BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 8 April 2010

Merubah kesedihan menjadi Ibadah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


“Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi derajatnya,jika kamu orang yang beriman.”.

“Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)


Apakah kesedihan dan bagaimana ia boleh mempengaruhi diri kita?

Sedih merupakan suatu perasaan semulajadi tetapi ia terkadang masih menjadi rahsia bagi sebahagian orang. Sesetengah orang boleh berkongsi perasaan ini dengan orang lain, tetapi tidak kurang juga ada setengah orang menganggap ia terlalu peribadi.

Jesteru, takala kesedihan melanda, mereka akan cuba merahsiakannya daripada orang lain. Inilah yang menjadi penyebab kenapa para doktor jiwa dan para psikiatri mengalami kesukaran dalam menghadapi kesedihan ini.

Sebahagian orang boleh memperlihatkan kesedihan ini kepada orang lain. Manakala sebahagian yang lain menyembunyikan dan menguburkan dalam dirinya sendiri hingga tidak ada seorang pun tahu. Oleh itu, kesedihan ditangani oleh setiap individu adalah berbeza ekspresinya.

Sebahagian individu berusaha menebak kesedihan orang lain atau diri sendiri dan punca kesedihan yang menimpa dirinya. Apa yang hilang dari kehidupannya? Kenapa dirinya ditinggalkan pergi oleh sesuatu yang didambakanya? Dan ada setengah orang tidak mahu mengetahui apa punca kesedihan yang melanda dirinya.

Sedih kerana ditinggalkan oleh orang yang disayangi merupakan hal yang wajar dan bahkan bukan sesuatu yang aneh untuk berlaku di dalam kehidupan seseorang. Kebanyakkan orang tidak perlu bantuan psikiatris untuk menghilangkan rasa sedihnya. Mereka mampu menghilangkannya sendiri dengan cara yang lebih baik.

Jangka masa untuk menyingkirkan kesedihan dari dalam diri juga berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Ada yang mampu membuang segala kesedihan daripada terus menyelimuti perasaan dalam jangka masa yang singkat.

Ada pula yang terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuang segala perasaan sedih takala ia melanda. Jangka masa ini berkait rapat dengan punca dan sebab kesedihan melanda. Jesteru, kesedihan adalah sangat subjektif dan mempunyai 'kedudukan' yang berbeza dalam diri setiap individu.

Merubah kesedihan menjadi Ibadah

Apa yang mampu membuat kita bersabar? Kenapa harus sedih seperti ini? Kesedihan telah datang dan ia merupakan ketetapan. Kita tidak mampu menolak kecuali Allah SWT yang menjauhkannya daripada kita.

Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Begitu juga dengan kesedihan, Allah tidak akan menimpakannya pada seseorang kecuali seseorang itu mampu untuk menghadapinya.

Jadikanlah musibah/kesedihan ini sebagai wadah untuk mendapat manafaat yang banyak. Dengan demikian, mudah - mudahan kesedihan kita boleh bernilai ibadah, maka bersabarlah atas musibah yang melanda.

Kesabaran merupakan rantaian yang tersusun daripada ibadah lain, seperti tawakkal, redha dengan keputusan Allah SWT dan bersyukur kepada-NYA.

Maka Allah SWT menggantikan kesedihan kita dengan kebahagiaan di dunia sebelum kebahagiaan di akhirat. Ini kerana sesiapa yang memenuhi hatinya dengan redha terhadap keputusan dan ketetapan-NYA, maka dia tidak akan pernah mengeluh atas setiap musibah yang menimpanya. Demi Allah, hal ini merupakan sebahagian daripada kebahagiaan.

Tidakkah kita memerhatikan wajah orang yang beriman? Bukankah wajah mereka selalu tersenyum bahagia meskipun sedang dilanda bencana dan kesakitan!

Jadilah orang yang bijak, sebab kehidupan dunia tidak selamanya mulus. Selesai satu musibah, maka akan datang musibah lain pula dengan tujuan Allah meningkatkan keimanan kepada NYA. Menaikkan darjat iman sekiranya kita redha, tabah dan sabar menerima ketentuan ini.

Entri yag ditulis khas buat penawar diriku sendiri...

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: