Berat ujian untuk anak mak hadapi. Mak hanya memandang, anak mak yang memikulnya. Hati mak mana tidak menangis melihat beratnya ujian yang anak mak hadapi.
Siapa dan dimana muslimah ikhlas untuk diperisterikan? Buat teman berjalan menuju kepada Allah Taala. Perjalanan yang panjang penuh ranjau dan duri. Apa yang mak mampu, hanyalah doa. Mak akan terus berdoa...
Cepat atau lambat doa itu disampaikan adalah urusan Allah.Sebagai makhluk, mak cuma boleh berdoa. Untuk berusaha dan berikhtiar, mak tak tahu jalan mana lagi untuk ditempuh. Anakku, redhalah dengan qada dan qadar Allah.
Mak yakin dengan janji-janji Allah. Tabahlah anakku,sabarlah anakku...
Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah,ayat 186 bermaksud :
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Mak amat takut dengan clip video yang anak mak paparkan kat wall FB anak mak tu. "A convert's regret" by Malaysia Kini.Com. Kisah seorang mualaf bernama Faizal Wong yang menyesal memeluk Islam kerana perlu menempuh hidup sunyi dan sendirian dipulau keluarga dan saudara.
"A convert's regret"
www.youtube.com
Ten years ago, Faizal Wong Abdullah became a Muslim. He ways because of the influence of his friends, but at the expense of his family who effectively disowned him. Now he wants out. He wants to revert and filed an application to do so in March... ...
Mak takut sangat...
Janganlah kerana besarnya badai dan gelombang yang perlu anak mak hadapi, anak mak tergadai iman yang secebis cuma. Jangan anak mak. Kerana Allah sayang, anak mak diberikan berbagai ujian dugaan. Hidup sendiri , sunyi, sepi tanpa saudara kandung dan muslimah yang bergelar isteri. Anak mak masih ada mak...
Janganlah anak mak menyesal memilih jalan ini. Allah pelihara anak mak dari kecil lagi. Dari usia yang muda, anak mak dipilih Allah untuk menempuh berbagai dugaan dan cubaan hidup. Semuanya anak mak telah lalui, dan mampu hadapi dengan tabah dan sabar. Jadi bukanlah, hanya bila bertemu mak, anak mak diberikan ujian ini.
"jgn ym sy lg"
" sy akan buat apa saja"
"sy nak hidup mcm sebelum kenal mak"
" mak yg bawak mcm2 ujian utk saya"
" mak dah bunuh jiwa saya"
" mak beri harapan"
"mak kecewakan saya"
"sy tak layak jd anak mak"
Anak mak dah ceritakan semua perjalanan hidup anak mak dari kecik hingga kini. Banyak yang pilu,sendu, sayu dan duka. Banyak yang pahit dari ceria sehingga anak mak dipilih Allah untuk menerima hidayahNYA. Alhamdullilah, jika ketika sebelum itu anak mak mampu menempuhnya sendirian, jadi apalah bezanya kini dengan dugaan yang datang. Tambahan kini anak mak tahu, bahawa sesiapa yang sering diduga itu,tanda Allah sayang. Jadi TIDAK BENAR anak mak kata, bila jumpa mak, baru anak mak sering mendapat ujian.
Dan ingatlah Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah , ayat 286 bermaksud:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
Walaupun mak ini tidak mampu untuk bertindak lebih dari berdoa dan bertawakkal. Mak pun tidak tahu bagaimana usaha dan ikhtiar lagi untuk mencari calon isteri untuk anak mak. Mak mengharap anugerah Allah mengurniakan anak mak isteri solehah yang qanaah, hidup seadanya. Mengharapkan hadir seorang isteri yang mendambakan syurga bersama anak mak.
Benar, ramai yang mimpikan keindahan dunia. Dunia ini penuh dengan tipu daya. Di mana mak nak cari muslimah yang cintakan akhirat kerana kebanyakkan hanya bijak berbicara dan berkata seindah purnama. Maafkan mak...
Maha Suci Allah, aku mengharap belas kasih MU, ampun kan aku...aku mengharap limpah kurnia MU, sampaikan lah hajatku, perkenankan lah doaku....
Mak pun tak tahu,bila air mata mak ini akan berhenti mengalir melihat anak mak yang sentiasa sayu,pilu dan berduka begini. Patutlah mak sentiasa tersedu samada dalam tidur atau jaga, kerana rupanya hati mak menangis setiap masa tanpa mak sedar.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
2 comments:
Salam ummi...
Sedihnya...
Walau tak kenal siapa orangnya, tapi kesayuan dan kesedihan ummi@mak tetap dirasai dalam setiap bait-bait kata yang dinukilkan dalam entry tersebut.
Sabar lah... pasti ada seseorang yang telah ditetapkan menjadi jodoh pada "anak mak" tu.
Kepada "anak mak", pandanglah apa yang kamu ada lebih dari apa yang kamu inginkan (tapi belum dapat). Itu tandanya kamu bersyukur pada Allah yang telah menghadiahkan semuanya itu kepada kamu.
Saya juga ada sesuatu yang saya inginkan sangat-sangat, tapi tak dapat lagi, kerana hadiah-hadiah yang lain yang Allah berikan pada saya belum saya syukuri dengan istiqamah.
Jadi, bersabar dan redha lah. Hilangkan kesedihan itu dan munculkan pelangi dan matahari yang bersinar terang dalam hati kamu. Pujuklah hati dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
Bergantunglah sepenuhnya pada Allah. Insyallah akan ada nanti yang sudi menerima kamu seadanya.
Wassalam...
Izzatul Iman, hanya yang mengalami merasai dan memahami. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Allah sudah takdirkan hati anak dengan hati mak duduk bersama, walaupun anak mak itu bukan mak kandungkan. Tapi dia hampir dihati mak,maka mak merasai apa yang anak mak rasa.
Izzatul Iman, hargai dan jaga apa yang telah Allah kurniakan pada Izzatul Iman. Apa yang Iman lalui suatu ketika dulu, sehingga kini dikurniakan teman hidup, begitu juga mak dengan anak ini. Mak akan usaha, mencari teman hidup untuk menuju kepada Allah buat anak mak ini. yang payahnya mencari yang benar-benar ikhlas menerima anak mak seadanya....
Post a Comment