke akhirat. Allah itu Maha Adil dan Maha Sempurna, masih tersembunyi lagi pelbagai rahsia...
Ingatlah anakku, engkau masih mempunyai kasih sayang mak walau semua orang menolakmu...
Engkau masih mempunyai Allah dan RasulNYA untuk dicintai walau semua orang membuangmu.
Hati mak menangis lagi bila engkau berkata;
"supaya tiada lg sy melihat namanya,
sy biasa hidup tanpa org yg sy suka,
sy tak boleh buang apa yg sy suka,
sy lbh gembira di buang,
supaya melatih sy jgn bergantung pd rasa suka pd orang..."
Anakku bersabarlah...
Taatlah kepada Allah dan Rasul NYA.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
2 comments:
takpelah mak...
Semoga Allah memberikan kesabaran, ketabahan, dan kekuatan kepada anak mak. Iman tu mahal harganya, maka peliharalah sebaik-baiknya...
Seribu orang menolak kasih anak mak, kasih sayang mak tetap utuh dihati.
Post a Comment