BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 5 April 2010

Bila musibah selalu datang...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semoga kita semua didalam Rahmat Allah dan kasih sayangNya.


Seandai ada di antara kita,merasa tiada tempat mengadu cerita,kesenangan dan kepahitan,jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami.Marilah kita sama-sama merenungkan ayat ini...



"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(2:186)


Petikan ayat di atas adalah satu antara beberapa ayat di dalam Al Quran yang meyarankan agar kita berdoa kepada ALLAH. Sesungguhnya doa merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Bersyukurlah kepdaNYA apabila hajat kita disampaikan. Teruskanlah berdoa kepadaNYA dengan penuh pengharapan...dan mengharapkan petunjuk.

Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA


Selaku mukmin, kita perlu benar-benar sedar bahawa apa sangatlah yang mampu dilakukan oleh manusia. Sungguhpun seorang teman, atau jiran atau kawan tetapi mereka tetap juga manusia seperti diri kita. Mereka tetap selemah kita. Maka sebaiknya jika kita dilanda masalah, jiwa rasa resah dan gelisah, mengadulah kepada Allah. Lebih baik mengadu kepada Allah daripada sesama manusia kerana Allah lebih memahami setiap detik dan lintasan niat dalam hati kita.

Walaupun ada teori psikologi yang menyatakan bahawa jika kita tidak diluahkan kegelisahan kita pada sesiapa, ia boleh menimbulkan pelbagai penyakit dalam diri, tetapi ini tidak akan terjadi jika tempat luahan hati kita itu terus kepada Allah.

Berdoa, bersujud, dalam solat hajat melalui munajat dan usaha taqqarub yang bersungguh-sungguh adakah merupakan luahan juga. Ini lebih terpuji kerana kita merujuk terus kepada Allah yang memiliki segala-galanya.

Sepanjang berada di dalam keadaan ini, keresahan yang bertahan atas dasar kesabaran sudah dikira nilai ibadah. Ia adalah proses menimba dan mengumpul pahala sebenarnya. InsyaAllah orang akan menjadi semakin tabah.

Hidup akan sentiasa didatangi dan didekati oleh Malaikat Rahmat. Ini kerana dia sedar dan sentiasa bergantung kepada pertolongan daripada Allah yang bersifat ghaib. Di peringkat ini, dia sudah termasuk orang-orang yang sedang atau sudah bertawakkal kepada Allah.

Apabila kita menyakini bahawa Allah sedang membantu lalu dia bersyukur kepadaNYA, maka sekali lagi dia berada dalam ibadah.

Bagi setengah-setengah orang samada orang muda atau orang dewasa, yang merungut bahawa mereka sudah sembahyang tetapi kenapa masih ditimpa dengan bermacam-macam musibah sedangkan orang yang selalu derhaka, tidak solat, selalu melanggar larangan Allah masih kelihatan selesa dan dilimpahi dengan pelbagai jenis nikmat.

Maka apa jawapn yang terbaik untuk menjelaskan hal ini? Sesungguhnya, Allah menguji dan mendatangkan ujian-ujian kepada manusia bukan kerana Allah membenci. Bahkan itu tandanya orang itu sedang dirahmati kerana diberikan perhatian.

Sekurang-kurangnya orang itu ada peluang untuk bersabar. Sabar itu dikatakan ibadah. Bagi orang yang selalu tidak redha dan marah-marah, dia perlu semak samada dia solat dengan kyusuk atau main-main? Betulkan dia benar-benar bertuhankan Allah dan mengabdikan diri kepada NYA sepenuhnya dalam segenap ketika dan sepanjang masa?

Pendek kata, ini sangat bergantung kepada ilmu dan kefahaman. Ilmu tidak datang tanpa usaha. Usaha juga akan jadi sia-sia jika tiada keikhlasan. Tanpa keikhlasan biasanya rahmat dan pertolongan tidak turun. Maka , orang itu akan keliru sebelum, ketika atau sesudah dilanda musibah.

Kesusahannya bukan memimpinnya untuk beribdat. Orang seperti ini akan rugi. Rugilah dia serugi-ruginya baik ketika berada di dalam masalah atau ketika tiada masalah. Di dunia , dia rugi walaupun dimata awam dia mungkin dikira untung. Di akhirat pula, dia akan rugi pula, dia akan rugi sekali lagi. Rugi yang sebenar-benar rugi.

Wallahu a'lam.

سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) 
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ



Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: