BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 2 May 2010

BERKORBAN MENCARI KEREDHAAN ALLAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Dia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan. (1) Dia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Dia berfirman kepada Rasul-rasul): Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertakwalah kamu kepadaKu. (2)







“Berkorban apa saja...
harta ataupun nyawa...
itulah kasih mesra...
sejati dan mulia...".

Itu adalah antara bait-bait lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang dirakam semula oleh Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani, cukup ringkas tetapi padat dengan seribu makna.

Setiap insan mendambakan kesenangan, kemewahan, kebahagian dan sebagainya. Demi mengejar itu semua kita tidak dapat lari daripada melakukan pengorbanan sama ada dalam bentuk fizikal, material, emosi mahupun yang melibatkan spiritual. Oleh itu menjadi kewajipan semua pihak agar pengorbanan yang dibuat mengikut lunas-lunas yang diredhaiNya supaya apa yang dilakukan itu menguntungkan kita semasa hidup ataupun setelah meninggal dunia.


Semua 'tuntutan' hidup memerlukan 'pengorbanan' yang bukan sedikit. Andai lemah Iman, maka akan mudah menjerumuskan diri ke dalam kemaksiatan dan akhirnya akan ditempatkan di neraka jahanam!Apa yang paling menyedihkan,terdapat segelintir mereka yang menjalankan kegiatan keagamaan terlibat secara langsung dengan gejala salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya.

Mereka ini adalah golongan yang paling berbahaya jika dibandingkan dengan golongan yang secara terang-terangan melakukan maksiat akibat kejahilan dalam agama. Mereka mengambil kesempatan atas nama agama untuk memenuhi tuntutan nafsu sarakah dan kehendak duniawi.

Jika direnungkan kembali, apakah bentuk pengorbanan yang telah kita lakukan demi menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini?

Antara contoh pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang terdahulu seperti Nabi Ibrahim (a.s) dan anaknya Nabi Ismail (a.s), sepatutnya menjadi contoh dan Iktibar kepada kita umat Islam. Perlu diterapkan dalam setiap hati Muslim untuk memahami Konsep Pengorbanan yang sebenar agar diri kita sentiasa bersedia menghadapi ancaman musuh- musuh Islam dan ancaman-ancaman lain yang lebih hebat di akhir zaman ini.

Memartabatkan Islam adalah tanggungjawab yang tidak terletak kepada golongan tertentu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama berusaha untuk kejayaan Islam sebagai agama suci yang sentiasa menghadapi cabaran akibat salah faham umatnya.

Semoga pengorbanan kita di terima Allah dan kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang berjaya.

Namun ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang sering dilalui dan kita temui di dalam perjalanan hidup ini. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur.

Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…Lalu ummi tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikkan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah untuk kehidupan kita yang barakah ini…




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



0 comments: