BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 7 July 2009

Kahwin sebelum , selepas atau semasa belajar.

Memang lah selepas berkahwin , priority suami isteri adalah menjalankan tugas dan tanggung jawap masing-masing. Tapi nak bernikah juga,walaupun tahu akan berjauhan, maka berbincanglah dari awal, dan saling redha meredhai. Ramai pasangan berkahwin sekarang terpaksa melalui keadaan begini , lantaran kerana belajar atau pun kerjaya. Maka sebaiknya sebelum bernikah itu, diadakan perbincangan antara 2 keluarga.

Sebelum berkahwin, pasangan ini mesti berbincang, antara pasangan sendiri dan keluarga. Bincang bukan saja soal nak walimah, tetapi bincang apa nak makan selepas bernikah. Di sini , jika mereka berdua, masih belajar, dan cuma ada sumber biasiswa, isteri kena redha meredhai. Isteri mesti menyatakan ikrar bahawa tidak menuntut nafkah selama mana masih belajar.
Jadi duit biasiswa yang ada guna untuk diri sendiri sahaja. Kalau berada di tempat pengajian yang sama, baguslah, buat stail macam orang ber'couple',makan bersama tetapi bayar masing-masing. Pergi kuliah, kalau ada kenderaan, duit petrol support sama.

Pendek kata masing-masing biasiswa untuk belanja diri sendiri. Ingat, redha meredha itu lebih baik dari isteri menganggap hutang. Jadi segala nafkah selama belajar tu kira halal dan tidak perlu dituntut. Tapi kalau nak tuntut pun boleh, janji selepas suami sudah
bekerja nanti. Suami juga mesti redha meredhai isteri dari segi melaksanakan tanggung jawap melayan dan nafkah batin. Semuanya akan bahagia jika redha meredhai menjadi tunjang dalam mengharungi rumah tangga. Selalu meluahkan apa yang ada di hati dan berbincang.
Padamkan Kiriman

0 comments: