"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum hingga mereka sendiri yang mngubahnya." (Surah Ar-Ra'du , ayat 11)
Selain itu, ummi juga membeli buku bertajuk "Dasyatnya Doa Ibu" ditulis oleh Syamsuddin Noor. Seorang ibu tetap seorang ibu walaupun menurut kita dia kurang baik, atau pun kita membencinya. Ibu berjasa kepada kita dan kepada seluruh kehidupan kita.
Doa ibu setanding doa nabi untuk umatnya, membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki dan pintu hidayah sepanjang zaman. Jesteru setiap anak wajib mentaati, menghormati dan berbuat baik kepada dua ibu bapanya tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insan mulia yang tinggi martabatnya di sisi Tuhan. Buku ini pun ummi niat untuk menghadiahkan kepada seseorang yang ummi sayangi, dan dah pasti insan berbeza dengan insan di atas tadi.
Buku ke 3 yang ummi beli ialah "Bertemu Janji Allah" pula menyingkap kisah mahsyar yang menyayatkan hati. Belum sempat ummi mahu memulakan pembacaan buku ini.Nanti berkelapangan akan ummi tuliskan sinospis buku ini yang memang menyingkap alam misteri tabir keduniaan. Tulisan berpandukan kisah di dalam Al-Quran dan sunnah Rasullulah, bukan semata kisah dogengan dan akal semata-mata.
Wah ...panjang entri ummi sebelum masuk kepada topik utama yang ingin ummi sampaikan berkaitan kunci ke Syurga yang selalu dipandnag remeh. Ianya berkaitan dengan adap adap kita semasa membuang qada hajat kita didalam tandas. Mengapa adap ke tandas boleh dianggap kunci ke syurga,kerana proses ini amat mempengaruhi ibadat utama kita,iaitu solat.
Kita sedia sedia maklum bahawa solat perkara pertama yang akan di check semasa hari pengadilan esok. Entri ummi kali ini peringatan bagi kaum lelaki semasa qada hajat...
Berapa ramai antara kita yang mengambil remeh adap dan cara kita semasa masuk ke tandas. Setiap hari kita akan masuk ke tandas berkali kali, dari pagi hingga lah nak masuk tidur.Di sebabkan dah selalu sangat masuk kita senang ambil mudah akan adap proses perkumuhan ini. Bagi yang betul betul faham akan kepentingannya terhadap ibadah kita seharian, mereka akan amat amat amat amat sangat menjaga adap dan kelakuan semasa membuang air ini. Nabi s.a.w ada bersabda ramai manusia di seksa di kubur kerana process beristinja mereka tidak sempurna.
Kita sudah maklum yang tandas ni ada yang duduk dan cangkung.Kalau dirumah tidak menjadi masalah besar sangat tetapi apabila berada diluar rumah mana satu pilihan anda?
Adap masuk tandas menurut islam yang kebanyakan anda sedia maklum:
1.Berdoa
2.Menutup kepala
3.masuk kaki kiri
4.bercangkung
5.berdehem
6.keluar kaki kanan
7.Pakai alas kaki
Adap adap yang lain kalau tak buat tidak memberi effect kepada ibadat kita tapi yang selalu menjadi masalah adap semasa buang air kecil. Tak ramai yang berikan perhatian. Tak ramai yang memilih untuk bercangkung. Dari pemerhatian, tak ramai yang pilih tandas cangkung dan betul bercangkung semasa membuang air (ada juga yang berdiri semasa buang air kecil dalam tandas ini). Sebaiknya bila melakukan qada hajat ini, (kencing) duduk mencakung dan apabila selesai bagi lelaki berdeham-deham bagi memastikan semua air kencing telah habis keluar.
Berdiri ketika buang air.
Kebanyakkan lebih suka tandas duduk kerana boleh berdiri malah ada yang pakai tandas berdiri kat luar.Kalau tak ada tandas cangkung, boleh pakai tandas duduk tapi buang sambil duduk. Masa yang di ambil untuk buang air pun amat pendek. Lebih lebih lagi pada yang pakai jeans dan kasut yang bertali tali yang payah nak buka.Berapa ramai yang betul betul pasti semasa buang air sambil berdiri tu tak ada percikan percikan air kencing itu terkena pada pakaian atau pun diri sendiri? Dan juga adakah anda betul pasti yang tak ada lagi air kencing yang tertinggal di dalam kantung atau betul lawas? Air kencing yang tak lawas itu akan selalunya akan terkeluar bila anda cuba rukuk atau sujud atau pun semasa kita berdehem/ketawa kerana semasa pada masa tersebut kawasan pundi kencing akan menerima tekanan dan sekiranya ada yang tertinggal ia akan keluar.
Dengan pakaian itu lah kita nak pakai untuk bersembahyang. Ramai akan kata masa nak sembahyang tukar pakai kain la kalau was was, selesai masalah. Ya betul, kalau percikan tu kena di kulit atau keluar masa solat, macam mana pulak? Terang-terangan batal sembahyang. Berapa ramai kita yang perasan?
Tandas begini sesuaikan untuk muslim? Ramai-ramai duduk buang air.
Kalau di fikirkan apalah sangat dengan pergi ke tandas atau bilik termenung ni... Tempat jijik lagi meloyakan. Tempat ni lah salah satu tempat yang paling kerap manusia pergi dari subuh hari sehinggalah nak masuk tidur. Proses perkumuhan mana lagi hendak di buang kalau bukan kat tandas. Cuba kita fikir sejenak, mengapa tandas ni amat penting bagi kita muslim sebagai tempat membuang hajat dan juga membersihkan najis pada badan.Diringkaskan begini:
Mengapa najis perlu bersih pada badan? Sebab syarat sah solat ialah pakaian dan diri bersih dari najis.
Mengapa solat perlu sah? Bila dah sah, insyaallah di terima Allah.
Mengapa perlu diterima Allah? Untuk menentukan kita golongan bahagia atau rugi di akhirat. Sebab perkara pertama di hisab di akhirat ialah solat kita.
Jadi mengapa kita masih masih masih masih lewa/ take for granted apabila kita masuk ke tandas? Mungkin ramai yang masih kurang ilmu...
"Implication" tandas ni teramat besar bagi kita muslim..
Di akhiri dengan hadis nabi s.a.w riwayat Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. melalui dekat salah sebuah kebun di Madinah atau Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda: “benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengacum.” Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkannya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga itu akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia kering.” (Sahih al-Bukhari)
Pernahkan ibubapa betul betul menekankan pendidikan adap masuk ke tandas ini kepada anak anak? Di sekolah- sekolah tak ada modul untuk subjek ini. Jadi peranan ibubapa lah untuk mengajar itupun kalau mereka sendiri ambil tahu dan tahu.
Mengapa syaitan suka duduk di tandas dan bila azan berkumandang bertempiaran mereka lari ke tandas?
Sekadar buah fikiran...
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
2 comments:
Terima kasih..
Terima kasih Rohana Saad kerana sudi melayari laman saya. Semoga mendapat manafaat daripadanya.
Post a Comment