Pengalaman yang dilalui, mungkin benar petikan di atas pada muslimat yang dia rasa dirinya layak untuk itu, kerana mungkin juga dia dari latar belakang pendidikan sekolah agama. Berbeza dengan saya, saya langsung tidak pernah ke sekolah agama, sepatah bahasa arab tidak pernah belajar, zaman itu mana ada KAFA atau sewaktu dengan nya.
Dengan sekolah aliran menengah biasa, kemudian melanjutkan keperingkat menengah atas (tingkatan 4 dan 5) di sekolah St Georges Girls School, saya berjaya menjejaki UTM sebaik lepas SPM. Kerana sebelum itu telah terbiasa dengan keperitan hidup dalam kemiskinan,dan dalam hati sentiasa ada cita-cita ingin mencari ilmu dan mendalami agama Islam, kerana dari kecil peluang itu tidak
terbuka untuk saya. Maka sebaik saya mendapat tawaran untuk menyambung belajar di UTM, doa dan munajat saya pada Allah hanya ingin mencari Islam. Saya menerima tawaran masuk ke UTM hanya dengan satu niat, ingin mencari Islam, dan ingin menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.
Di sini, selain mengahdiri kuliah, saban malam saya akan keluar mendengar dan mencari ilmu, tidak kira wadah apa yang di dukung oleh majlis itu. ABIM, HIZBI ISLAMI, TABLIGH, ARQAM dan JIM semua saya ikuti majlis ilmunya. Tak cukup dalam kampus, hujung minggu saya keluar lagi Ke Rumah Pak Yazid di Kg Baru ,KL. Bila akhir semester, apa jua program yang di adakan seperti Kursus Kefahaman Islam, Latihan Dakwah, Kursus Kepimpinan Islam semua saya ikuti walaupun is khusus
untuk pelajar baru. Saya merasakan diri saya ini terlalu kerdil dan tiada ilmu. Makin banyak pengajian yang saya ikuti, makin saya terasa, saya tak berilmu. Saya langsung tidak berkomunikasi dengan lelaki kecuali rakan satu kelas sahaja.
Akhirnya,semasa di tahun 2 saya bertekad untuk memakai niqab. Bila berniqab, rupanya saya lebih mudah bergerak, ertinya bila saya pergi majlis ilmu manapun tak ada sapa yang perasan terutama bila saya ke SG Pencala, mereka tidak meminggirkan saya. Saya tidak pernah mengimpikan untuk mencari lelaki yang hebat agamanya kerana saya rasa diri saya tidak layak kepada mereka yang berilmu begitu. (ertinya saya sedar dirilah...)
Saya tidak pernah bercita-cita untuk berkahwin awal atau bertemu jodoh semasa di pusat pengajian, namum sesungguhnya Allah itu mengetahui niat hambanya. Semasa di tahun 2, akhir semester 1, tiba-tiba saya dilamar orang. Tanpa ada hint , saya di soal adakah telah berpunya? Memang saya tiada yang punya, maka dengan jujur saya jawap, belum berpunya.
Rupanya minggu berikutnya saya dipanggil ke satu majlis Taaruf, untuk diperkenalkan dengan seseorang. Semasa di majlis ini, saya di minta buka niqab untuk dilihat oleh lelaki itu. Saya memang tidak berilmu dan tidak ada pengalaman, maka bila saya diminta tunjuk kan wajah sekejab, maka saya buka untuk diperlihatkan kepada lelaki itu. Terus terang, saya langsung
tidak bertanya walau satu soalan pun siapa lelaki itu. Apatah lagi ingin menguji keilmuan nya, atau fikrahnya.
Saya pulak di tanya, rumah ibu bapa di mana. Saya berikn alamat rumah, tanpa mengetahui apa niat mereka.
Minggu berikutnya saya mendapat panggilan telefon dari ibu bapa saya, bertanya apa kah saya kenal orang yang datang merisik ke rumah. Saya terkejut, dan mohon sedikit masa untuk beristiharah. Setelah 3 hari, baru saya berikan jawapan pada ibu bapa saya. Setelah dapat jawapan dari saya, ibubapa saya memberikan jawapan pada pihak lelaki hanya melalui
panggilan telefon sahaja tentang jawapan saya. Maka minggu berikutnya keluarga lelaki datang ke rumah membawa cincin dan terus berbincang menetapkan tarikh walimah.
3 bulan selepas di tunangkan saya dinikahkan. Selepas bernikah, baru saya tahu siapa zauj saya ini. Rupanya zauj saya adalah idaman muslimat solehah yang berpendidikan latar belakang agama. Ini lah anugerah Allah kepada saya yang niat memasuki UTM untuk mencari Islam, dan mahu menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.Rupanya Allah anugerahkan saya seorang suami yang berlatar pendidikan agama, belajar pondok dan berkelulusan di bidang usuluddin dan tasawuf dari Universiti Azhar.
Saya dikurniakan seorang suami untuk mendidik , membimbing saya dan kami berusaha menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Semoga suami ini lah yang bersama saya hingga hujung nyawa di dunia dan akhirat. Berdoa saban waktu agar saya meninggal dipangkuannya dalam penuh keredhaan seorang suami diselimuti kasih sayang yang amat utuh...
Bapanya dari seorang yang zuhud dan waraq, meninggalnya seperti kisah ulama' sejarah, walaupun dia bukan ulama',tapi tahu saat kematian tiba dan terus berwuduk ,solat dan menyatakan selamat jalan. Teringat kisah Imam Ghazali yang juga bersedia menghadapi kematian.
Jadi tidak perlu kita untuk menguji lelaki itu samada kuat agamanya atau tidak. Semuanya adalah bergantung pada hati,niat dan hubungan kita dengan Allah. Jika kita menjaga hubungan dengan Allah sebaiknya, maka Allah juga akan menjaga hati, dan diri kita sepanjang hayat yang ada. Tidak kiralah bagaimana caranya kurniaan Allah itu.
Tuesday, 7 July 2009
Cara menguji lelaki itu kuat agamanya.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/07/2009 08:42:00 pm
Labels: kahwin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment