بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Maha suci Engkau Ya Allah, aku ini lemah dan tidak berdaya, tidak berdaya menahan air mata dari berhenti mengalir membasahi pipi tidak kira ketika bertemu dengan MU di dalam solat atau diluar solat kerana hanya Engkau tempat ku merayu dan mengadu. Terlalu lemah diri ini , Ya Allah.
Berilah aku kekuatan, kerana kasih sayang ini adalah anugerah MU juga buat diriku yang lemah. Tidak berhak untuk aku bertanya kenapa rasa ini yang KAU curahkan di hatiku yang lemah. Sesungguhnya ENGKAU yang Maha Mengetahui kenapa kasih sayang itu diletakkan di hatiku, menjadikan aku sendiri rasa resah dan gundah. Semoga apa yang aku rasa, turut dirasakan oleh insan yang dikurniakan rasa itu. Aku ingin menjadikan airmataku sebagai airmata kerinduan dan airmata taubat yang bisa memadamkan api neraka. Aku pohon, kesabaran ku dalam bersedih menjadi ibadah buat ku dan airmata ini menjadi saksi bahawa aku menangis adalah kerana kasih saudara seagama kerana MU Ya Allah. Jika bukan kerana aqeedah dan imannya, tidak akan aku buang masa sia-sia merayu dan mengadu kepada MU Ya Allah.
Berikan aku kekuatan Ya Allah...
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.”
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
5 comments:
Kekuatan? Adakah ibarat lampu yang memerlukan sumbu? Carilah sumbu, walaupun ia adalah dari jerami -jerami yang kasar...
Sumbu dari jerami-jerami yang kasar itu sudah memadai agar cahaya dari sumbu itu dapat menerangi jalan dan menjadi cahaya penyuluh hidup yang sepi dan sunyi...
teruskan berdakwah selagi mampu
Assalamualaikum..kak..
Boleh kah kita berdoa utk org lain..semoga dia diberi kekuatan dan kemudahan dlm setiap urusannya...semoga dibukakan setiap pintu rezeki buat sahabat saya itu.. adakah afdal...
wsalam...
Boleh sahaja berdoa untuk orang lain dengan penuh tulus tanpa di mengetahui. Berdoalah setiap masa, mengharap dengan penuh kerendahan hati...
Post a Comment