Masa teru berlalu,aku jalani hidup ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan,Pada bulan Oktober 2001,sebelum suami aku berangkat ke Makkah untuk membawa anak sulung mengerjakan umrah, (sebagai hadiah kerana dia telah dapat menghafaz Al-Quran 30 juzuk). Aku mula selalu pening dan loya-loya di awal pagi.Bila aku membuat urine test sendiri, aku dapati aku hamil.
Dari kiraan sendiri aku hamil 6 minggu di saat suami dan anakkku berangkat.
Semasa ketiadaan suami, aku mengalami kesukaran untuk bergerakkan kemana-mana kerana aku tidak pandai memandu.Kebetulan anak-anak angkat ku datang tinggal bersama ku. Sekurang kurangnya aku ada teman selain anak-anak kandung ku sendiri. Kerana susah untuk kemana-mana, aku suruh anak angkat ku belajar memandu,sedangkan umurnya ketika itu 16 tahun. Tapi,
semasa dia mahu menduduki kursus 5 jam yang diwajibkan oleh JPJ,aku terpikir,kenapa aku suruh dia belajar,kenapa bukan aku yang belajar, akhirnya aku pun mendaftar juga sebagai calon belajar memandu. Aku baru belajar memandu kereta ketika berusia 34 tahun. Aku lulus ujian berkomputer dan memperolehi lesen L.
Bila suami aku balik dari mengerjakan umrah, aku mengalami pendarahan. Suami aku melarang untuk meneruskan belajar memandu kuatir memudaratkan kandungan. Aku pun akur dan berusaha menjaga kesihatan sebaik mungkin kerana aku sayang pada kandungan aku. Aku telah mengalami 2 kali keguguran ,jadi aku tak mahu berlaku sesuatu kejadian buruk atas kelalaian dan kecuaian aku pada kandunagn yang ke 10 ini.
Tuesday, 7 July 2009
Hari-hari yang dilalui seorang pesakit...
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/07/2009 10:56:00 pm
Labels: sakit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment